Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, January 30, 2010

Seronok Jadi Kembar?

Seronok ke jadi kembar? Soalan yang sering kali ditanya sejak mama kecil.. Terutama dari orang baru mama kenal.. Pada mulanya, susah jugak untuk mama jawab.. Sebab mama cuma tahu rasa membesar sebagai kembar.. Jadi seronok atau tidak tak boleh ditentukan, kecuali kalau mama tahu apa rasa membesar bukan sebagai kembar.. Sama la jugak kalau mama tanya orang yang bukan kembar, seronok ke tak jadi kembar.. :)

Tapi kalau soalan yang sama dituju kepada mama sekarang.. Mama mesti kata seronok.. Tak perlu pikir panjang-panjang.. Sebab, membesar sebagai kembar, mama tak pernah keseorangan.. Mama membesar bersama-sama sejak dari dulu hingga sekarang.. Kami bersama-sama masa:

dalam perut..
sekolah tadika..
sekolah rendah..
sekolah menengah..
matriks..
universiti..
bekerja..
berkeluarga..

Mama harap kami bersama sehingga je anak cucu.. Sebab mama ada kakak kembar yang paling best dalam dunia.. :)

Jawapan Kakak

Petang semalam, Kak Za, jiran depan rumah datang ziarah mama.. Kak Za dengar berita dari bibik masa bibik bawak adik & kakak main taman yang betul-betul depan rumah Kak Za.. Kak Za kata dia cuma tahu mama dah cuti sakit nak dekat 2 minggu, tapi tak tahu mama sakit apa.. Masuk-masuk rumah, Kak Za tanya la mama sakit apa.. Belum sempat mama buka mulut, kakak yang tengah main games kat laptop ayah menyampuk jawab..
"Hari tu mama ada baby dalam perut.. Tapi baby duduk kat tempat lain, bukan kat tempat yang sepatutnya.. Doktor pon kene belah la perut mama untuk keluarkan baby.. Sekarang mama dah ta de ada baby dalam perut la"
Terkejut jugak mama dengar penerangan kakak yang boleh dikatakan betul secara teorinya.. Seingat mama, mama cuma cakap mama sakit perut.. Tak tau kakak dengar dari siapa.. Kak Za pun tersenyum sambil puji yang kakak dah pandai cakap kalau na dibandingkan dengan dulu..

Thursday, January 28, 2010

Ujian IQ


Accurate IQ Test
Free-IQTest.net - Accurate IQ Test

IQ Test Score Guide:

Intelligence Interval .......................Cognitive Designation
......40 - 54........................ Severely challenged (Less than 1% of test takers)
......55 - 69........................ Challenged (2.3% of test takers)
......70 - 84........................ Below average
.....85 - 114....................... Average (68% of test takers)
....115 - 129...................... Above average
....130 - 144...................... Gifted (2.3% of test takers)
....145 - 159...................... Genius (Less than 1% of test takers)
....160 - 175...................... Extraordinary genius

Adik Susah Nak Tidur

Sejak akhir-akhir ni, adik susah na tidur.. Kalau belum abis cerita adik, adik mesti tak nak naik lagi.. Sama macam malam tadi.. Tapi bile da naik atas pon, na suruh tido bukan main susah.. Mulut tak henti-henti berborak, walaupun mata mama da berair-air sebab menguap mengantuk.. Adik cerita pasal lawak-lawak dalam cerita Hagemaru, Fukuchan dan Ganso Tensai Bakabon yang adik tengok siang tadi & tanya soalan-soalan yang buat mama tersenyum bile teringat balik..

M: Dah tido dik..Baca doa dik.. (biasanya baca Al-Fatiha)
A: Adik tak nak baca yang senang-senang je..
M: Abis tu?
A: Adik na baca yang susah, macam akak.. (Surah An-Nas, Al-Falaq & Al-Ikhlas)
M: Kenapa..?
A: Adik kan da besar, 4 tahun kan mama?
M: A'ah, 4 tahun..
A: Dulu 3 kan..?
M: A'ah, dulu 3, skang 4.. (adik tersenyum bangga)
A: Tapi kenapa adik dah 4 tahun tapi tak de adik baby lagi?
M: Sebab belum ada...
A: Habis tu, sape yang jadi adik baby..? (konon-konon tanye)
M: Adik la.. (adik tersenyum lagi)

A: Mama cantik la.. comel plak tu..
M: Iyer ke..?
A: A'ah.. Muke adik macam mama
M: (dalam hati, patut la puji mama)
A: Muke kakak macam ayah, muke bibik macam anak bibik..
M: Terima kasih.. adik pon cantik (adik tersenyum)
A: Ada jerawat pulak tu.. (sambil tunjuk ke arah dahi)
M: Ada ke..?
A: Ada.. adik pon nak.. dulu ada, tapi sekarang ta de..

