Macam nak cube rasa.. Tengah tanye Ida sama ada sempat tak kalau nak order untuk hari Ahad ni.. Kalau sempat bole bawak ke umah Mak Anje sempena majlis kesyukuran masuk rumah baru dia..
Quote of the Day..
Pages
Friday, December 30, 2011
Promosi Pavlova
Macam nak cube rasa.. Tengah tanye Ida sama ada sempat tak kalau nak order untuk hari Ahad ni.. Kalau sempat bole bawak ke umah Mak Anje sempena majlis kesyukuran masuk rumah baru dia..
Sebesar Handphone
Wednesday, December 21, 2011
It's Our 9th Anniversary
Has been better than before;
It's hard for me to even think
How I could love you more.
Has been full of happiness;
I love your caring face, your voice,
Your tender, sweet caress.
I'm filled with love and pleasure;
Happy Anniversary, Love,
My joy, my delight, my treasure.
By Joanna Fuchs
Saturday, December 17, 2011
Thursday, December 15, 2011
Thursday, December 8, 2011
Happy Birthday!!
Wednesday, December 7, 2011
Kesan Sampingan
Thursday, December 1, 2011
Lukisan Adik
Friday, November 25, 2011
Sesi Sekolah 2011
Tuesday, November 22, 2011
Tahniah Harimau Malaya!!
Malaysia menang bukan saje sebab players kite hebat & semangat kite kuat.. Kite menang untuk jadi pengajaran untuk negara jiran untuk ada rasa hormat dan tunjuk rasa hormat pada orang lain.. Bak kate jurulatih Ong Kim Swee "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect our parents. iI you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them WHAT BEING MALAYSIAN IS ALL ABOUT.."
Tahnih Harimau Malaya!! Tahniah Malaysia.. :D
Monday, November 21, 2011
Good Luck Harimau Malaya!
Gud Luck Harimau Malaya!!
Tuesday, November 15, 2011
Walau Masih Terlalu Awal
Kakak walau tak berapa tunjuk sangat, mama tau Kakak pon excited.. Kakak banyak tolong mama dengan kerja-kerja rumah (lagi2 masa bibik tak ada ni..) Kakak suka baca buku-buku kehamilan mama.. Kakak dah mula belek-belek pilih nama yang sesuai.. Masa belek2 nama la baru Kakak dan Adik tau makna nama masing-masing... Bangga Adik dengan makna nama dia Cahaya Kebijaksanaan & tergolek-golek Adik gelak bile tau makna nama Kakak Cahaya Pencinta.. Skali-skala, bile-bile datang perangai nakal dia, Adik akan panggil Kakak dengan panggilan Cahaya Pencinta sambil tergelak-gelak.. Bile dah banyak baca, banyak la info tambahan Kakak.. Kadang-kadang Kakak pesan "Mama jangan lupa sujud syukur dan solat hajat selalu tau..." dan "Mama kene ati-ati, sebab mengandung masa umur 30-an lebih berisiko dari mengandung masa umur 20-an.." dan "Mama kene tido dengan baring mengiring tau, tak boleh baring menelentang" dan "Mama boleh bau masakan ke? Bukan ke kalau mengandung tak bole bau, nanti muntah.." Kadang-kadang rasa Kakak jauh lebih matang berbanding umur..
Mama doa semoga kandungan kali ni membesar dengan sehat, sempurna dan mudah macam masa mengandungkan Kakak & Adik dulu..
Friday, November 4, 2011
Pengawas Percubaan
Pagi ni saja mama ajak Kakak bergambar, malas dia nak layan mama.. So dapatlah gambar dengan muke masam..
Harap-harap Girl
Kelmarin, Adik buat rutin Adik yang biasa.. Adik datang peluk mama, tangan kat perut & kata "Ya Allah, berkatilah rezeki yang kau beri kepada kami.. Berilah kami baby girl.." Terkejut mama dengar.. Pandai Adik berdoa.. Adik olah dari doa makan yang Adik selalu baca..
Thursday, October 27, 2011
Pegi Giant Je La
Kawan: Jom kite pergi tempat menari-nari.. (dalam hati, amboi bukan main..)
Adik: Mane boleh pegi situ..
