Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Wednesday, March 31, 2010

Hobi Baru Kakak

Kakak dah jumpa hobi baru.. Sekarang kakak suka baca buku cerita.. Setiap masa kakak nak baca buku.. Kakak lagi suka baca buku dari buat lukisan dan buat kerja rumah.. Ahad lepas, kakak berjaya catat rekod baru.. Kakak habiskan baca buku Koleksi Cerita-cerita Moral Haiwan yang menghimpunkan 16 cerita pendek dengan jumlah helaian sebanyak 129 muka tak sampai separuh hari.. Kakak mula baca buku tu dalam pukul 12 tengahari dan belum pukul 5 kakak da selesai baca semua cerita yang ada.. Satu kejayaan besar untuk kakak yang masih merangkak-rangkak untuk membaca.. Lagi-lagi untuk membaca buku dengan tulisan kecil.. Sebagai motivasi, mama tawar hadiah untuk kakak pilih dan kakak minta untuk dibelikan buku cerita lagi.. Semalam, mama beli 3 buah buku himpunan cerpen teladan untuk kakak dan 3 buah buku cerita untuk adik.. Sepanjang malam tadi, kakak sempat habiskan separuh dari buku pertama yang menghimpunkan 15 cerpen.. Itu pun sebab kakak kene berhenti baca untuk siapkan kerja rumah yang ada.. Kalau ikut hati, memang kakak nak habiskan baca satu buku tu.. Bila mama tanya adik, tak baca buku ke.. Adik jawab "Dah baca, adik baca dalam hati jer.." Yer la tu.. Sebab adik bukan pandai baca lagi..

Sunday, March 28, 2010

Hampir Ke Situ

Semalam, sampai dari Melaka, penat betul mama rasa.. Bukan saje penat sebab ke Melaka.. Penat sebab sepanjang minggu lepas, setiap hari adalah hari yang betul-betul memenatkan.. Walaupun dah tidur hampir 2 jam petang tu, mama still rasa penat.. Sambil baring-baring, mama belek lagu-lagu yang ada dalam handphone mama.. Mama terjumpa lagu Hampir Ke Situ nyanyian Mendua.. Lagu ni ada nostalgia kat mama.. Mama ingat lagi, mama ada e-mail lirik lagu ni kepada atuk, pak long dan mak ngah.. Masa tu, mama rasa liriknya yang ada unsur-unsur motivasi, sebab lagu ni keluar pada masa yang sesuai dengan keadaan 'kami' pada masa tu.. Pada hari yang sama mama e-mail lagu tu, mama dapat tahu pasal satu 'statement' yang dibuat oleh seorang polan di satu forum di laman web.. Statement yang pada mama penuh dengan fakta yang tak tepat, kenyataan yang berat sebelah dan ayat yang kejam, yang mama rasa tak patut dikeluarkan oleh seorang yang bernama insan.. Mama ingat lagi, mama terpaksa keluar masuk toilet, untuk pastikan tak ada siapa yang perasan air mata yang keluar mencurah-curah.. Sebab mama tak sekuat atuk, pak long dan mak ngah.. Mama kagum betul dengan atuk yang tak pernah benarkan emosi mengawal keadaan.. Kalaulah mama boleh jadi sekuat atuk.. Mama tahu mama tak patut kenang perkara yang tak baik, sebab ia tak akan mendatangkan sebarang faedah.. Tapi perkara yang jadi tu susah untuk mama lupakan.. Sebab tu mama tak pernah nak ambil tahu siapa sebenarnya si polan tu.. Biarlah si polan tu kekal sebagai anonymous pada mama.. Supaya tak perlu mama rasa marah dan benci pada polan tersebut.. Lagi-lagi kalau ditakdirkan untuk mama berurusan dengannya suatu hari nanti..

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakah gunanya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang kan kata
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya tetap bersama
Oh

(ulang korus)

Ayah Memang Hebat

Ayah Memang hebat.. Ayat kegemaran kakak dan adik.. Ayah hebat sebab ayah pandai main game, ayah pandai buat magik, ayah pandai buat lawak, ayah pandai baiki bende-bende kat rumah yang rosak.. Dengan kata lain ayah pandai buat semua bende, sebab tu ayah memang hebat..

