Masa dalam kelas Ustaz Agus minggu lepas, ada tersentuh isu berhubung cara didikan anak-anak kecil.. Isu ni timbul bila salah sorang bertanya, adakah patut ibu bapa meminta maaf pada anak terutama apabila kite terlebih marah semasa mendidik mereka.. Kata ustaz, tak salah untuk meminta maaf, tapi jangan terlalu over sebab cara pemikiran kanak-kanak & orang dewasa jauh berbeza.. Ustaz menceritakan satu kisah sebagai contoh yang bunyi lebih kurang gini..
Terdapat sebuah keluarga yang baru berpindah masuk ke rumah baru dengan dinding ruang tamu yang dilekat dengan gambar lelaki & perempuan yang sedang kiss.. Si mama perasan yang anak lelaki kecilnya akan tersenyum-senyum setiap kali melihat gambar tersebut.. Mama yang dah risau dengan perangai anaknya memberitahu rakannya tentang niatnya untuk menjelaskan situasi tersebut kepada si anak.. Kawan si mama menghalang & bertindak untuk bercakap dengan si anak.. Kawan mama tadi pun bertanya pada si anak "Kenapa adik tersenyum-senyum setiap kali tengok gambar tu..?" Si anak dengan selamba menjawab "Sebab rambut perempuan tu kelakar.."
No comments:
Post a Comment