A: Kenapa mama banyak duit?
M: Mane ada mama banyak duit..
A: Adik tau, mama banyak duit..
M: Yer la tu..
A: Kalau adik ada banyak duit, adik nak belikan mama hadiah..
M: Hadiah apa?
A: Baju (adik selalu kate mama pakai baju yang sama kat rumah).. seluar.. ape lagi yang mama na?
M: Rumah banglo (mama tersenyum)
A: Ha.. baju, seluar, rumah, bilik dengan kipas sekali..
M: Kenapa kipas, bukan aircond.. aircond sejuk
A: Kipas pon sejuk kalau mama pasang..
M: (ceh dalam hati..)

A: Adik na peluk sape ni..?
M: Peluk la adik botak tu.. (adik pusing & peluk patung kesayangan adik)
A: Tapi sape yang na peluk adik..?
M: Ok la.. adik peluk baby botak, mama peluk adik..
A: Hihi.. macam chu..chu.. plak (adik buat bunyi keretapi)
M: (ceh dalam hati lagi)

A: Kenapa mata mama berair..?
M: Mama menguap, mama mengantuk..
A: Mata Adik pon berair (sambil menggosok mata yang tak berair)
M: Kenape?
A: Adik pon ngantuk
M: Kalau ngantuk tido la..
A: Adik ngantuk.. tapi tak bole tido
M: Iyer la tu..

M: Adik, cepatlah tido.. nanti ayah terbangun marah adik baru tau (kebetulan ayah tertido kat ruang solat luar bilik)
A: Ayah marah kat dalam ke kat luar?
M: Ayah marah kat dalam la.. macam semalam (semalam pon sibuk berborak sampai lewat malam)
A: Ayah marah macam mane..?
M: Adik tidur! (mama tiru gaya ayah)
A: Hihi.. (pusing dan cube tido).. Mama tepuk la adik, adik tak boleh tido..
M: (ceh entah yang ke berape kali)
A: Selamat malam mama.. i love u..
M: Selamat malam.. i love u too..

Tak lama ayah masuk dan suruh adik tidur.. Adik tak berani na berborak lagi & akhirnya tertidur jugak..

Wednesday, January 27, 2010

For the Rest of My Life

Terdengar lagu ni masa masa tengah tengok-tengok blog Soul and Life. Macam best gak. Lagu For the Rest of My Life oleh Maher Zain (http://www.maherzain.com/). Lagu yang ditujukan oleh seorang suami kepada isterinya.


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Warna Personaliti

Hari ni tengah gooogle-google pasal personality color, terjumpa dengan website http://www.testcolor.com/. Website ini menyediakan ujian warna psikologi dan keperibadian secara percuma. Ia menyediakan lebih daripada 650,000 kombinasi dengan lebih daripada 50 juta profail (katanye la).

Ujian dilakukan dengan menunjukkan 36 kotak pelbagai warna yang disusun secara rawak. Ujian dimulakan dengan memilih warna bermula dengan warna yang disukai. Dengan itu, pada akhir sesi, warna-warna yang tinggal hanyalah warna-warna yang kurang disukai. Tiada had masa dikenakan untuk sesi ujian ini. Sebaik pemilihan warna selesai, ujian kedua dimulakan dengan jumlah kotak warna yang sama, tetapi dimulakan dengan pemilihan warna yang paling tidak disukai.

Keputusan ujian yang diperoleh (ujian diambil hanya untuk suka-suka):

Result of your test:

Your results present a correlation ratio with our model superior to 91%.
(In a general way, a result can be taken into account if this ratio is superior to 30 %)



Your Profile:

You are 48 % extrovert and 52 % introvert.

Independently of any order of importance:

  • You are dynamic, your actions are only directed by your own will and you know how to lead people.
  • You are also able to have an in-depth thinking, you think before acting, and you know how to communicate your knowledge.
  • Finely you are creative, you always have new ideas, and your inspiration comes from the inside.

