Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, April 1, 2010

Ke Mama Dah Tua?

Sejak akhir-akhir ni, senang betul mama nak terasa hati bila masa mama kene berurusan dengan orang-orang muda sekarang.. Tak kira la, bila berjumpa atau bercakap kat telefon.. Selalu je mama terasa hati.. Mama tak merujuk pada semua, tapi majoriti orang-orang muda sekarang, kurang sensitif dengan cara mereka bercakap.. Mereka..
  • Tak peduli sama ada suara tu dah cukup lembut untuk bercakap dengan orang yang lebih tua..
  • Tak peduli sama ada kata-kata yang digunakan sesuai untuk bercakap dengan orang lebih tua..
  • Tak peduli sama ada adab yang ditunjukkan dah cukup baik bila berurusan dengan orang yang lebih tua..
Memang orang-orang muda sekarang kurang peduli atau mama yang makin cepat terasa hati sebab umur yang semakin meningkat tua :)

Suatu Kebetulan?

Tengahari ni Mak Ngah dijadualkan daftar masuk kat Klinik An-Nur untuk buat procedure D&C.. Kandungan yang sepatutnya berusia 10 minggu tak membesar seperti yang sepatutnya.. Macam kebetulan pulak untuk mama dan Mak Ngah.. Takdir yang sama tapi dengan cara yang berbeza.. Sama, macam bila kebetulan..
  • Mama dan Mak Ngah pakai baju dengan warna yang sama ke ofis sedangkan kami tinggal di negeri yang berasingan..
  • Mama dan Mak Ngah order bende yang sama untuk makan sedangkan kami tak ada pakat apa-apa..
  • Mama dan Mak Ngah terpikir bende yang sama sedangkan kami di tempat yang lain..
Mama doa semua berjalan dengan lancar untuk Mak Ngah.. Lain kali kite ble try pregnant tegede-gede lagi macam mengandung abang dani dan kakak 8 tahun dulu.. (kalau ada rezeki la..)

p/s: Tahniah untuk Makcik yang berjaya lulus ujian memandu semalam..

Wednesday, March 31, 2010

Hobi Baru Kakak

Kakak dah jumpa hobi baru.. Sekarang kakak suka baca buku cerita.. Setiap masa kakak nak baca buku.. Kakak lagi suka baca buku dari buat lukisan dan buat kerja rumah.. Ahad lepas, kakak berjaya catat rekod baru.. Kakak habiskan baca buku Koleksi Cerita-cerita Moral Haiwan yang menghimpunkan 16 cerita pendek dengan jumlah helaian sebanyak 129 muka tak sampai separuh hari.. Kakak mula baca buku tu dalam pukul 12 tengahari dan belum pukul 5 kakak da selesai baca semua cerita yang ada.. Satu kejayaan besar untuk kakak yang masih merangkak-rangkak untuk membaca.. Lagi-lagi untuk membaca buku dengan tulisan kecil.. Sebagai motivasi, mama tawar hadiah untuk kakak pilih dan kakak minta untuk dibelikan buku cerita lagi.. Semalam, mama beli 3 buah buku himpunan cerpen teladan untuk kakak dan 3 buah buku cerita untuk adik.. Sepanjang malam tadi, kakak sempat habiskan separuh dari buku pertama yang menghimpunkan 15 cerpen.. Itu pun sebab kakak kene berhenti baca untuk siapkan kerja rumah yang ada.. Kalau ikut hati, memang kakak nak habiskan baca satu buku tu.. Bila mama tanya adik, tak baca buku ke.. Adik jawab "Dah baca, adik baca dalam hati jer.." Yer la tu.. Sebab adik bukan pandai baca lagi..

Sunday, March 28, 2010

Hampir Ke Situ

Semalam, sampai dari Melaka, penat betul mama rasa.. Bukan saje penat sebab ke Melaka.. Penat sebab sepanjang minggu lepas, setiap hari adalah hari yang betul-betul memenatkan.. Walaupun dah tidur hampir 2 jam petang tu, mama still rasa penat.. Sambil baring-baring, mama belek lagu-lagu yang ada dalam handphone mama.. Mama terjumpa lagu Hampir Ke Situ nyanyian Mendua.. Lagu ni ada nostalgia kat mama.. Mama ingat lagi, mama ada e-mail lirik lagu ni kepada atuk, pak long dan mak ngah.. Masa tu, mama rasa liriknya yang ada unsur-unsur motivasi, sebab lagu ni keluar pada masa yang sesuai dengan keadaan 'kami' pada masa tu.. Pada hari yang sama mama e-mail lagu tu, mama dapat tahu pasal satu 'statement' yang dibuat oleh seorang polan di satu forum di laman web.. Statement yang pada mama penuh dengan fakta yang tak tepat, kenyataan yang berat sebelah dan ayat yang kejam, yang mama rasa tak patut dikeluarkan oleh seorang yang bernama insan.. Mama ingat lagi, mama terpaksa keluar masuk toilet, untuk pastikan tak ada siapa yang perasan air mata yang keluar mencurah-curah.. Sebab mama tak sekuat atuk, pak long dan mak ngah.. Mama kagum betul dengan atuk yang tak pernah benarkan emosi mengawal keadaan.. Kalaulah mama boleh jadi sekuat atuk.. Mama tahu mama tak patut kenang perkara yang tak baik, sebab ia tak akan mendatangkan sebarang faedah.. Tapi perkara yang jadi tu susah untuk mama lupakan.. Sebab tu mama tak pernah nak ambil tahu siapa sebenarnya si polan tu.. Biarlah si polan tu kekal sebagai anonymous pada mama.. Supaya tak perlu mama rasa marah dan benci pada polan tersebut.. Lagi-lagi kalau ditakdirkan untuk mama berurusan dengannya suatu hari nanti..

