Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, January 23, 2010

Adik Nak Menang

Sambil mama merangka apa yang hendak ditulis, kalau-kalau mama memilih tajuk ini untuk entry mama yang ke-2, terdengar jeritan adik "adik nak menang!!" semasa adik dan kakak berlari ke dapur untuk menghantar botol susu selepas sama-sama selesai minum. "Adik nak menang" memang ayat yang biasa keluar dari mulut adik.. tak kira apa yang adik buat, yang adik tau adik nak menang.. Adik nak menang tiap kali adik & kakak..
  • turun tangga dari atas atau naik dari bawah
  • jalan ke dapur dari depan atau ke depan dapur
  • makan atau minum
  • mandai dan bersiap-siap
  • jalan dari rumah ke taman
  • main segala jenis permainan yang ada

Setiap kali kakak mengalah & biar adik menang, adik akan bersorak-sorak dengan muka bangga sambil mengejek kakak yang kalah.. Bila masa kakak terlajak ke depan, adik akan meraung dan membuat kakak terpaksa mengulang semula untuk membiarkan adik menang dalam "pertandingan" yang ada sendiri cipta..

Kakak, sebagai kakak, tak ada masalah untuk mengalah.. Sebab bagi kakak, tak ada menang atau kalah bila ia bukan satu pertandingan. Turun dan naik rumah atau jalan ke depan dan ke belakang bukan benda yang patut dipertandingkan.. Kakak juga tahu, yang mengalah tu bukan kalah..

Cuma sebagai budak 7 tahun, dengan hanya 3 tahun lebih besar dari adik, mengalah setiap masa bukanlah sesuatu yang senang.. Lebih-lebih lagi dengan terpaksa mendengar sorakan dan ejekan adik.. Sakit hati kakak akan bertambah membuak-buak, kalau mama meminta untuk kakak mengalah.. Mama tahu, mama tak patut biar adik menang tiap kali adik menangis.. Mama patut cari jalan untuk ubah perangai adik yang nak menang selalu.. Adik kene belajar untuk mengalah.. Sebab adik tak akan sentiasa menang dalam dunia sebanar..

1 comment:

  1. hee.. makcik pon kesian kat akak.. tapi sbb adek kecik lagi kot..

    ReplyDelete