Your attitude towards the environment:

  • At first, at 35%, you are centered on your thoughts and your actions are determined by your knowledge and your experience.
  • Then, at a rate of 34%, you are focused on the facts and on the reality, and your decisions are determined by your perception of facts.
  • Finally, at 29%, you are attached to moral values and feelings, and you have an emotional relation with the environment.

Your highest qualities today:

  • 21% - you are dynamic and active, you are determined in your actions, you know how to communicate your ideals and your energy, and thus, you know how to boost people.
  • 20% - you are open and good communicator, you know how to attract people and engage them.
  • 20% - you are thoughtful and deep, you think before getting into action and you know how to communicate your knowledge.
  • 19% - you are creative, you know how to see beauty, you are intuitive and your inspiration comes from the inside.
  • 18% - you are strong-willed and active, your actions are determined by your own will, by the goals you settled to yourself, and by your need to act and move ahead.

Finely, you are a creative person, with always new ideas, and you know how to apply them, you are attuned to others and you show a good emotional intelligence, which allow you to give support to people.

Tuesday, January 26, 2010

Personaliti Anak

Ramai pengkaji percaya kedudukan dalam keluarga mempengaruhi personaliti seseorang anak itu. Ini kerana, pada kebiasaannya, anak pertama membesar dalam persekitaran yang selesa dengan perhatian yang penuh daripada orang disekeliling mereka, terutama ibu dan bapa mereka. Anak pertama mendapat lebih banyak bimbingan dan pertolongan di dalam membantu perkembangan mereka. Anak pertama suka menunjukkan minat yang tinggi untuk mengekalkan peraturan dan kekuasaan. Minat yang konsisten ini mempengaruhi mereka untuk menjadi seorang penganjur yang cekap, berhemah tinggi dan baik hati. Mereka juga bersifat lebih konservatif. Dengan kehadiran anak kedua, anak pertama biasanya membesar dengan perasaan tidak selamat.

Anak kedua pula adalah anak yang unik. Anak kedua adalah penyedia masalah kepada anak pertama. Anak kedua tidak merasai kedudukan berkuasa penuh seperti yang dirasai oleh anak pertama. Kelahiran anak kedua juga mengubah sikap dan pandangan ibu bapa. Anak kedua biasanya kurang diberi tumpuan. Sikap dan tingkah laku anak kedua juga tidak menimbulkan perasaan cemas kepada ibu bapa. Ibu bapa lebih bersahaja dalam menangani kerenah anak kedua.

Sejak lahir, anak kedua mempunyai tempat rujukan mereka sendiri, iaitu anak pertama. Anak kedua tidak keseorangan dalam segala hal. Tingkah laku anak pertama akan menjadi contoh, sumber inspirasi atau ancaman kepada anak kedua. Perkembangan anak pertama memberi kesan yang besar dan banyak membantu di dalam perkembangan anak kedua. Anak kedua sering menaruh harapan bukan sahaja ingin menyamai anak pertama, malah lebih berjaya daripada anak pertama. Harapan yang tertanam ini merangsang perkembangan bahasa dan kemahiran fizikal anak kedua. Beberapa ciri personaliti anak yang biasa dikaitkan dengan kedudukan anak untuk dibandingkan dengan perangan Kakak dan Adik:

Anak Pertama

  • Berkepimpinan
  • Teratur
  • Teliti
  • Pintar
  • Bertanggungjawab
  • Sukakan kesempurnaan
  • Suka mengarah
  • Berasa curiga dan tidak percaya
  • Rasa tidak selamat
  • Cemburu
  • Mudah teruja
  • Sensitif

Anak Kedua

  • Berdikari
  • Diplomatik
  • Agresif
  • Suka bersaing
  • Suka keseronokan
  • Suka berkawan
  • Boleh dipercayai
  • Boleh Diharap
  • Suka memberontak
  • Kurang sabar
  • Pemalu

Monday, January 25, 2010

Manusia Hanya Merancang

"Ambik yang ni la syg, 8 batu utk 8 anak" ayat mujib 8 tahun lepas masa kami sama-sama cari cincin kahwin.. "8 macam ramai sangat, 2 batu untuk 1 anak ok?" kata mama seolah-olah meminta diskaun.. Bermula dari situ, seperti perjanjian yang dah dipersetujui bersama, merancang untuk mendapat sekurang-kurangnya 4 orang anak..

