Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Sunday, May 30, 2010

Adik Tak Nampak

Adik dah mula buat latihan matematik guna interactive activities kat Portal LetzHop.. Adik suka sebab soalan-soalannya memang untuk pelajar pra-sekolah & tiap kali adik jawab betul, ada bunyi orang tepuk tangan.. Kalau mama puji adik pandai, adik kata "memang la, adik kan da besar, mestilah pandai.." Lepas abis buat latihan, adik dok cakap sorang-sorang "Mane ni yang kaler-kaler yang adik buat semalam, adik tak nampak la.. sebab adik tak pakai cermin mata.." Tak nampak la konon, sebenarnya adik tak tau baca & tak tau mane nak cari..

Tuesday, May 25, 2010

Sembilan Lapan Dua

Balik ofis semalam, mama ambik kakak, adik & bibik untuk keluar makan malan dengan Makcik.. Sebelum sampai asrama Makcik..

Mama tanya "Dah dapat keputusan periksa..?"
Kakak jawab "Dah.. 2 kertas.."
Mama tanye lagi.. "Berapa markah?"
Kakak jawab "1 kertas dapat Sembilan Puluh, 1 kertas lagi Sembilan Lapan Dua"
Macam tak percaya dengar jawapan kakak "Sembilan Lapan Dua? Tak kan la.. Sembilan puluh lapan peratus kot.."
Bibik dengan yakin mencelah "Iye dik, dia tulis sembilan lapan dua, nanti balik adik tengok.."

Sampai rumah mama tengok kertas periksa kakak... Macam yang da dijangka, kakak dapat 90% untuk Pendidikan Islam sebab kakak memang tak berapa pandai baca jawi & 98% untuk Bahasa Malaysia.. Tanda % selepas nomor 9 ditulis seakan-akan huruf 2.. 98% tu pon sebab cuai.. Dari masa buat ulangkaji lagi mama da pesan, kalau soalan kata bulatkan jawapan, kene bulatkan, tapi kakak cuma tulis jawapan kat ruang kosong soalan & terlupa unutk bulatkan 2 jawapan.. Sayang 2 markah sebab cuai.. Pengajaran untuk kakak untuk lebih berhati-hati bila menjawab soalan..

Monday, May 24, 2010

Pengajaran Dari Pensil

5 important lessons to learn from a humble pencil

  1. It tells you that everything you do will always leave a mark.
  2. You can always correct the mistake you make.
  3. The important thing in life is what you are from inside and not from out side.
  4. In life you will undergo painful sharpening which will make you better in whatever you do.
  5. Finally, to be the best you can be, you must allow yourself to be held and guided by the hand that holds you.

Wednesday, May 19, 2010

Adik Nak Baby

"Mama, nak baby.. Baby macam dalam gambar ni.."
"Nak baby betul-betul.."
"Yang boleh makan, boleh minum.."
"Boleh la.."
"Nak sekarang jugak.."

Yang lain mama boleh jawab iye.. ok.. Tapi tang yang nak sekarang jugak tu yang susah.. Bila mama cakap "nanti kita beli kat kedai" pandai plak adik jawab "nak baby yang keluar dari perut.. yang kene melandung.." melandung la plak..

"perut besar ni kot ada baby.. ni bukan gemuk sebab makan banyak ni.." ayat menaruh harapan adik sambil usap-usap perut mama..

Time-time da frust tu, terkeluar gak ayat "Kalau tak ada baby tak pe lah, adik je la jadi baby"

Diam Itu Lebih Baik

Emosi sedikit tersentuh..
Hati sedikit terguris..

Ikutkan hati nak je balas..
Tapi ada masanya, berdiam itu lebih baik..

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam"
(RW BUKHARI & MUSLIM)

Kenapa Adik Sayang Mama?

"Adik sayang mama la.."
"Adik sayang mama tau.."
"Adik sayang mama 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ribu-ribu juta"
"Adik sayang mama, mama sayang adik ta?"
"Esok mama keje ke, nanti adik rindu mama la.."

Ayat-ayat yang biasa adik cakap kat mama.. Malam tadi adik tanye "Kenapa adik sayang mama ye?" Kelakar gak mama dengar..

Mama jawab.."Sebab adik anak mama.."

Adik kata.. "Sebab dulu adik duduk dalam perut mama?"

Mama jawab "A'ah.."

Adik tanye lagi "Adik buat ape duduk dalam perut mama? adik sepak-sepak ke adik diam?"

Mama jawab "Adik sepak-sepak.."

Adik tanya lagi.. "Kakak kiss bontot adik kan.. Kakak ingat pipi, tapi bontot kan..?" Adik memang suka ulang-ulang kisah kakak kiss adik dalam perut..

Mama jawab "A'ah.."

Adik gelak.. Sambil peluk mama, adik kate "adik sayang mama.."

Monday, May 17, 2010

Galeri Seni Aqilah

Semalam mama create 1 lagu blog & mama namakan Galeri Seni Aqilah.. Blog ni untuk mama letak semua karya adik, macam mama buat untuk kakak @ Galeri Seni Nurul.. Adik belum pandai melukis atau menulis.. Tapi adik ada minat.. Lukisan adik masih susah untuk difahami.. Mama percaya kemahiran adik akan cepat berkembang..