Semalam Ayah balik dari selesai menyertai acara Mini Duathlon anjuran syarikat ayah dengan membawa balik pelbagai hadiah.. Seperti acara-acara yang sebelum ni (boling dan bola sepak), ayah mesti balik bawa hadiah.. Pasukan ayah menang tempat pertama.. Sebagai tukang kayuh pasukan, seminggu sebelum acara, ayah sibuk cari tempat untuk menyewa basikal racing.. Ayah kata kalau ayah dapat basikal racing, peluang untuk menang lebih besar.. Beberapa hari sebelum acara, ayah dapat jugak pinjam basikal racing dari kawan sepejabat ayah.. Nasib baik jugak ayah menang, dapat ayah buktikan kata-kata ayah tu..

Seperti biasa, kakak dan adik dapat simpan medal yang ayah menang.. Kali ni mama dapat Sony Walkman, salah satu item yang ada dalam hamper hadiah ayah.. Ayah tersenyum bangga.. Sebab dapat tambahkan lagi bukti pada kakak dan adik, yang Ayah Memang Hebat!

Mama Kat MITC Melaka

Tengahari Jumaat yang lepas, selepas selesai semua urusan submission, mama, Mak Ngah dan Ati gerak ke MITC Melaka untuk sertai event Cybergame Fest 2010 di MITC Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac 2010.. Event setengah hari yang bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari dengan peluang untuk membuka meja betul-betul di hadapan pintu bilik di mana acara berlangsung dan juga slot 1/2 jam perbentangan kepada para guru membolehkan kami memperkenalkan Portal Letzhop (Edutainment and E-Learning Portal for Pre-School and Primary School Students) kepada para pelajar, guru dan ibu bapa yang menghadiri event tersebut.. Sebanyak 27 sekolah dari seluruh Melaka menyertai acara tersebut.. Walaupun mama terima arahan last minit (petang khamis) untuk ke sana, nasib baik mama sempat untuk belek-belek portal lezthop petang dan malam tu sebagai persediaan untuk esok hari.. Berikut antara gambar-gambar yang mama sempat ambil sepanjang acara tersebut..

Suasana di dalam bilik yang menempatkan 80 biji PC untuk kegunaan para pelajar.. 3 orang kongsi 1 PC..



Sekolah yang menang yang akan mewakili negeri Melaka ke acara final di Cyberjaya.. Derang bergambar betul-betul sebelah meja kami..

Friday, March 26, 2010

Kelas Matematik Kakak

Malam tadi, sambil kakak siapkan kerja rumah matematiknya, kakak merungut..

K: Kenapalah setiap hari kene ada matematik
M: Matematik penting, sebab tu tiap hari ada
K: Sains pon penting jugak, budak-budak kene belajar sains
M: Memang la..
K: Abis tu, kenapa kelas sains tak ada tiap hari pun..
M: Sebab matematik kene selalu buat latihan, kalau belajar setiap hari senang pandai.. kakak kan suka matematik
K: Memang suka, tapi cikgu dia garang la.. Dah la muka macam ayah pulak tu..
M: Muka macam ayah?
K: A'ah, muka garang bila marah..

Mama dalam hati menjawab, memanglah kalau marah muka garang.. Ntah-ntah muka mama marah tak nampak garang kot, tu la adik dengan kakak tak penah takut kalau mama marah.. :)

Thursday, March 25, 2010

Mak Anje Dalam Majalah

Mak Anje masuk majalah lagi.. Lepas keluar dalam Majalah Rasa dan Nona, kali ni artikel pasal Mak Anje masuk Majalah Mingguan Wanita pulak.. Cuma kali ni, artikel yang keluar berkaitan dengan Spa Seputeh Kapas Mak Anje.. Berbulan-bulan mama tunggu artikel ni, sebab shooting dah dibuat sejak akhir tahun lepas.. Masa mama cuti rehat hari tu, banyak kali jugak mama pesan kat ayah untuk belikan mama majalah Mingguan Wanita.. Akhirnya masuk jugak artikel tentang Spa dalam keluaran majalah minggu ni.. Pagi tadi mama beli majalah ni di 7E dekat dengan ofice, ingat nak baca malam ni.. Tapi tertinggal pulak kat ofis, terpaksa la mama tunggu esok untuk baca..