Kehadiran kakak dan adik datang seperti yang dirancang.. 3 tahun jarak umur rasa seperti cukup baik untuk kami.. kakak tak terlalu kecik & tak terlalu besar untuk mendapat adik baru.. Apabila umur adik semakin hampir masuk 3 tahun, mama mula merancang untuk anak ke-3.. Pada mulanya, mama ingat semua akan berjalan lancar seperti yang sebelumnya.. Mungkin sebagai peringatan Allah untuk diri yang kadang-kadang lupa, manusia merancang, Allah yang menentukan..

Lepas hampir setahun menunggu, mama berjaya mengandung kali ke-3.. Mama gembira, tapi hanya untuk seketika.. Kandungan tak dapat diteruskan disebabkan mama mengandung di luar rahim.. Bukan sahaja kandungan tak dapat diselamatkan & sebelah tiub fallopio mama terpaksa dibuang, Doktor memberitahu risiko 50% untuk kejadian yang sama berulang untuk kandungan yang seterusnya disebabkan keadaan tiub fallopio yang tidak normal.. Kata Doktor, risiko itu dari sudut pandangan perubatan, tapi sebagai seorang muslim, kita percaya semua datang dari Allah & doa senjata manusia yang paling kuat.. Allah yang menentukan segalanya, sama seperti kandungan dan kelahiran kakak dan adik yang berlaku dengan mudah dan lancar..

Kata Doktor, sekiranya ectopic pregnancy berulang lagi (minta-minta dijauhkan), tiub fallopio mama yang kedua (dan terakhir) terpaksa dibuang dan harapan mama untuk mendapat sekurang-kurang 4 orang anak tak kan terjadi..

Mama sempat bertanya tentang penggunaan ubat methotrexate untuk merawat kandungan luar rahim, sekiranya ditakdirkan berlaku lagi.. Doktor menggeleng-ngeleng dan memberitahu kesan pengambilan ubat tersebut sama seperti rawatan kimoterapi (rambut gugur, muntah dll).. Wajah Doktor seperti membayangkan, tak ada apa yang mama boleh buat sekiranya perkara ini berulang lagi.. Tapi mama tau, semua yang berlaku adalah ujian dari Allah.. Mengingatkan mama pada kekuasaan Allah.. Mama yakin, perancangan Allah lebih baik hebat dari perancangan mama.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Saturday, January 23, 2010

Adik Nak Menang

Sambil mama merangka apa yang hendak ditulis, kalau-kalau mama memilih tajuk ini untuk entry mama yang ke-2, terdengar jeritan adik "adik nak menang!!" semasa adik dan kakak berlari ke dapur untuk menghantar botol susu selepas sama-sama selesai minum. "Adik nak menang" memang ayat yang biasa keluar dari mulut adik.. tak kira apa yang adik buat, yang adik tau adik nak menang.. Adik nak menang tiap kali adik & kakak..
  • turun tangga dari atas atau naik dari bawah
  • jalan ke dapur dari depan atau ke depan dapur
  • makan atau minum
  • mandai dan bersiap-siap
  • jalan dari rumah ke taman
  • main segala jenis permainan yang ada

Setiap kali kakak mengalah & biar adik menang, adik akan bersorak-sorak dengan muka bangga sambil mengejek kakak yang kalah.. Bila masa kakak terlajak ke depan, adik akan meraung dan membuat kakak terpaksa mengulang semula untuk membiarkan adik menang dalam "pertandingan" yang ada sendiri cipta..

Kakak, sebagai kakak, tak ada masalah untuk mengalah.. Sebab bagi kakak, tak ada menang atau kalah bila ia bukan satu pertandingan. Turun dan naik rumah atau jalan ke depan dan ke belakang bukan benda yang patut dipertandingkan.. Kakak juga tahu, yang mengalah tu bukan kalah..

Cuma sebagai budak 7 tahun, dengan hanya 3 tahun lebih besar dari adik, mengalah setiap masa bukanlah sesuatu yang senang.. Lebih-lebih lagi dengan terpaksa mendengar sorakan dan ejekan adik.. Sakit hati kakak akan bertambah membuak-buak, kalau mama meminta untuk kakak mengalah.. Mama tahu, mama tak patut biar adik menang tiap kali adik menangis.. Mama patut cari jalan untuk ubah perangai adik yang nak menang selalu.. Adik kene belajar untuk mengalah.. Sebab adik tak akan sentiasa menang dalam dunia sebanar..

