Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, May 15, 2010

Memori Hari Sukan

What you remember most about your school's sport day.. Topik kat radio kegemaran mama, FlyFM petang semalam.. Tersenyum-senyum je la mama dengar topik ni.. Sebab memori hari sukan mama tak kan sama dengan sapa-sapa.. Sebab mama memang tak suka langsung acara sukan dan memang dari tadika lagi mama tak bersukan disebabkan masalah hidung yang senang berdarah kalau terdedah pada panas (alasannya la..) So memori sukan mama:
  1. Mama masuk acara mewarna masa hari sukan tadika ABIM.. Mama pun tak tau kenapa ada acara ni dalam hari sukan & mama tak ingat ada bape peserta yang terlibat.. Tapi mesti tak ramai sebab ni acara khas untuk mereka yang memang tak boleh bersukan..
  2. Mama masuk acara sukaneka sepanjang tahun persekolah yang mewajibkan semua murid bersukan.. Sukaneka senang, sebab tak kan ada sesi latihan.. So tempoh berjemur kurang dari acara sukan yang biasa..
  3. Mama tak masuk apa-apa acara sepanjang tahun persekolahan yang tak wajibkan murid bersukan.. Tapi masih dapat hadiah.. Sebab atuk akan beli hadiah tuk mama sama dengan hadiah yang Mak Ngah dapat..
  4. Mama masuk acara-acara sukan yang wajib sepanjang tempoh sekolah menengah, tapi sekadar yang mampu.. Masuk sikit, tapi sakit-sakit badan berlarutan lebih seminggu..
  5. Mama masuk acara perkhemahan untuk aktiviti kokurikulum wajib di UKM.. Walaupun terpaksa join acara perkhemahan di hutan, berjaya habiskan 2 hari tanpa melakukan sebarang aktiviti yang diwajibkan seperti flying fox, wall climbing, rappelling-abseilling dll.. Yang tak bole lupa, sampai tapak perkhemahan paling 1st, kelam kabut cop tempat yang kononnya paling best, tapi yang pelik semua orang tak nak spot tu.. Rupenye spot tepi pokok tempat paling tak sesuai untuk pasang khemah, sebab ada akar yang buat tanak tak rata & ada rumah tikus.. Abis sume makanan kene makan dengan tikus..

1 comment:

  1. haha...perkhemahan di sg pisang adalah memori yg paling ta bleh lupe...sebab..
    1) khemah kita pilih tu paling bawah...bila ujan waktu malam...air mengalir bawah khemah sampi MMJ sejuk gile..mcm khemah ade aircond...(MMJ je yg ta tahan sejuk time tuh sbb mama n Tiah da bese tdo dlm bilik beraircond)
    2)kita mkn sikit2 jek sbb takut sakit perut n tader tempat yg selesa utk selesaikan 'bisnes' tu...n kita bertiga berjaya tak perlu uruskan 'bisnes' tu...
    3)kita prepare mcm2 utk keselesaan time camping contohnya bekalan makanan yg baaaaaanyak bkn alang2...n ade sleeping bag yg kita jdkan tilam dlm khemah...kira khemah kita tu fully-furnished lah...tp sumer tu ta dpt kita nikmati gara2 tikus buat 'party liar' dlm khemah kita...sampai kita merempat ke khemah lain yg tak 'full-furnished'...
    yg pasti...selepas perkhemahan tuh...MMJ menyesal amik perkhemahan...n berazam ta nak masuk ape2 yg melibatkan khemah....TAPI..bila jd cikgu...MMJ ta ble lari dr sumer tu...huhuu..

    ReplyDelete