Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Sunday, May 30, 2010

Adik Tak Nampak

Adik dah mula buat latihan matematik guna interactive activities kat Portal LetzHop.. Adik suka sebab soalan-soalannya memang untuk pelajar pra-sekolah & tiap kali adik jawab betul, ada bunyi orang tepuk tangan.. Kalau mama puji adik pandai, adik kata "memang la, adik kan da besar, mestilah pandai.." Lepas abis buat latihan, adik dok cakap sorang-sorang "Mane ni yang kaler-kaler yang adik buat semalam, adik tak nampak la.. sebab adik tak pakai cermin mata.." Tak nampak la konon, sebenarnya adik tak tau baca & tak tau mane nak cari..

Tuesday, May 25, 2010

Sembilan Lapan Dua

Balik ofis semalam, mama ambik kakak, adik & bibik untuk keluar makan malan dengan Makcik.. Sebelum sampai asrama Makcik..

Mama tanya "Dah dapat keputusan periksa..?"
Kakak jawab "Dah.. 2 kertas.."
Mama tanye lagi.. "Berapa markah?"
Kakak jawab "1 kertas dapat Sembilan Puluh, 1 kertas lagi Sembilan Lapan Dua"
Macam tak percaya dengar jawapan kakak "Sembilan Lapan Dua? Tak kan la.. Sembilan puluh lapan peratus kot.."
Bibik dengan yakin mencelah "Iye dik, dia tulis sembilan lapan dua, nanti balik adik tengok.."

Sampai rumah mama tengok kertas periksa kakak... Macam yang da dijangka, kakak dapat 90% untuk Pendidikan Islam sebab kakak memang tak berapa pandai baca jawi & 98% untuk Bahasa Malaysia.. Tanda % selepas nomor 9 ditulis seakan-akan huruf 2.. 98% tu pon sebab cuai.. Dari masa buat ulangkaji lagi mama da pesan, kalau soalan kata bulatkan jawapan, kene bulatkan, tapi kakak cuma tulis jawapan kat ruang kosong soalan & terlupa unutk bulatkan 2 jawapan.. Sayang 2 markah sebab cuai.. Pengajaran untuk kakak untuk lebih berhati-hati bila menjawab soalan..

Monday, May 24, 2010

Pengajaran Dari Pensil

5 important lessons to learn from a humble pencil

  1. It tells you that everything you do will always leave a mark.
  2. You can always correct the mistake you make.
  3. The important thing in life is what you are from inside and not from out side.
  4. In life you will undergo painful sharpening which will make you better in whatever you do.
  5. Finally, to be the best you can be, you must allow yourself to be held and guided by the hand that holds you.

Wednesday, May 19, 2010

Adik Nak Baby

"Mama, nak baby.. Baby macam dalam gambar ni.."
"Nak baby betul-betul.."
"Yang boleh makan, boleh minum.."
"Boleh la.."
"Nak sekarang jugak.."

Yang lain mama boleh jawab iye.. ok.. Tapi tang yang nak sekarang jugak tu yang susah.. Bila mama cakap "nanti kita beli kat kedai" pandai plak adik jawab "nak baby yang keluar dari perut.. yang kene melandung.." melandung la plak..

"perut besar ni kot ada baby.. ni bukan gemuk sebab makan banyak ni.." ayat menaruh harapan adik sambil usap-usap perut mama..

Time-time da frust tu, terkeluar gak ayat "Kalau tak ada baby tak pe lah, adik je la jadi baby"

Diam Itu Lebih Baik

Emosi sedikit tersentuh..
Hati sedikit terguris..

Ikutkan hati nak je balas..
Tapi ada masanya, berdiam itu lebih baik..

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam"
(RW BUKHARI & MUSLIM)

Kenapa Adik Sayang Mama?

"Adik sayang mama la.."
"Adik sayang mama tau.."
"Adik sayang mama 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ribu-ribu juta"
"Adik sayang mama, mama sayang adik ta?"
"Esok mama keje ke, nanti adik rindu mama la.."

Ayat-ayat yang biasa adik cakap kat mama.. Malam tadi adik tanye "Kenapa adik sayang mama ye?" Kelakar gak mama dengar..

Mama jawab.."Sebab adik anak mama.."

Adik kata.. "Sebab dulu adik duduk dalam perut mama?"

Mama jawab "A'ah.."

Adik tanye lagi "Adik buat ape duduk dalam perut mama? adik sepak-sepak ke adik diam?"

Mama jawab "Adik sepak-sepak.."