Wednesday, January 20, 2010

Kronologi

Pandangan ke atas kehamilan dan kelahiran bertukar selepas mendengar penerangan Dr Faz mengenai keadaan tiub fallopio yang baru dibuang dan risiko 50% untuk kehamilan luar rahim berulang pada kehamilan yang berikutnya. Bila direnung kembali, banyak petanda-petanda akan terjadinya kehamilan luar rahim yang dipandang sebelah mata sejak 2 minggu yang lepas, antaranya:

  • Kadang-kadang berasa sangat lemah dan pening (bermula seminggu sebelum ujian kehamilan yang pertama)
  • Keputusan faint line pada ujian kehamilan disebabkan bacaan hCG yang rendah (3 ujian kehamilan dalam tempoh 7 hari)
  • Pendarahan (bermula dari 06/01/2010 sehingga 15/01/2010)
  • Sakit mencucuk pada bahagian perut (09/01/2010)
  • Ujian ultasound scan yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan (ujian pada 11/01/2010)
  • Kenaikan bacaan hCG yang rendah (ujian darah pada 11/01/2010 dan 13/01/2010)
  • Cramping pain pada bahagian bawah perut (14/01/2010 dan 15/01/2010)

Semua tanda-tanda, walaupun mengarah ke kemungkinan berlakunya kehamilan luar rahim, kepala lebih terarah kepada kemungkinan non-viable pregnancy yang membawa kepada keguguran, cuma kerana peratusan berlakunya keguguran adalah 15-20% manakala peratusan untuk berlakunya kehamilan luar rahim yang tidak sampai 2% atau lebih tepat, 1 dari 60 kehamilan. Kronologi ringkas untuk ingatan..

04/01/2010 (Isnin)
Buat ujian kehamilan untuk kali pertama dengan kit Ujian Kehamilan(1) yang dah berbulan-bulan tersimpan dalam laci. Dalam hati confident untuk dapat keputusan positif walaupun period baru 4 hari lewat, berdasarkan kitaran haid yang tak pernah lewat dan selalu konsisten. Seperti yang dijangka & diharap, keputusan menunjukkan 2 garisan yang boleh dikira sebagai positif. Hati gembira sebab berjaya mengandung setelah berbulan-bulan mengharap.

06/01/2010 (Rabu)
Pendarahan atau spotting dikesan sebaik sebelum gerak balik dari ofis. Memandangkan hari masih awal, singgah ke klinik untuk mendapatkan pendapat Doktor, walaupun hati tak berapa risau sebab kejadian spotting memang penah berlaku semasa mengandungkan kakak dulu. Berdasarkan gambar keputusan ujian kehamilan yang ditunjuk kepada Doktor, Doktor berpendapat, keputusan ujian tidak boleh dikira sebagai positif memandangkan 2 garisan yang ada adalah garisan kabur atau faint line(2). Balik dengan rasa pendapat Doktor tadi silap sebab semua petanda-petanda kehamilan yang memang da ada sejak seminggu yang lepas.

07/01/2010 (Khamis)
Pendarahan atau spotting terus berlaku, tapi dengan kadar yang sikit. Dengan pengalaman yang terhad, Google Search menjadi tempat rujukan. Berbagai-bagai andaian yang bermain dalam kepala berdasarkan research yang tak seberapa. Apa yang difaham, pendarahan boleh sering berlaku semasa trimester yang pertama dan mungkin bukan tanda-tanda masalah. Antara sebab-sebab boleh berlakunya pendarahan adalah:

  • Implantation Bleeding(3)
  • Keguguran(4)
  • Ectopic pregnancy(5) atau kehamilan luar rahim
  • Molar pregnancy

08/01/2010 (Jumaat)
Buat ujian kehamilan untuk kali kedua. Keputusan seperti ujian yang pertama dengan 2 garisan kabur. Tapi hati tetap gembira. Tak mungkin false positive berlaku dua kali, dengan 2 kit ujian kehamilan yang berlainan jenama.

09/01/2010 (Sabtu)
Sakit pada perut sebelah kanan seperti dicucuk-cucuk dari pagi hingga ke tengahari. Cadang untuk ke klinik tapi tak jadi sebab klinik O&G di kedua-dua Az-Zaharah & An-Nur tutup pada hujung minggu. Niat untuk pergi pada hari isnin.

10/01/2010 (Ahad)
Pendarahan atau spotting terus berlaku tanpa rasa sakit perut.

