Khamis lepas Adik kene tahan kat wad sebab sakit perut dan muntah-muntah malam sebelumnya.. Doktor suspek apendiks.. Result ujian darah Adik keluar hampir jam 12 tengahari.. Ujian kiraan darah penuh menunjukkan bacaan tinggi pada bilangan sel darah putih & bacaan melebihi 120 untuk ujian Cryo-Reactive Proteins (bacaan normal <5).. Doktor Paed Adik mulakan rawatan antibiotik & mintak Adik untuk mula berpuasa sementara tunggu Doktor Pakar Bedah yang kebetulan tengah ada kes di hospital lain.. By the time doktor bedah sampai (hampir jam 7 malam), Adik dah ambik 2 dos antibiotik dan sakit perut Adik dah makin kurang.. Doktor kata tak perlu bedah & mintak tunggu 1 malam untuk observation sebelum dibenarkan keluar Jumaat petang (Alhamdulillah)..
Pengalaman 1st mama jaga anak mama di wad (sebelum ni mama je yang masuk wad ;p), mengantuk je rasa.. Hasilnya, berpuluh-puluh gambar Adik mama ambik.. Start dari muka masam.. Sampailah muke ceria..
Kat wad day care sementara tunggu keputusan ujian darah..


Seronok je bila nurse pasangkan "gelang tangan" yang ada nama Adik.. "Kenapa dia tulis baby? 5 tahun pon baby ke?"

Awal pagi Jumaat.. Mengeluh "Kenapa sakit perut tapi kene cucuk tangan.. ?"

No comments:
Post a Comment