Adik tanya lagi.. "Kakak kiss bontot adik kan.. Kakak ingat pipi, tapi bontot kan..?" Adik memang suka ulang-ulang kisah kakak kiss adik dalam perut..

Mama jawab "A'ah.."

Adik gelak.. Sambil peluk mama, adik kate "adik sayang mama.."

Monday, May 17, 2010

Galeri Seni Aqilah

Semalam mama create 1 lagu blog & mama namakan Galeri Seni Aqilah.. Blog ni untuk mama letak semua karya adik, macam mama buat untuk kakak @ Galeri Seni Nurul.. Adik belum pandai melukis atau menulis.. Tapi adik ada minat.. Lukisan adik masih susah untuk difahami.. Mama percaya kemahiran adik akan cepat berkembang..

Sunday, May 16, 2010

Cupcakes Lagi

Dah lama mama niat nak beli cup cakes untuk makan sama-sama kawan-kawan kat ofis.. Tapi tak sempat-sempat.. Kebetulan masa Mothers Day aritu pon mama dapat 1 je cup cake, rasa macam tak puas lak & ada plak kawan ofis yang teringin untuk makan cup cakes, ada la alasan mama untuk beli cup cakes dari CikPuanCuppies lagi skali.. Sebab setakat ni, cupcakes dia yang mama paling suka.. So 2 hari sebelum, mama order 2 kotak cuppies untuk makan share-share ngan kawan.. Mama pesan cup cakes flavour Choc Moist dengan 1 kotak filling orea & 1 kotak filling choc chip.. Separuh topping choc ganache & separuh topping cheese.. Macam biasa.. Memang bess!! Lain kali bole try yang filling blueberry @ walnut plak..


Tempat Makan Kat Nilai

Tengahari tadi, balik dari bawak adik ke klinik dan beli-beli barang dapur kat Giant, ayah bawa kami singgah makan kat Restoran A&W yang baru dibuka di Nilai.

Sebelum ni, area Nilai dah ada:

  • McDonald - BBN
  • KFC - Giant
  • Secret Recipe - BBN
  • Marrybrown - Nilai 3
  • Pizza Hut - BBN
  • Rasa Ayamas - BBN
  • Ice Room - Nilai 1
Beberapa bulan lepas, beberapa restoran baru plak dibuka kat area 9 Avenue, Nilai:
  • A&W
  • Ayam Penyet
  • White House Kopitiam
  • Restoran Ayam Kampung
Lagi seronok sebab masa jalan nak masuk A&W, terbaca iklan jawatan kosong kat unit kedai sebelah untuk Restoran Chicken Rice Shop!! Bess, bess, bess.. Bertambah la tempat makan di Nilai.. Minta-minta lepas ni ada lah Kenny Rogers ke, Nando's ke, Ayam Percik Yati ke.. Sweet Chat ke hihi..

Note: Ada ura-ura katenya Jusco pon akan dibuka di nilai.. minta-mintalah betul..

Selamat Hari Guru

Sempena Hari Guru, mama mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pembimbing terutama kepada kawan baik mama, MMJ.. Mama doa MMJ jadi cikgu yang selembut Cikgu Zalina, seselamba Cikgu Norasiah, seseronok Cikgu Rahim, setegas Cikgu Mahmud dan sebaik cikgu-cikgu kita yang lain..

I found friendship.. happiness.. guidance.. discipline.. and love.. everything, in one person.. And that person is you..
Happy Teachers Day!

