Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Wednesday, September 15, 2010

Ayam Nenek

Masa bulan puasa, nenek dapat 3 ekor ayam dari Tok Mie (kalau ta silap la..) Masa Raya, Pak Long balik dari Terengganu bawak lagi 3 ekor ayam.. Sekor sempat bertelur lagi dalam perjalanan dari Terengganu ke Kantan.. Tak pecah plak tu :)

Budak-budak seronok semacam.. Tak puas-puas tengok ayam sampai hari gelap.. Baru perasan ayam pon ada loghat negeri.. Bunyi kokok ayam sini dan ayam Terengganu lain.. Kokok ayam Terengganu lawak skit sebab pendek semacam..

Proses mengeluarkan ayam-ayam dari guni.. Sian ayam-ayam tu.. Sampai macam pening-pening dok dalam gune 3 jam lebey..

Ayam dah selamat masuk dalam kurungan sementara.. Reban petang tu baru nak mule buat..


Telur ayam yang keluar dalam perjalanan..

Raya Aidilfitri 2010

Persediaan raya tahun ni lebih sederhana dari biasa.. 2 baju kurung untuk Adik & Kakak, 1 baju kurung & 1 jubah untuk mama (ayah macam biasa, pakai baju melayu yang sedia ada..) dan 3 jenis kuih standby untuk tetamu (kalau ada).. Antara gambar yang ada..

Raya 1st @ Kampung PD.. Macam biasa warna tema mama wajib sama dengan ayah, kakak sama dengan adik..

Raya ke-3 nak gerak blik ke Kampung Kantan.. Pakai baju yang Nenek jahitkan..


Raya @ Kampung Kantan..


Bergambar dengan Atuk & Nenek sebelum gerak ke Johor.. Kebetulan warna sama plak..


Patut ada semua kecuali Mak Lang & family.. Tapi tak cukup korum sebab ada orang tu ubah plan last minit..


Ramadhan Kakak

Ramadhan lepas satu kejayaan untuk kakak.. Plan asal mama cuma untuk Kakak berlatih puasa dan solat terawih.. Mama tak harap banyak sebab tahun lepas kakak cume berjaya puasa 3 @ 4 hari saje.. Tapi jangkaan mama meleset.. Dari awal bulan Ramadhan, Kakak dah kata Kakak nak puasa penuh tahun ni..

Sepanjang bulan Ramadhan, Kakak berjaya mendisplinkan diri untuk puasa penuh satu bulan, solat 5 waktu (kecuali subuh & zohor yang agak liat skit), terawih (kecuali untuk 2 @ 3 malam yang kakak terasa berat untuk solat), mengaji dan bangun sahur tetiap malam.. Harapnya displin bulan puasa ni akan berterusan walaupun Ramadhan dah berlalu..

Gambar Kakak pagi raya.. Dah la memang kurus, bertambah keding lepas bulan puasa.. :)

Note: Bulan puasa Kakak jadi garang skit.. Jangan la cube na ajak borak2 waktu sahur @ 1-2 jam sebelum buka.. Memang kene marah je la..

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

Wednesday, September 8, 2010

Minggu 40

Awal minggu lepas, mama terima newsletter yang mama biasa terima sejak awal tahun aritu.. Walaupun hari tu mama kata mama na unsubscribe newsletter ni, tapi sampai sudah mama biarkan.. Mungkin sebagai peringatan yang perkara tu pernah terjadi & mungkin akan terjadi lagi.. Supaya mama tak leka & tak lupa untuk sentiasa berdoa kepadaNya..
Newsletter kali ni lain dari biasa.. Katanye..

Congratulations, fatimah! You're 40 Weeks Pregnant. Your baby's length is about 21.5 inches from head to toe and it weighs about 7.5 pounds. Boys often tend to weigh a little more than girls. Reflexes are coordinated so the baby can blink, close his eyes, turn his head, grasp firmly and respond to sounds, light and touch. More lanugo (fine hair) falls out, but some may remain at birth on shoulders, folds of skin and backs of ears. Birth should be soon now, but don't worry if your due date comes and goes. Only 5% of all babies are born exactly on their due date. It may be more difficult for you to get a good night's sleep because it's hard to find a comfortable position, but try to rest as much as possible, with your feet up if you can. Once baby arrives we'll still be here to help and support you on this exciting new part of your life.

Cepat betul masa berlalu.. Macam ta perasan.. Kalau kejadian tu tak berlaku, mesti mama ta rasa secepat ni.. Sebab masa paling lambat berjalan bile kite pregnant.. Lagi-lagi kalau da sarat :)

Adik pon dah besar sekarang, tahun depan masuk 5 tahun.. Dulu dia sebuk tak nak baby, sebab dia la baby mama.. Tapi sekarang da lain.. Skit-skit "Baju ni da kecik, adik nak kasi baby yang akan lahir nanti", "Adik tido sini, Kakak sini, baby sini", "Bila baby nak keluar ni..", "Perut mama ni besar ni ada baby kot" dll.. Dalam hati, mama serah semua pada Allah.. Apa je ketentuanNya, mama terima..

Tuesday, September 7, 2010

Qarin

Info menarik yang dipetik dari Blog Bahrus Shofa

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Ibnu Muflih menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingatkan Allah, apabila minum pun begitu. Sebaliknya syaitan yang mengikut orang kafir itu pula berkata aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.

Thursday, September 2, 2010

Replies to Our Dua

Reminder untuk diri sendiri..

Allah (swt) always has three replies to our dua:

a) Yes
b) Yes, but not now
c) I have a better plan for you

There's never a "NO".. just have faith and keep praying..