Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Monday, February 1, 2010

Newsletter

Seperti hari Isnin minggu-minggu yang lepas, mama terima newsletter dari www.babiesonline.com yang mama subscribe sejak hari pertama mama tahu mama mengandung.. Dah lama mama pasang niat untuk langgan newsletter berhubung week by week update macam ni.. Sebab masa mama mengandung kakak dan adik dulu, mama ta tahu bende semua ni ada.. Sepanjang tempoh mengandung, mama selalu teragak-agak, macam mana rupa baby, dah berapa berat baby.. Tapi dengan ada newsletter macam ni, mama boleh tahu perkembangan baby dan perubahan yang akan berlaku pada mama setiap minggu..

Berdasarkan newsletter ni, minggu ni kandungan mama patut masuk minggu ke 9.. Minggu terakhir untuk embryonic period.. Baby dah patut kelihatan seperti manusia kecil dengan saiz lebih kurang 13-17 mm atau sebesar raspberry.. Pada minggu ni, berat baby adalah 1-1.5 grams atau lebih kurang seberat klip kertas.. Menarik betul infonya.. Pada tarikh yang sama pada tahun 2011, baby patut telah berumur 21 minggu.. :)

Satu lagi website yang mama suke & dah lama mama plan na subscribe ialah http://3dpregnancy.parentsconnect.com/. Kat website ni, mama boleh tengok perkembangan baby dalam bentuk image, sama ada dalam bentuk 3d static, 3D rotatable, Anaglyph atau 2D.. Berdasarkan website ni, macam ni la patutnya rupe baby pada umur 9 minggu..

Mama tahu, mama patut unsubscribe newsletter ni.. Sebab mama bukan mengandung lagi.. Nak unsubscribe pun bukan susah.. Dengan satu klik, mama da tak akan terima newsletter ni lagi.. Cuma mama belum rasa nak buat lagi.. Mungkin mama takut, kalau mama unsubscribe, lama-lama mama akan lupe pasal kandungan mama yang ke-3 ni.. Tapi ikut logik, mama tak akan lupa sehidup mama.. Sebab tanda smiley face (istilah yang Doktor Faz guna untuk parut kesan jahitan) yang ada diperut tak mungkin akan hilang.. Minggu depan la kot mama unsubscribe.. Tengok macam mana nanti.. :)

No comments:

Post a Comment