Saturday, May 15, 2010

Memori Hari Sukan

What you remember most about your school's sport day.. Topik kat radio kegemaran mama, FlyFM petang semalam.. Tersenyum-senyum je la mama dengar topik ni.. Sebab memori hari sukan mama tak kan sama dengan sapa-sapa.. Sebab mama memang tak suka langsung acara sukan dan memang dari tadika lagi mama tak bersukan disebabkan masalah hidung yang senang berdarah kalau terdedah pada panas (alasannya la..) So memori sukan mama:
  1. Mama masuk acara mewarna masa hari sukan tadika ABIM.. Mama pun tak tau kenapa ada acara ni dalam hari sukan & mama tak ingat ada bape peserta yang terlibat.. Tapi mesti tak ramai sebab ni acara khas untuk mereka yang memang tak boleh bersukan..
  2. Mama masuk acara sukaneka sepanjang tahun persekolah yang mewajibkan semua murid bersukan.. Sukaneka senang, sebab tak kan ada sesi latihan.. So tempoh berjemur kurang dari acara sukan yang biasa..
  3. Mama tak masuk apa-apa acara sepanjang tahun persekolahan yang tak wajibkan murid bersukan.. Tapi masih dapat hadiah.. Sebab atuk akan beli hadiah tuk mama sama dengan hadiah yang Mak Ngah dapat..
  4. Mama masuk acara-acara sukan yang wajib sepanjang tempoh sekolah menengah, tapi sekadar yang mampu.. Masuk sikit, tapi sakit-sakit badan berlarutan lebih seminggu..
  5. Mama masuk acara perkhemahan untuk aktiviti kokurikulum wajib di UKM.. Walaupun terpaksa join acara perkhemahan di hutan, berjaya habiskan 2 hari tanpa melakukan sebarang aktiviti yang diwajibkan seperti flying fox, wall climbing, rappelling-abseilling dll.. Yang tak bole lupa, sampai tapak perkhemahan paling 1st, kelam kabut cop tempat yang kononnya paling best, tapi yang pelik semua orang tak nak spot tu.. Rupenye spot tepi pokok tempat paling tak sesuai untuk pasang khemah, sebab ada akar yang buat tanak tak rata & ada rumah tikus.. Abis sume makanan kene makan dengan tikus..

Jangan Ada Benci

Beberapa minggu lepas, dalam kereta tak ingat dalam perjalanan nak ke mana, keluar lagu ni kat radio ayah.. Macam dah lama giller tak dengar lagu ni.. Lagu lama.. Nostalgia betul sebab seingat mama, lagu ni jadi lagu mama dan kawan-kawan 4454 sebelum habis SPM..

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

( ulang 2 & 3 )

( ulang 3, 4 & 1 )

Di sudut hati
Nyanyian: Casey

Thursday, May 13, 2010

Adik Nak Berlagak La

Hari tu, kakak & adik bergaduh mulut, perkara yang memang biasa berlaku.. Dua-dua menjerit pada satu sama lain.. Kakak jerit "Adik berlagak!" Adik balas "Kakak la yang berlagak!" Ayat yang yang sama berulang-ulang walaupun mama duk ulang suruh berhenti.. Sampai satu tahap, adik berhenti dan tanya mama "Berlagak tu apa mama..?" Geram gak rasa, maknanya dari tadi bergaduh tapi tau maknanya.. spontan kakak terang..

"Konon adik & kakak dah besar macam mama, adik ada rumah besar, kakak ada rumah kecik, adik kata kat kakak, ye ye rumah adik besar.. tu la berlagak.. macam tu pon tak tau.."

Adik terus jawab.. "Macam tu adik na berlagak la.." Dah dasar nak menang selalu, dapat title berlagak pon tak pe, asal menang..

Wednesday, May 12, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Satu lagi berita baik mama terima hari ni.. Berita yang dah lama ditunggu-tunggu.. Harapnya nanti ada lah lagi rezeki yang lain.. Semoga segala yang dirancang dan diusahakan akan membuahkan hasil.. Insha Allah..

Jangan Over

Masa dalam kelas Ustaz Agus minggu lepas, ada tersentuh isu berhubung cara didikan anak-anak kecil.. Isu ni timbul bila salah sorang bertanya, adakah patut ibu bapa meminta maaf pada anak terutama apabila kite terlebih marah semasa mendidik mereka.. Kata ustaz, tak salah untuk meminta maaf, tapi jangan terlalu over sebab cara pemikiran kanak-kanak & orang dewasa jauh berbeza.. Ustaz menceritakan satu kisah sebagai contoh yang bunyi lebih kurang gini..

Terdapat sebuah keluarga yang baru berpindah masuk ke rumah baru dengan dinding ruang tamu yang dilekat dengan gambar lelaki & perempuan yang sedang kiss.. Si mama perasan yang anak lelaki kecilnya akan tersenyum-senyum setiap kali melihat gambar tersebut.. Mama yang dah risau dengan perangai anaknya memberitahu rakannya tentang niatnya untuk menjelaskan situasi tersebut kepada si anak.. Kawan si mama menghalang & bertindak untuk bercakap dengan si anak.. Kawan mama tadi pun bertanya pada si anak "Kenapa adik tersenyum-senyum setiap kali tengok gambar tu..?" Si anak dengan selamba menjawab "Sebab rambut perempuan tu kelakar.."

Hari Ibu 2010

Hari ahad yang lepas, daripada rancangan sala untuk mama lunch tengarai di rumah Mak Ngah bertukar jadi gede-gede adik beradik sempena hari ibu.. Walaupun rancangan last minit, semua adik beradik dan atuk nenek datang berkumpul untuk makan tengahari kat rumah Mak Ngah.. Boleh la tahan untuk aktiviti yang tak dirancang.. Mak Ngah masak nasi dengan lauk kari kepala ikan, siput sedut, ayam goreng & sayur campur.. Mama bawah kerang & atuk bawak ayam percik yati & bahan-bahan nasi kerabu..