11/01/2010 (Isnin)
Cuba untuk membuat temujanji dengan doktor di Az-Zaharah & An-Nur, tapi tak berjaya disebabkan temujanji yang sudah penuh. Pergi ke Klinik Mesra untuk mendapatkan pendapat Dr Rahaya. Buat ultrasound scan yang tidak menampakkan sebarang tanda-tanda kehamilan dan ujian kehamilan kali ketiga dengan ujian keputusan ujian yang sama, 2 garisan kabur. Dr Rahaya menerangkan tentang keberangkalian berlakunya non-viable pregnancy. Dr Rahaya mencadangkan ujian darah dibuat untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dengan mendapat bacaan hCG yang lebih tepat.

12/01/2010 (Selasa)
Mendapat panggilan dari Klinik Mesra memaklumkan keputusan ujian darah. Seperti yang dijangka, positif mengandung dengan bacaan hCG 750, jangkaan kehamilan dalam 3-4 minggu. 1-2 minggu lewat jika dibanding dengan usia kandungan jika dikira dari tarikh hari pertama period yang terakhir. Bacaan hCG yang rendah(6) memberi andaian keguguran mungkin berlaku. Klinik mencadangkan ujian darah kedua dibuat pada esok hari untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat berhubung keadaan kandungan.

13/01/2010 (Rabu)
Membuat ujian darah kali kedua dan pada masa yang sama mengambil salinan keputusan ujian yang pertama. Dalam kepala merancang-rancang untuk membawa keputusan kedua-dua ujian darah pada temujanji dengan Doktor Faz di Az-Zaharah bila-bila dirasakan perlu. Hari berlalu dengan emosi yang turun naik. Terfikir-fikir keputusan yang akan diterima esok harinya. Air mata seperti tak tertahan-tahan semasa menunaikan solat asar. Terus mengambil buku kehamilan untuk membaca Surah Maryam. Mujib dengan nada jenaka menegur “kenapa mama baca Surah Maryam, baca la Surah Luqman untuk dapat baby lelaki”. Air mata terus mengalir, dalam kepala, lelaki atau perempuan tak penting dalam keadaan sekarang. Selesai solat maghrib berjemaah, sekali lagi air mata mengalir deras, lebih-lebih lagi bila sampai bahagian “peliharalah bayi yang berada di dalam perut isteriku”. Hati terdetik, sempatkah lagi untuk berdoa.

14/01/2010 (Khamis)
Telefon Klinik Mesra untuk mengetahui keputusan ujian darah kedua. Dalam kepala, bacaan mesti lebih rendah dari ujian pertama sebab kebarangkalian keguguran berlaku memang sedia bermain dalam kepala. Pendarahan dengan warna lebih merah dan penyusutan tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan mengidam seperti menyokong idea kebarangkalian keguguran berlaku. Namun, keputusan yang didapati tidak seperti yang dijangka. Bacaan hCG meningkat, tapi bukan pada kadar yang sepatutnya, iaitu dua kali ganda dalam tempoh 48 jam. Bacaan kedua menunjukkan bacaan hCG cuma 950. Pesanan Doktor supaya jangan berharap sangat seperti menyokong lagi pendapat keguguran akan berlaku. Minta klinik menghantar salinan keputusan melalui faks ke pejabat untuk tujuan rujukan.

Tidak selesa dengan keputusan yang diterima, terus buat temujanji dengan Doktor Faz di Az-Zaharah. Memandangkan pendarahan yang sikit dengan tanpa sebarang sakit, temujanji dibuat pada 23/01/2010, dengan harapan ada perkembangan positif untuk tempoh 1 minggu akan datang.

Sakit seperti kontraksi mula berlaku jam 9 malam, sebaik lepas makan malam. Sakit datang dan pergi betul-betul macam orang yang nak bersalin tapi dengan perut yang kecil. Kepala berpeluh-peluh menahan sakit, dengan harapan sakit berhenti sementara menunggu hari siang. Dengan yakin sms ke tiah, tentang kemungkinan keguguran tengah berlaku.

