Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, August 19, 2010

Qanaah

Info untuk dikongsi.. Dapat dari Majalah Solusi yang mama pinjam dari Sis Siti..

Qanaah mengikut definasi Kamus Dewan ialah sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dengan apa yanga ada.. Qanaah juga bermaksud redha dengan pemberian Allah berupa rezeki dan tidak meminta lebih dari yang diberikan.. Rasulullah s.a.w merupakan manusia yang paling tebal sifat qanaah dalam jiwanya.. Antara ciri-ciri sifat qanaah:

  • Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" atas setiap nikmat dan musibah
  • Jarang merungut
  • Redha dengan ketentuan
  • Sentiasa berbaik sangka dengan Allah s.w.t
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit
  • Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal

Cara-cara untuk membina qanaah adalah dengan:
  • Memahami konsep qadak dan qadar Allah
  • Beriman bahawa Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya
  • Sematkan syukur
  • Selalu berdoa kepada Allah s.w.t

Note: Malam tadi 1st time mama baca majalah solusi (isu no 12).. Bess gak..

No comments:

Post a Comment