Tuesday, March 23, 2010

Kerja Rumah Kakak

Semalam, mama balik kerja lambat.. Mama sampai rumah da nak dekat jam 10 malam.. Sampai-sampai, ayah kata ayah belum makan sebab tunggu mama & mama tengok kakak da siapkan 2 kerja rumah dan merungut ada 3 lagi kerja rumah termasuk 1 kerja pendidikan seni yang kakak dah dapat sebelum cuti sekolah mula.. Mama beritahu kakak yang kerja pendidikan seni tak perlu disiapkan malam tu sebab esoknya bukan ada kelas pendidikan seni.. Tapi kakak bersungguh kata "Besok ada kelas seni, tak percaya sudah" Mama yang masih penat dan malas nak tengok jadual kakak bersetuju untuk menolong kakak dengan kerja pendidikan seni lepas makan sementara kakak akan siapkan 2 kerja rumah yang lain.. Lepas makan, mama mula siapkan kerja seni kakak.. Kolaj gambar ikan yang tak sampai 10% kakak siapkan.. Memang kakak minat seni, tapi kakak tak minat buat kolaj.. Sebab remeh agaknya.. Lepas siap mama buat, kakak dengan selamba kata "Eh betul ke kelas seni esok, entah-entah tak.." Untuk pastikan, mama suruh kakak periksa semula jadual waktu.. Kakak datang balik dan kata "Esok tak de la mama.." Mama tanya balik "Rabu ke..?".. Dengan selamba kakak jawab "Bukan Rabu la.. Khamis.." Geram jugak mama dengar.. Dengan belum sempat mandi, penat balik kerja, belakang yang sakit sebab lama berjalan dan berdiri semasa sesi taklimat pada pagi harinya.. Kakak buat biasa je.. Macam tak ada buat salah pulak..

Friday, March 19, 2010

Lawatan Ke Aquaria

Semalam, ayah bawa kami ke Aquaria.. Kali ni, atuk & nenek pun ikut sekali.. Ini kali pertama atuk ke KLCC dan kali kedua untuk nenek.. Kali ni kami keluar rumah lambat sikit sebab Aquaria hanya akan dibuka selepas jam 10.30 pagi.. Kami sampai 1/2 jam lebih awal.. Sementara tunggu Aquaria buka, ayah bawa atuk dan nenek ke laman KLCC.. Kami sempat bergambar sebelum berpatah balik ke Aquaria..

Secara keseluruhan, Aquaria tak seseronok Petrosains.. Kawasannya yang agak sempit dan pameran untuk dilawat yang sedikit membuatkan kami selesai lawatan dalam tempoh tak lebih 2 jam.. Pameran terhebat di Aquaria adalah terowong akuariumnya dan persembahan memberi makan ikan.. Gambar-gambar yang diambil pun tak berapa cantik disebabkan penggunaan flash yang dilarang sepanjang berada di dalam Aquria.. Selesai melawat Aquaria, ayah bawa kami ke KLCC untuk makan tengahari dan solat..





Antara gambar-gambar yang menarik yang sempat mama ambil sepanjang di berada di sana untuk simpanan..


Share & Win Contest

Share & Win Contest merupakan contest anjuran Tenun Kapas yang pertama untuk tahun ni.. Cuma dengan 3 langkah mudah, pemenang yang terpilih akan diberi peluang untuk memilih hadiah yang bakal dimenangi dari pilihan-pilihan hadiah yang ditawarkan.. Nak cash pun boleh.. Cuma perlu:
  1. Share pasal contest ni dengan kawan-kawan, sama ada di blog atau facebook atau kedua-duanya sekali
  2. Tambah paling-paling 5 gambar barangan Tenun Kapas
  3. Submit entry ke Tenun Kapas

Bukan setakat itu je, 30 penyertaan yang pertama akan menerima voucher diskaun Tenun Kapas dan voucher RM20 untuk sebarang rawatan facial di Seputeh Kapas Spa..

Peraduan ini akan bermula dari 20 Mac 2010 sehingga 30 April 2010.. Jom la participate!!