15/01/2010 (Jumaat)
Bersiap-siap untuk ke klinik dengan sakit yang sudah beransur kurang. Dalam kepala mengarang-ngarang apa yang perlu dicerita kepada Doktor dengan salinan 2 ujian darah yang ada. Sakit kontraksi seperti malam sebelumnya tiba-tiba datang sebaik kaki nak melangkah keluar. Mujur tiah datang untuk menghantar ke klinik, walaupun beberapa kali berkeras, boleh ke klinik sendiri hanya untuk pemeriksaan dan mengambil ubat. Bersyukur tak perlu bawa kereta dengan menahan sakit.

Dalam perjalanan berfikir-fikir kebarangkalian yang mungkin berlaku. Mungkin Doktor Cuma akan bagi ubat tahan sakit atau meminta datang semula sebaik pendarahan berhenti. Sempat mengira-ngira duit yang ada untuk membayar duit yang cukup-cukup kalau hanya untuk pemeriksaaan Doktor Pakar dan ubat, serta menyusun-nyusun kad insuran yang mungkin boleh diguna kalau-kalau benda lain yang berlaku.

8.50pg – mendaftar di kaunter untuk jumpa Doktor Faz tanpa sebarang temujanji. Staff nurse minta untuk tunggu sehingga pesakit dengan temujanji selesai.

10pg – masih menunggu dengan harapan boleh diselit-selit antara pesakit yang datang dengan temujanji. Badan mula berpeluh-peluh menahan sakit yang semakin kuat dan kerap. Tiah bangun tanya di kaunter sama ada lambat lagi atau tak. Tak lama, staff nurse datang memberitahu, giliran kami selepas pesakit dalam bilik keluar. Lega mendengar.

Tiba giliran berjumpa Doktor. Dengan terbongkok-bongkok jalan ke bilik doktor dengan harapan tidak terlalu kelihatan poyo. Dengan rasa nak menangis sebab menahan sakit, ayat yang dikarang di dalam kepala tak keluar seperti yang dirancang. Dengan penerangan yang merapu-rapu dan 2 salinan keputusan ujian darah, Doktor berpendapat sakit yang ada bukan sebab keguguran, sebaliknya simptom kandungan luar rahim. Doktor menegaskan, keguguran tidak akan memberikan bacaan hCG yang meningkat. Doktor mengesahkan dengan melakukan ujian ultrasound scan dan transvaginal scan.

Ujian menunjukkan rahim yang kosong dengan kehadiran fluid di luar rahim. Doktor mengandaikan sakit yang berlaku malam semalam disebabkan rupture pada tiub fallopia. Dr menerangkan tentang prosedur Salpingectomy7 yang perlu dilakukan dengan 2 pilihan yang ada:

  • Laparotomy – Open operation dengan luka lebih besar.
  • Laparoscopic – Operation dengan luka lebih kecil dan Dr Faz tak mempunyai kemahiran lengkap dan perlu dirujuk ke Klinik An-Nur sekiranya mahu.

Dengan air mata yang mengalir dan keputusan yang perlu dibuat sendiri, bersetuju untuk melakukan open operation. Dr Faz terus menempah bilik operation dengan anggaran kurang dari setengah jam untuk operation bermula. Panik dengan apa yang bakal berlaku, cuma sempat untuk menelefon mujib memberitahu rancangan yang telah dibuat…

(1)Kit Ujian kehamilan
Kit ujian kehamilan menentukan kehamilan dengan mengesan kehadiran hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) di dalam air kencing. Secara teknikal, hCG merupakan hormon glycoprotien yang dihasilkan oleh placenta sebaik sahaja fertilized egg implanted pada uterine lining. Kehadiran hCG boleh dikesan sebaik sahaja selepas conception dan kehadirannya akan meningkat sepanjang tempoh tumbesaran fetal. Untuk kebanyakan kit kehamilan, tempoh reaksi (reaction time) adalah di antara 5 hingga 10 minit. Namun, keputusan juga boleh dibaca lebih awal dari 5 minit.

(2)Garisan Kabur pada kit ujian kehamilan (faint line)
Pada kebiasaannya, garisan kabur pada kit ujian kehamilan adalah petanda kepada keputusan positif, dengan syarat ujian dilakukan dengan prosedur yang betul dan keputusan dibaca dalam tempoh masa ujian yang sepatutnya (kebiasaanya 5 hingga 10 minit).

Namun, sekiranya keputusan tidak diambil dalam tempoh klinikal yang sepatutnya, garisan kabur boleh dianggap sebagai Garisan Meruap (Evaporation Line). Evaporation Line adalah garisan yang terbentuk apabila air kencing pada kit ujian mengering dan meninggalkan garisan kabur yang tidar bewarna.

