Mak Anje masuk majalah lagi.. Lepas keluar dalam Majalah Rasa dan Nona, kali ni artikel pasal Mak Anje masuk Majalah Mingguan Wanita pulak.. Cuma kali ni, artikel yang keluar berkaitan dengan Spa Seputeh Kapas Mak Anje.. Berbulan-bulan mama tunggu artikel ni, sebab shooting dah dibuat sejak akhir tahun lepas.. Masa mama cuti rehat hari tu, banyak kali jugak mama pesan kat ayah untuk belikan mama majalah Mingguan Wanita.. Akhirnya masuk jugak artikel tentang Spa dalam keluaran majalah minggu ni.. Pagi tadi mama beli majalah ni di 7E dekat dengan ofice, ingat nak baca malam ni.. Tapi tertinggal pulak kat ofis, terpaksa la mama tunggu esok untuk baca..Quote of the Day..
Pages
Thursday, March 25, 2010
Mak Anje Dalam Majalah
Mak Anje masuk majalah lagi.. Lepas keluar dalam Majalah Rasa dan Nona, kali ni artikel pasal Mak Anje masuk Majalah Mingguan Wanita pulak.. Cuma kali ni, artikel yang keluar berkaitan dengan Spa Seputeh Kapas Mak Anje.. Berbulan-bulan mama tunggu artikel ni, sebab shooting dah dibuat sejak akhir tahun lepas.. Masa mama cuti rehat hari tu, banyak kali jugak mama pesan kat ayah untuk belikan mama majalah Mingguan Wanita.. Akhirnya masuk jugak artikel tentang Spa dalam keluaran majalah minggu ni.. Pagi tadi mama beli majalah ni di 7E dekat dengan ofice, ingat nak baca malam ni.. Tapi tertinggal pulak kat ofis, terpaksa la mama tunggu esok untuk baca..Tuesday, March 23, 2010
Kerja Rumah Kakak
Friday, March 19, 2010
Lawatan Ke Aquaria
Secara keseluruhan, Aquaria tak seseronok Petrosains.. Kawasannya yang agak sempit dan pameran untuk dilawat yang sedikit membuatkan kami selesai lawatan dalam tempoh tak lebih 2 jam.. Pameran terhebat di Aquaria adalah terowong akuariumnya dan persembahan memberi makan ikan.. Gambar-gambar yang diambil pun tak berapa cantik disebabkan penggunaan flash yang dilarang sepanjang berada di dalam Aquria.. Selesai melawat Aquaria, ayah bawa kami ke KLCC untuk makan tengahari dan solat..


Share & Win Contest
- Share pasal contest ni dengan kawan-kawan, sama ada di blog atau facebook atau kedua-duanya sekali
- Tambah paling-paling 5 gambar barangan Tenun Kapas
- Submit entry ke Tenun Kapas
Bukan setakat itu je, 30 penyertaan yang pertama akan menerima voucher diskaun Tenun Kapas dan voucher RM20 untuk sebarang rawatan facial di Seputeh Kapas Spa..
Peraduan ini akan bermula dari 20 Mac 2010 sehingga 30 April 2010.. Jom la participate!!
Btw, ucapan terima kasih banyak-banyak untuk para penaja kami:
1) seputeh kapas spa - www.seputehkapas.com
2) cikpuan cuppies - cikpuancuppies.blogspot.com
3) ctredzuan.com tudung bawal & batik - www.ctredzuan.com
4) zila ziman freelance makeup artist - www.zilaziman.com
Permainan Patung Adik
Tuesday, March 16, 2010
Perkataan English Baru Adik
Sebaik lepas adik jerit-jerit setopid, mama tanya bibik apa yang adik sebut, untuk pastikan perkataan yang mama dengar tu betul.. Bibik jawab "adik kata kakak stupid" Terkejut jugak.. Sebab tak ada siapa pernah guna perkataan tu kat rumah.. Kakak kata adik dengar orang sebut masa main.. Mama tegur adik.. Ayah cuma menggeleng kepala.. Hari ni pun dua tiga kali jugak mama dengar adik sebut, adik marah sebab kakak kacau barang adik.. Dalam banyak-banyak perkataan english, kenapalah yang tu yang lekat kat mulut kepala..
Monday, March 15, 2010
Adik Jumpa Doktor Gigi
ecik aja, tapi sebab sayang gigi adik yang cantik tu, mama rancang untuk bawak adik ke klinik gigi.. Hujung minggu lepas adik ke klinik untuk rawatan gigi yang pertama.. Mama dah beritahu adik tentang rancangan mama 1 minggu lebih awal.. Sepanjang minggu ni, adik berhenti makan gula-gula dan adik berus gigi berulang kali setiap kali adik mandi.. Untuk pastikan gigi adik cantik masa adik jumpa doktor gigi nanti.. Sebelum pegi klinik, adik kata adik dah berus gigi sepuluh kali.. Dari bangun pagi sampai masa untuk jumpa doktor, adik cool je.. Masa buat rawatan, doktor pun puji adik berani.. Adik tampal 2 batang gigi.. Doktor pesan, adik dah tak boleh makan gula-gula banyak sangat lepas ni..



