Btw, ucapan terima kasih banyak-banyak untuk para penaja kami:

1) seputeh kapas spa - www.seputehkapas.com

2) cikpuan cuppies - cikpuancuppies.blogspot.com

3) ctredzuan.com tudung bawal & batik - www.ctredzuan.com

4) zila ziman freelance makeup artist - www.zilaziman.com

Permainan Patung Adik

Adik memang dari kecik suka main patung.. Patung adik banyak.. Kadang-kadang adik main cikgu-cikgu, kadang-kadang main mak-mak, kadang-kadang main sekolah-sekolah.. Makin lama makin hebat cara permainan adik.. Malam tadi adik main mak-mak dengan patung-patung adik.. Adik kata adik jadi mama, patung miney mouse jadi papa.. Adik tengah sikat rambut salah satu patung adik, adik kata, patung tu kata, kat sekolah cikgu salah sikat, cikgu sikat kasar pulak tu, asyik tercucuk-cucuk, jadi adik tengah betulkan rambut patung tu.. Adik kata lagi, papa dia tak buat ape pon, asyik tidur je, keluar alir liur basi pulak tu.. Mula-mula adik main kat atas katil.. Lepas mama siap sembahyang dan ngaji, patung adik da tersusun kat tepi dinding.. Nasib baik adik ta susun semua.. Bibik tergelak-gelak sebab sambil susun, adik buat suara patung-patung tu bergaduh suruh ketepi dan jangan himpit-himpit.. Saja mama ambik gambar, sebab adik memang suka bila mama ambik gambar adik..

Tuesday, March 16, 2010

Perkataan English Baru Adik

Hujung minggu lepas, mama baru perasan adik ada belajar perkataan english baru.. Dua tiga kali adik sebut dalam masa kereta balik dari kenduri kahwin kawan ayah.. Masa tu adik marah kakak, tak ingat pula apa sebabnya.. Adik jerit "kakak setopid.. kakak setopid.." Mula-mula mama tak dapat tangkap apa yang adik sebut.. Mama tak jangka adik guna perkataan english, sebab adik memang tak pernah berminat nak belajar bahasa english, tak macam kakak yang memang dari kecik suka cakap bahasa english.. Kalau adik tengok channel kartun adik pon, semua cerita adik akan cuba untuk tengok versi melayu.. Kalau boleh, semua bende nak dalam bahasa melayu, masa main game pun adik minta tukar ke bahasa melayu..

Sebaik lepas adik jerit-jerit setopid, mama tanya bibik apa yang adik sebut, untuk pastikan perkataan yang mama dengar tu betul.. Bibik jawab "adik kata kakak stupid" Terkejut jugak.. Sebab tak ada siapa pernah guna perkataan tu kat rumah.. Kakak kata adik dengar orang sebut masa main.. Mama tegur adik.. Ayah cuma menggeleng kepala.. Hari ni pun dua tiga kali jugak mama dengar adik sebut, adik marah sebab kakak kacau barang adik.. Dalam banyak-banyak perkataan english, kenapalah yang tu yang lekat kat mulut kepala..

Monday, March 15, 2010

Adik Jumpa Doktor Gigi

2 gigi geraham adik mula berlubang sebab adik suka makan gula-gula.. Adik makan gula-gula lebih laju dari makan nasi.. Lubang gigi adik kecik aja, tapi sebab sayang gigi adik yang cantik tu, mama rancang untuk bawak adik ke klinik gigi.. Hujung minggu lepas adik ke klinik untuk rawatan gigi yang pertama.. Mama dah beritahu adik tentang rancangan mama 1 minggu lebih awal.. Sepanjang minggu ni, adik berhenti makan gula-gula dan adik berus gigi berulang kali setiap kali adik mandi.. Untuk pastikan gigi adik cantik masa adik jumpa doktor gigi nanti.. Sebelum pegi klinik, adik kata adik dah berus gigi sepuluh kali.. Dari bangun pagi sampai masa untuk jumpa doktor, adik cool je.. Masa buat rawatan, doktor pun puji adik berani.. Adik tampal 2 batang gigi.. Doktor pesan, adik dah tak boleh makan gula-gula banyak sangat lepas ni..