Sempat bergambar dengan Mak Ngah.. Derang kate muke kami same dengan saiz mulut yang berbeza.. Suke hati je..


Cup cake unutk mama yang Mak Anje beli dari CikPuanCuppies.. Macam biasa, cupcakes dia memang bess..


Semua adik beradik kecuali Mak Lang yang tak ada kat sini.. Tunggu Mak Anje dah ada tarikh, nanti kite gede-gede semua orang.. Time ni, semua cucu-cucu tengah sibuk main kat laman luar Mak Ngah..


Semua anak perempuan kecuali Mak Su yang kene jadi tukan ambik gambar..


Sesi bagi hadiah sebelum mama gerak balik.. Mak Anje & tuala..


Mak Lang ke atas & kain sutera terengganu..


Pak Cak ke bawah & kaftan terengganu..



Ni da tahun ke-2 sambutan hari ibu kat rumah Mak Ngah.. Tahun depan kat mane pulak?

Sunday, May 9, 2010

Your Mother, My Mum

Sebelum ni pernah je dengar lagu-lagu ni, tapi bile dengar balik, bess lak rasa.. Saje je nak kongsi..

Your Mother (Written by Yusoff Islam)


My Mum is Amazing (written by Zain Bikha)

Saturday, May 8, 2010

Diskaun

Orang Sejuk Nak Panas

Kakak mengeluh kat bibik sebab ari panas terik.. Walau dalam rumah tak panas mane, tapi terik matahari buat mata silau, lagi-lagi bile terpantul dari cermin kereta ayah yang dipark betul-betul sebelah sliding door.. Lepas tu kakak kate..

"Orang kat tempat sejuk suka cuaca panas.. Orang kat tempat panas suka cuaca sejuk.. Kan bibik.."

Mama yang terdengar perbualan kakak menyampuk "mana kakak tau?" Kakak jawab..

"Yer la.. Kakak tau la.. Kakak tengok kat tv.. Orang yang kat tempat sejuk selalu pasang api untuk panaskan badan.. Derang letak tangan kat api.. Tapi kita yang tempat panas mesti nak cari bende yang sejuk, macam kipas dan aircond.."

Kagum mama dengan jawapan kakak.. Dah besar anak mama..

Selamat Hari Ibu, Mama

Entry kali ni khas untuk mama mama, nenek :)

Selamat hari ibu, mama.. I love you so much!!



A Sonnet for My Incomparable Mother

I often contemplate my childhood, Mom.
I am a mother now, and so I know
Hard work is mixed together with the fun;
You learned that when you raised me long ago.

I think of all the things you gave to me:
Sacrifice, devotion, love and tears,
Your heart, your mind, your energy and soul--
All these you spent on me throughout the years.

You loved me with a never-failing love
You gave me strength and sweet security,
And then you did the hardest thing of all:
You let me separate and set me free.

Every day, I try my best to be
A mother like the mom you were to me.

Poem by Joanna Fuchs

Wednesday, May 5, 2010

Kakak Nak Tu, Adik Nak Ni..

Semalam ayah balik lambat lagi.. Mama, kakak & adik masuk tidur dulu.. Macam biasa, mama suruh adik & kakak baca surah al-fatihah & 3 kul sebelum tido.. Kakak dok baring diam, dengan muke macam pikir bende.. Mama ulang lagi suh kakak baca doa, kakak dok angguk-angguk dengan tangan tepuk2 dada.. Pastu adik kate "Kakak baca dalam hati la mama.." Jadi tinggal adik sorang yang baca kuat-kuat.. Mungkin kalau adik da pandai baca dalam hati, adik pon da ta nak baca kuat-kuat lagi..

Sebelum tidur, mama pesan, anak-anak mama kene jadi budak baik.. Budak baik dia sabar.. Budak baik tak gaduh-gaduh.. Mama kata "Kalau adik nak jadi budak baik, adik tak gaduh dengan orang.." Adik tanye "Adik gaduh dengan sape..?" Kakak terus jawab "Macam adik gaduh dengan kakak, alya, ayra, dani, qays, afiq, aqil, amir & arif.." Terdiam adik.. Tak lama adik jawab dengan ayat biasa adik "Memang la.."