Antara perkara-perkara yang menyebabkan Faint line:

  • Ujian dilakukan terlalu cepat – Sekiranya ujian dilakukan terlalu cepat, kehadiran hCG mungkin tidak mencukupi untuk dikesan oleh kit ujian.
  • Salah kiraan pada jangkaan tarikh period
  • Kit ujian dengan kepekaan rendah – Kit ujian yang berlainan mempunyai tahap kepekaan kepada hCG yang berbeza, dari 20MIU hingga 100MIU atau lebih. Kit dengan tahap kepekaan 20MIU akan menunjukkan faint line sekiranya tahap hCG yang hadir adalah 20MIU atau mungkin juga menunjukkan keputusan negatif.
  • Air kencing cair – Air kencing boleh menjadi cair disebabkan kekerapan membuang air kecil atau pengambilan air yang banyak.
  • Kehamilan kimia (chemical pregnancy) – Kadangkala kehamilan yang dikesan awal mungkin diikuti dengan keputusan negatif. Kehamilan kimia berlaku semasa implantation berlaku (hCG terhasil untuk tempoh masa yang singkat) dan diikuti dengan keguguran (kebiasaanya, sebelum sebarang simptom-simtopm kehamilan dikesan)
  • Evaporation lines – Garisan yang terbentuk apabila air kencing pada kit ujian mengering dan meninggalkan garisan kabur yang tidar bewarna
  • Pengambilan ubat – Pengambilan sesetengah ubat seperti thorazine dan ubat-ubat fertility yang mengandungi hCG mungkin memberikan keputusan positif palsu (false positive) atau faint line

(3)Implantation Bleeding
Implantation bleeding berlaku apabila fertilized egg implant pada lining uterus. Disebabkan lining uterus terbentuk dari darah, kemungkinan untuk sesetengah wanita mengalami pendarahan. Implantation bleeding berlaku beberapa hari sebelum period dan sering disalah anggap dengan spotting yang berlaku pada permulaan kedatangan period. Pendarahan yang berlaku tidak seperti kedatangan period. Ia mungkin sedikit darah atau spotting yang bewarna kemerah-merahan atau keperangan.

(4)Keguguran
Pendarahan boleh dianggap sebagai tanda kepada keguguran, walaupun keguguran tidak semestinya berlaku. Kajian menunjukkan 20-30% wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Kira-kira 50% daripada wanita mengandung yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Dan kira 15-20% wanita mengandung mengalami keguguran dengan majoriti keguguran berlaku pada 12 minggu terawal. Antara tanda-tanda keguguran adalah:

  • Pendarahan
  • Cramping pain pada bahagian bawah perut (lebig kuat dari menstrual cramps)
  • Tissue passing through the vagina

Kebanyakan keguguran tidak dapat dihalang. Ia adalah cara badan manusia berurusan dengan kandungan yang tidak sihat.

(5)Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)
Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang berlaku di luar uterus. Majoriti kehamilan luar rahim berlaku pada tiub fallopio (fallopian tube). Kehamilan luar rahim jarang berlaku jika dibandingkan dengan keguguran, iaitu 1 dari 60 kehamilan. Antara tanda-tanda kehamilan luar rahim:

  • Cramping pain pada bahagian bawah perut (lebih kuat dari menstrual cramps)
  • Sakit mencucuk pada bahagian perut
  • Bacaan hCG yang rendah
  • Pendarahan
  • Lemah, pening atau berasa pitam

Wanita yang berisiko untuk mengalami kehamilan luar rahim adalah wanita dengan:

  • Berumur 35 – 44 tahun
  • Jangkitan pada tiub
  • Sejarah kehamilan luar rahim
  • Sejarah pembedahan pelvik atau perut
  • Have Pelvic Inflammatory Disease (PID)
  • Have had several induced abortions
  • Women who get pregnant after having a tubal ligation or while an IUD is in place

(6)Bacaan hCG yang rendah
Bacaan hCG yang rendah boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan perlu dipantau dengan melakukan ujian semula dalam tempoh 48-72 jam. Bacaaan hCG yang rendah mungkin disebabkan oleh:

  • Salah kiraan pada jangkaan tarikh period
  • Kemungkinan keguguran atau blighted ovum
  • Ectopic pregnancy

(7)Salpingectomy
Prosedur yang melibatkan removal satu atau kedua-dua tiub fallopio.