Kawan: Kenapa tak boleh..?
Adik: Allah tak suka..
Kawan: Macam tu kita nak pegi mane?
Adik: Kite pegi Giant je la.. (haha nak gelak mama dengar ayat ni)
Kawan: Kite pakai baju seksi nak..? (dalam hati, amboi bukan main lagi..)
Adik: Tak boleh.. Tak elok.. Tak sopan.. Berdosa..
Confirm Adik tengah berlakon jadi budak baik..
Friday, October 21, 2011
Jual Minyak
Mama: Minyak ape?
Adik: Minyak gamat tapi buat dari kelkatu..
Mama: Hah?! (Memang tengah banyak kelkatu pon malam tadi)
Adik: Kite kutip kelkatu2 ni, cabut sayap, potong2, masuk dalam periuk, bubuh air, pastu kacau, mausk dalam bekas, jual 50 sen..
Mama: Buat la kalau berani..
Adik: Mama cabutkan sayap boleh, Adik takut..
Mama: Mama tak nak, berdosa..
Adik: Orang buat minyak gamat boleh potong2 lintah..
Mama: Bukan lintah la.. Minyak gamat dari gamat la..
Adik: Bibik la ni.. Bibik yang ajar..
Ada ciri-ciri otak bisnes gak rupenye Adik.. Bagus.. bagus..
Thursday, October 20, 2011
Siput Tut..
Adik: Adik nampak siput tadi.. Tapi siput yang binatang kita tak bole sebut..
Mama: Ehm???
Adik: Ala.. Binatang yang kite tak bole pegang tu..
Mama: Yang mane (konon2 tak faham)
Adik: Ala.. Yang warne pink tu..
Mama: Bagi tau je la nama dia (saje nak sakat Adik)
Adik: Tak boleh, nanti kene sebut taubat yassin..
Mama: Sebut je la (cover2 nak gelak kuat)
Adik: Herm.. Herm (sambil pegang2 tekak)
Mama: Ape dia??
Adik: Siput babi.. Taubat yassin, taubat yassin (laju2 je Adik sebut)
Nenek Jadi Artis
'Memandu Jiwa, Meyemai Cinta, Menyuburkan Iman'
Note: Kalau nak tengok boleh tengok online di www.tonton.com.my (search GPS Iman)
Sunday, October 16, 2011
Hari Sukan Adik
Ni kali pertama Adik join hari sukan.. Acara sukan tahunan kali ni dibuat kat Dewan Masjid Nilai.. Walaupun Adik masuk 4 acara, muka Adik suspen je dari mula sampai abis acara.. Adik masuk Lumba Jalan Itik, Lari Bawa Obor, Lari Pakai Kasut Gergasi dan Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu..
Friday, October 14, 2011
Thursday, October 13, 2011
Salah Konsep
Tengah-tengah tunggu, dengarlah satu pengumuman yang dibuat oleh pihak sekolah "Pihak sekolah akan mengadakan satu pertandingan khas untuk murid-murid.. Sesiapa yang mengumpul sampah terbanyak di akhir acara sukan akan diberikan hadiah istimewa.."
Erk..!! Apakah..??! Salah konsep betul.. Sepatutnya sekolah buat pengumuman untuk mengingatkan para murid dan ibu bapa untuk mengekalkan kebersihan sekolah sampai habis acara.. Sebab pengumaman tadi lebih kurang maksudnya dengan "Kamu boleh buang sampah mrata-rata sebab siapa yang dapat kumpul sampah yang terbanyak di akhir acara nanti akan diberikan hadiah istimewa.."
Kakak posing lepas dapat tempat kedua dalam acara lari berhalangan..
Note: Tak tahan mata mama tengok lari satu sekolah tak pakai kasut.. Kuman la..
Wednesday, October 12, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Buku Kedua
So malam tadi Adik baca buku ni.. Buku kedua yang Adik habis baca sendiri..
Monday, October 10, 2011
Buku Pertama
Ni buku cerita 1st yang Adik habis baca sendiri.. 10 hari Adik ambik untuk habiskan baca.. Agak lama sebab buku ni ada 21 muka surat & tak ada color coded langsung.. Mama perasan Adik gune teknik Iqra' untuk baca buku tu.. Sehari 1-2 muka surat, ikut kelancaran baca.. Bezanya, tiap kali nak mula baca Adik akan baca balik dari muka surat 1.. Mama janji nak beli buku lain.. Ada 4 tajuk lagi under siri ni..
