Beberapa minggu sebelum 21hb Ogos, adik sibuk tanye.. "Bile ni nak happy birthday adik..? Adik dah boring tunggu ni.. Lama sangat.." Tak lama adik cakap "Adik rasa adik tak nak happy birthday la.. Adik nak 4 tahun je.. 5 tahun kene pegi sekolah, adik tak pandai baca.. nanti kene rotan.. Duduk rumah bess, ada tv.." Bile da nak dekat adik duk ingatkan orang lain "Happy birthday adik nanti, ayah, mama, kakak & bibik kene buat kejutan tau untuk adik.."
Tahun ni mama buat sambutan birthday adik kat rumah nenek.. Sekali dengan Aqil, Afiq & adik Qays yang kongsi bulan hari jadi yang sama.. (atuk & Mak Anje pun bulan ni gak..).. Atas permintaan adik, mama tempah kek ultraman dari kawan mama, Citarasa Ummi.. Kek ada 3 nama & 3 patung ultraman je, sebab Qays akan ada kek sendri nanti..
Sebab ramai yang nak disambut & semua budak-budak, upacara nyanyi lagu birthday, tiup lilin & potong kek kene buat asing-asing.. Takut ada yang bergado plak..
So mula dengan Aqil dengan 3 batang lilin..
Lepas tu Adik dengan 4 batang lilin..
Lepas tu Afiq dengan 6 batang lilin..
Last baru Qays yang patutnya 3 lilin, tapi tiup 6..
Lepas tu baru la upacara potong kek & edar2 goodie bag untuk setiap sorang..
No comments:
Post a Comment