Mama sambung lagi.. Budak yang selalu buat baik, dapat pahala.. Setiap kali buat baik, dapat pahala.. Siapa yang kumpul banyak pahala, dapat masuk syurga.. Tetiba adik mencelah "Kat syurga boleh dapat ape-ape yang kita nak kan..?" Mama kata "A'ah.." Adik terus kata "Adik nak cermin mata hitam.." Macam biasa, mama buat bunyi "Ting!" Kononnya bende yang adik mintak muncul.. Adik & kakak gelak.. Pastu tak putus-putus la keluar permintaan adik & kakak..

kakak nak anak kucing..
adik nak anak ayam..
kakak nak rumah besar macam orang kaya..
adik nak kipas besar.. (mama mencelah "baik aircond terus")
kakak nak motor..
adik nak almari..
kakak nak kereta..
adik nak tandas besar..

Setiap permintaan mama sambung dengan bunyi "ting!" yang buat derang makin kuat gelak.. Geli hati gak dengar permintaan adik.. Adik tak kreatif, adik minta bende-bende yang dia nampak ada dalam bilik je.. Bila nampak macam tak ada gaya untuk derang berhenti buat permintaan, mama suh dua-dua berhenti cakap & tidur..

Monday, May 3, 2010

Karangan Pendek Kakak

Kakak suka tulis karangan.. Biasa kakak tulis kat mana-mana buku atau kertas yang kakak ada.. Karangan kakak pendek-pendek je, sebab kakak baru belajar menulis.. Malam ni, masa mama tengah mengupdate blog, kakak duduk sebelah sambil menulis karangan kakak.. Tetibe mama terpikir, elok jugak kalau kakak mengarang gune komputer, kakak boleh tambah 1 lagi skill baru, iaitu skill menaip.. Jadi mama ajar kakak tulis karangan pendek kakak kat komputer.. Tak banyak yang mama ajar.. Mama cuma terang:
  • Macam mana nak taip huruf besar..
  • Macam mana nak padam..
  • Macam nak space antara dua perkataan..
  • Rule-rule basic ketika mengarang - titik rapat pada perkataan, space selepas titik, 1 je space antara perkataan & penggunaan tanda " ? , dan .
  • Macam mana nak taip tajuk..
  • Macam mama nak taip label..
Sejam mama bagi kakak guna komputer.. Kakak sempat siapkan 3 karangan pendek.. Tiap karangan, mama cume tolong save & tunjuk hasil.. Kakak seronok tiap kali tengok cerita yang ditulis keluar kat blog Galeri Seni Nurul kakak.. Bila jam dah nak dekat pukul 11, bibik mula bising suruh kakak tidur.. Kakak kate "satu lagi ni.. kakak tengah buat cerita untuk nenek baca.."

Ini 3 entry pertama kakak..

Senang La Jadi Motor

Semalam, dalam perjalanan balik dari Kajang, macam biasa mama kene Q kat barisan tunai tol Kajang yang agak panjang.. masa tengah Q, kakak nampak motosikal yang lalu laluan motosikal tanpa perlu membayar tol.. Kakak kata.. "Kan best kalau kereta kita jadi motor.. Tak payah beratur panjang.. tak payah bayar tol pulak tu.."

Mama kata.. "Betul na jadi motor?"
Kakak jawab.. "Ha'ah.."
Mama kata.. "Kalau jadi motor, paling-paling 3 orang je yang boleh naik.."
Kakak jawab.. "Ooo.. ye la.."
Mama kata.. "Kalau jadi motor, tak boleh bawak banyak beg.."
Kakak jawab.. "Ooo.. ye la.."
Mama kata.. "Kalau jadi motor, kita basah kalau hari hujan.."
Kakak jawab.. "Ooo.. ye la.."
Mama kata.. "Kalau jadi motor, kene pegang elok-elok, tak boleh baring & tido.."
Kakak jawab.. "Ooo.. ye la.."
Mama kata.. "Kalau jadi motor, orang langgar terus kene badan.."
Kakak jawab.. "Ooo.. ye la.."

Kakak terdiam dengan muka macam tengah fikir.. Mama tanye balik.. "Macam tu senang ke kalau jadi motor?"

Kakak jawab.. "Tak la.."

Mama tanya lagi.. "Betul kakak nak kereta kita jadi motor..?"

Kakak jawab.. "Tak nak la.."

Insha Allah

Lepas lagu For the Rest of My Life, Open Your Eyes dan Allah Knows, ni lagi 1 lagu yang mama suka.. Suka sangat.. Sedap.. Cube-cube la dengar lirik dia..





Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009