Saturday, October 8, 2011
Friday, October 7, 2011
Thursday, October 6, 2011
Nak Bagi Nama Ape?
Mama: Hah?
Adik: Kenapa mama bagi Adik nama Nur Aqilah?
Mama: Nur Aqilah tu cahaya bijaksana/cerdik/pandai/cerdas
Adik: Kenapa tak bagi nama susah? Nur Aqilah Farzana ke?
Mama: Huh?
Adik: Nanti mama nak bagi nama ape?
Mama: Ehm? Name siape?
Adik: Baby dalam perut mama, mama nak bagi nama ape?
Mama: Huh..?! Mane ada baby
Adik: Bagi nama Nurhaliza nak? (soalan buat2 tak faham)
Ape-ape la Adik..
Tuesday, October 4, 2011
Ada yang Melihatmu
Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-366-088-9
Tarikh Terbit: 29 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Coklat untuk Iman
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Macam menarik.. Buku dengan 21 koleksi pelbagai cerita.. Setiap satu kisah mengandungi pemahaman mengenai ilmu fikah yang disampaikan secara santai dan jalan cerita yang menghiburkan. Melalui buku ini kita dapat belajar tentang:
• Kenapa kita perlu berwuduk?
• Keistimewaan solat subuh
• Syarat sah sembahyang
• Apa itu sujud sahwi?
• Mengapa telur ayam perlu dibasuh?
• Sayap lalat ada racun dan penawar
Tq Mak Anje!
Sakit Gigi!!
Sunday, October 2, 2011
Buku Dwi-Bahasa
Kakak terus pusing-pusing kedai, nak tengok buku-buku yang ada.. Tak lama Kakak datang dengan buku kat tangan.. "Beli yang ni je la.. Buku ni dwi-bahasa.. Atas Bahasa Melayu, bawah English..."
Saturday, October 1, 2011
Johnny English: Reborn
Thursday, September 29, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Open House 2011
Lepas banyak tahun tak buat open house, tahun ni sempat gak mama buat.. Tapi kecil2an je.. Just jemput adik beradik, pakcik makcik, kawan2 rapat dan jiran2 terdekat.. Alhamdulillah semua berjalan lancar (of course dengan kekurangan sana-sini..) Sori kalau2 ada yang tak terlayan.. Maklumlah, tuan rumah kurang berpengalaman sebab jarang2 skali buat makan-makan ni..
Tq banyak2 untuk yang sudi datang – mama, ayah, mak, ayah, along & fam, tiah & fam, each & apad, talha & amir, dijah, adik, kak ngah & fam, syida & housemates, kak evi & fam, kak noi, roza, aizah & anak2, en aziz & fam, sophia & husband, syam & fam, ita & fam, nubli & anak, abg rosli & fam, mahathir & fam, ustazah siti & fam, pak on & fam, pak irul & fam, cik nab & fam, pok de & fam,pak teh & fam, ida & fam, kak di & fam, ikin & fam, ida & fam, june & fam, bush & fam, hanim & fam, wak nul & fam, suhaimi & anak, adha & fam, pian, abg adam.. Fuh!! Patutlah ada masanye ada yang tak dapat duduk.. Rasa dah sebut semua.. Terima kasih semua sbb sudi hadir.. Ada rezeki tahun depan boley buat lagi, InsyaAllah..
Nota kaki: Pagi Isnin nak ke ofis ternampak iklan nuget tepi jalan, baru perasan nuget yang mama beli untuk jadi menu budak2 ada lg dalam peti & lupe nak goreng, kelam kabut punye pasal :p
Sunday, September 25, 2011
3 Lelaki 4 Perempuan
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum Siti Rokiah
Oohh.. Rupenye tiru dari lagu yang Adik baru belajar kat sekolah.. Patut macam biasa dengar je.. :)
Saturday, September 24, 2011
Thursday, September 22, 2011
Adiah Best!!