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakah gunanya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang kan kata
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya tetap bersama
Oh

(ulang korus)

Ayah Memang Hebat

Ayah Memang hebat.. Ayat kegemaran kakak dan adik.. Ayah hebat sebab ayah pandai main game, ayah pandai buat magik, ayah pandai buat lawak, ayah pandai baiki bende-bende kat rumah yang rosak.. Dengan kata lain ayah pandai buat semua bende, sebab tu ayah memang hebat..

Semalam Ayah balik dari selesai menyertai acara Mini Duathlon anjuran syarikat ayah dengan membawa balik pelbagai hadiah.. Seperti acara-acara yang sebelum ni (boling dan bola sepak), ayah mesti balik bawa hadiah.. Pasukan ayah menang tempat pertama.. Sebagai tukang kayuh pasukan, seminggu sebelum acara, ayah sibuk cari tempat untuk menyewa basikal racing.. Ayah kata kalau ayah dapat basikal racing, peluang untuk menang lebih besar.. Beberapa hari sebelum acara, ayah dapat jugak pinjam basikal racing dari kawan sepejabat ayah.. Nasib baik jugak ayah menang, dapat ayah buktikan kata-kata ayah tu..

Seperti biasa, kakak dan adik dapat simpan medal yang ayah menang.. Kali ni mama dapat Sony Walkman, salah satu item yang ada dalam hamper hadiah ayah.. Ayah tersenyum bangga.. Sebab dapat tambahkan lagi bukti pada kakak dan adik, yang Ayah Memang Hebat!

Mama Kat MITC Melaka

Tengahari Jumaat yang lepas, selepas selesai semua urusan submission, mama, Mak Ngah dan Ati gerak ke MITC Melaka untuk sertai event Cybergame Fest 2010 di MITC Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac 2010.. Event setengah hari yang bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari dengan peluang untuk membuka meja betul-betul di hadapan pintu bilik di mana acara berlangsung dan juga slot 1/2 jam perbentangan kepada para guru membolehkan kami memperkenalkan Portal Letzhop (Edutainment and E-Learning Portal for Pre-School and Primary School Students) kepada para pelajar, guru dan ibu bapa yang menghadiri event tersebut.. Sebanyak 27 sekolah dari seluruh Melaka menyertai acara tersebut.. Walaupun mama terima arahan last minit (petang khamis) untuk ke sana, nasib baik mama sempat untuk belek-belek portal lezthop petang dan malam tu sebagai persediaan untuk esok hari.. Berikut antara gambar-gambar yang mama sempat ambil sepanjang acara tersebut..

Suasana di dalam bilik yang menempatkan 80 biji PC untuk kegunaan para pelajar.. 3 orang kongsi 1 PC..



Sekolah yang menang yang akan mewakili negeri Melaka ke acara final di Cyberjaya.. Derang bergambar betul-betul sebelah meja kami..

Friday, March 26, 2010

Kelas Matematik Kakak

Malam tadi, sambil kakak siapkan kerja rumah matematiknya, kakak merungut..

K: Kenapalah setiap hari kene ada matematik
M: Matematik penting, sebab tu tiap hari ada
K: Sains pon penting jugak, budak-budak kene belajar sains
M: Memang la..
K: Abis tu, kenapa kelas sains tak ada tiap hari pun..
M: Sebab matematik kene selalu buat latihan, kalau belajar setiap hari senang pandai.. kakak kan suka matematik
K: Memang suka, tapi cikgu dia garang la.. Dah la muka macam ayah pulak tu..
M: Muka macam ayah?
K: A'ah, muka garang bila marah..

Mama dalam hati menjawab, memanglah kalau marah muka garang.. Ntah-ntah muka mama marah tak nampak garang kot, tu la adik dengan kakak tak penah takut kalau mama marah.. :)