Hadiah Buku
Mama: Sukan Adik 2hb Oct, Kakak 1hb Oct.. Eh bday Kakak masa hari sukan la..
Kakak: A'ah la..
Mama: Mama tak beli kek ok..? Kalau beli asyik tak abis..
Kakak: Ok je.. Tapi nak adiah..!
Mama: Adiah ape..?
Kakak: Adiah buku citer..
Huhu.. Skema sungguh anak daraku..
Tuesday, September 20, 2011
Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana..
- Mempunyai keistimewaan membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh je mata pen pada mana-mana ayat atau surah, pen akan mengeluarkan bacaan mengikut mana2 Qari yang kita pilih - Sesuai sangat untuk KAKAK yang tengah dalam usaha untuk lancarkan bacaan
- Boleh berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu2 seperti nasyid, nama2 Allah dan sebagainya yang boleh dimuat turun dari komputer ke dalam pen digital - Sesuai sangat untuk ADIK yang memang suka nyanyi2 lagu nasyid
- Dapat memperdengarkan bacaan yang betul dari Qari2 terkenal beserta terrjemahan ayat bahasa Melayu/English dengan kualiti bunyi yang baik, terang dan jelas - Sesuai sangat untuk MAMA dan AYAH yang sentiasa belajar untuk memperbaiki bacaan
Monday, September 19, 2011
Little Wonders
Don't you know the hardest part is over?
Let it in, let your clarity define you
In the end we will only just remember how it feels
Our lives are made in these small hours
These little wonders, these twists and turns of fate
Time falls away but these small hours
These small hours still remain
Let it slide, let your troubles fall behind you
Let it shine until you feel it all around you
And I don't mind if it's me you need to turn to
We'll get by, it's the heart that really matters in the end
Our lives are made in these small hours
These little wonders, these twists and turns of fate
Time falls away but these small hours
These small hours still remain
All of my regret will wash away somehow
But I cannot forget the way I feel right now
In these small hours
These little wonders, these twists and turns of fate
Yeah, these twists and turns of fate!
Time falls away, yeah but these small hours
And these small hours still remain, yeah
Ooh they still remain
These little wonders, oh these twists and turns of fate
Time falls away but these small hours
These little wonders still remain
Thursday, September 15, 2011
Dah Putus!
Adik: Esok Adik sekolah tau..
Mama: Ok..
Adik: Kawan Adik yang kakak dia cuti pon kate nak sekolah..
Mama: Ok..
Adik: Sape kate Adik tak nak sekolah..
Mama: Elok la sekolah..
Adik: Tengoklah esok Adik sekolah..
Mama: Ok..
Pagi ni..
Adik: Waaaaa!!!!
Mama: Kenape plak ni..
Adik: Adik tak nak sekolah..
Mama: Semalam kate nak sekolah..
Adik: Waaaa!!!!
Mama: Adik sekolah pon sekejap je.. Ntah2 balik Kakak belum bangun pun..
Adik: Waaaa!!!
Mama: Malam tadi kate nak sekolah..
Adik: Waaaa!!!
Mama: Tak nak sekolah tak pe.. Tapi elok sekolah la..
Tak lama..
Adik: Mama, dah putus!
Mama: Ape yang putus?
Adik: Putus Adik tak pegi sekolah..
Mama: Ceh..
Adik: Macam mane Adik nak pegi..
Mama: Nape?
Adik: Semalam Kakak dah bagi tau ustazah da Adik tak sekolah hari ni.. Kalau pegi mesti ustazah tanye kenapa datang plak..
Ye la tu.. Salah Kakak la plak..
Tuesday, September 13, 2011
Asyik-asyik Bibik
Mama: Hello Adik, bibik ada?
Adik: Ada..
Mama: Mama nak cakap dengan bibik sat..
Adik: Ala.. Asyik-asyik bibik.. Borak la dengan Adik..
Mama: Mm.. Macam mane sekolah tadi?
Adik: Tak ok..
Mama: Kenapa tak ok?
Adik: Sebab tak ok..
Mama: Ok, panggil bibik..
Adik: Asyik-asyik bibik je..! Borak dengan Adik..!
Mama: Kan dah borak tadi..
Adik: Tu sekejap je.. Borak lama-lama..
Mama: Mm.. Tadi Adik makan ape..?
Adik: Mee Goreng Indonesia..
Mama: Isk.. Asyik makan mee goreng indonesia je..
Adik: Tak pe la..
Mama: Nak jadi budak pandai tak le selalu makan mee..
Adik: Kedekut..!
Mama: Aik kedukut la plak.. Ok la panggil bibik pulak..
Adik: Ish.. Asyik bibik je..!
Adoi.. Sampai sudah tak dapat cakap..
Saturday, September 10, 2011
Friday, September 9, 2011
Arahan Susah
Tuesday, September 6, 2011
Bual2 Dengan Adik
Jual
Ayah: Baju mane?
Mama: Baju-baju yang elok lagi.. Byk gaun2 yang 2-3 kali pakai.. Derang tak suke pakai gaun..
Ayah: Boleh la jual..
Adik: Tak boleh.. Jangan jual.. Baju-baju tu untuk adik baby nanti..
Mama: Jual je dulu.. Kerusi makan baby tu pon mama nak jual.. Bukan ada orang pakai da..
Adik: Tak boleh!!
Mama: Bukan Adik boleh gune pon..
Adik: Tu untuk adik baby nanti.. Nak jual sangat jual je peti tu..?
Mama: Peti?! Apsal lak?
Adik: Hah la.. Jual je peti tu.. Beli peti lain yang lebih besar..
Mama: Tak pasal2 plak..
Makan Lidah
Mama: Terlupe lak na beli makanan untuk makan2 dalam kete... Air pon tak de..
Ayah: A'ah.. Lupe lak nak beli tadi..
Adik: Makan je lidah tu kalau nak makan sangat..
Mama: Amboi mulut..
Kedai Pengantin
Ayah: Tengok tu, kedai pengantin.. Mama dulu kate nak bukak kedai pengantin..
Adik: Ye ke mama?
Mama: A'ah.. Nanti2 la mama bukak dengan Adik..
Adik: Boleh!! Bile ma? Besok ke..?
Mama: Ape plak besok.. Nanti2 bile Adik dah habis belajar..
Adik: Ok.. Tapi kedai pengantin kene ada baju pengantin tau.. Biar Adik yang pilih..
Mama: Amboi..
Bendera
Adik: Tu bendera ape tu..?
Mama: Yang mane?
Adik: Yang hijau ada bulat tu..
Kakak: Bendera jepun kot..
Ayah: Tak la.. Tu bendera parti politik..
skema je jawapan.. Tak de plak yang tanye parti politik tu ape..
Adik: Tu bendera ape?
Mama: Yang mane?
Adik: Yang atas kaler merah, bawah kaler putih, tengah bulat kuning ada gambar cicak tu..
Mama: Hah?!
Kah kah kah.. Gambar cicak..
Monday, September 5, 2011
Kene Dera
Thursday, August 25, 2011
Selamat Hari Raya!!
Untuk salah yang pernah ada
Untuk khilaf yang tak tersengaja
Untuk dusta yang sempat terucap
Pintu maaf selalu ku harap
Satukan tangan, satukan hati
Itulah indahnya silaturrahim
Di Hari kemenangan kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Aidilftri
Wednesday, August 24, 2011
Tak Dosa Dah
Adik: Kakak, dosalah tangkap binatang bulan raya..
Kakak: Raya belum lagi..
Mama masuk jenguk tengok Kakak tengah tangkap kelkatu kat lantai masuk dalam bekas..
Adik: Dosalah tangkap binatang bulan puasa..
Kakak: Biar la..
Adik: Dosalah tangkap binatang bulan ramadhan.. Lepaskan lah..
Kakak: Biarlah.. Kakak nak tengok je..
Adik: Lepaskan lah..!!
Kakak buat tak tau je..
Adik: Kakak!!! Lepaskan lah..
Lagi Kakak buat selamba..
Adik: Kakak!!
Tang!! bunyi bende terjatuh.. Rupenye Adik tepis bekas kakak & kelkatu terlepas..
Kakak: Adik! Kan dah terlepas..
Adik: Yey.. Kakak tak dosa dah.. Kakak tak dosa dah..