Masa kat rumah, adik & kakak plan untuk naik pentas sama.. Tapi alih-alih kene naik asing-asing sebab kategori yang berlainan.. Ni antara gambar peserta yang turut serta dalam pertandingan tu..
Quote of the Day..
Pages
Wednesday, April 28, 2010
Pertandingan Gala Fesyen
Masa kat rumah, adik & kakak plan untuk naik pentas sama.. Tapi alih-alih kene naik asing-asing sebab kategori yang berlainan.. Ni antara gambar peserta yang turut serta dalam pertandingan tu..
Adik Nak Rezeki
Source: http://www.nationalgeographic.com/
Monday, April 26, 2010
Auntie Fid Turun KL
Itu Bukan Ulat Bulu
Ni gambar ulat yang dah nak sampai pintu rumah yang ayah dah pindahkan ke pokok bunga mama..
Adik Nak jadi Ultraman
Habis cerita, adik sambung lagi cerita.. Mama dalam tandas, adik terus bercerita kehebatan ultraman dari luar pintu tandas.. Mama tengah bersiap sampai la mama nak solat maghrib, adik masih lagi dengan cerita ultraman adik..
"Mama, mama, ultraman lawan macam ni.."
"Mama, mama, ultraman pusingkan raksasa macam ni.. pegang pastu pusingkan sampai pening.."
"Mama, mama sambil duduk pun ultraman boleh lawan.."
"Mama, mama kalau raksasa kat belakang ultraman buat macam ni.."
"Mama, mama, ultraman mula-mula biru,lama-lama jadi merah.. pastu jadi lagi kuat.."
"Mama, mama ultraman buat tangan macam ni, pastu terbang.. tak de pegang apa-apa pun.."
"Mama, nasib baik ultraman ada, kalau tak, habis rumah kita, almari kita, bakul bedak kita, kene pecahkan dengan raksasa.."
Perut Adik Gemuk La
Semalam, balik dari rumah Mak Ngah, adik kate..
M: Gemuk la sehat..
A: Ye ke gemuk sehat..?
M: A'ah
A: Kakak tak gemuk kan..?
M: Tak.. Kakak kurus..
A: Kakak ta sehat la macam tu..
M: A'ah, Kurang sehat, sebab kurus sangat..
A: Entah-entah dalam perut adik ni ada baby kot mama..
M: Ta de la.. Adik gemuk macam mane pon, mesti ta de baby dalam perut adik..
A: Ok..
Adik senyum je.. Lega la tu sebab buncit dia bukan sebab ada baby.. :p
Friday, April 23, 2010
Minah Ketuk Kereta
Kepada minah yang pagi tadi berjalan dari arah komuter serdang ke arah Mines dalam pukul 9.10 pagi yang tak pasal-pasal ketuk kereta mama sekuat hati dengan muka marah, tolong la ubah sikit perangai tu.. Pikir la ape rasa kalau orang ketuk kereta dia sekuat hati..
Thursday, April 22, 2010
Pukul Berapa Sekarang?
A: Pukul berapa sekarang bibik?
B: Pukul 7.30 da.. dah masuk maghrib da..
A: Ooo..
B: Kenapa? Adik nak sembahyang ke..?
A: Taklah..
B: Abis tu kenapa tanye pukul berape..?
A: Sebab adik nak susu..
B: La.. nak susu pun tanya pukul bape..?
Geli hati gak dengar, mama pun tak tau apa kaitan pukul berapa dengan adik nak susu..
Wednesday, April 21, 2010
Betul Ke?
USD 1 million untuk jumpe B dan
USD 8 million untuk jumpe O..
Kalau la memang betul, memang la betul-betul suatu pembaziran.. :(
Friday, April 16, 2010
Apa Lagi, Soal La Lagi
Malamnya, mama pulak cuba soal adik soalan matematik.. Dengan tangan adik yang penuh dengan patung-patung, adik kate "kejap, kejap" sambil letak semua patung ke lantai.. Rupanya adik kira menggunakan jari, bukan dengan menghafal.. Terkejut jugak mama, sebab mama tak pernah lagi ajar adik mengira.. Rupanya dah banyak hari adik berlatih mengira dengan bibik.. Dalam kereta masa dalam perjalanan untuk melawat atuk & nenek malam sebelum berangkat ke mekah, mama soal adik macam-macam soalan matematik.. Semua adik dapat jawab dengan syarat hasil jumlah antara 0 hingga 10.. Mama soal "4 campur 5 berapa?".. Lepas abis kira, adik jawab dengan nada bangga "9 la.. Ape lagi, soal la lagi.." Ayat yang sama adik ulang untuk soalan-soalan mama yang lain.. Mesti adik bangga sebab mama dan ayah kagum dengan skill baru adik.. Sekarang mama tengah ajar untuk tambah dengan hasil tambah yang lebih besar..
Thumbs Up Untuk Poliklinik Komuniti Salak
- Mama kagum dengan harga bayaran yang dikenakan ke atas pesakit.. RM1 untuk warganegara dan RM15 untuk bukan warganegara.. Tanpa mengambil kira apa jenis rawatan, ujian dan ubat yang diberikan..Pakcik kat kaunter pendaftaran dengan nada suara simpati kata "Adik kene bayar RM15 sebab bibik bukan warganegara" Bagi mama RM15 bukan jadi isu sangat, sebab mama dah berhabis RM142 untuk rawatan bibik sebelum sampai ke situ.. In fact, selepas habis selesai urusan di pada hari pertama, mama siap tanya pada adik di kaunter pendaftaran, betul ke tak ada bayaran lain, sebab bibik bukan setakat jumpa doktor, tapi bibik buat x-ray, 2 ujian darah, ujian kahak, ujian TB dan dapat 4 jenis ubat.. Adik kat kaunter farmasi dengan muke tersenyum kata "Akak ni mesti tak pernah datang klinik kerajaan" Sambil tersenyum, mama mengiyakan je.. Lebih mengagumkan mama, hari ni mama tak perlu bayar apa-apa, sebab urusan temujanji adalah atas permintaan doktor, bukan pesakit..
- Mama kagum dengan orang ramai yang berurusan di sana.. Memang ramai, tapi semua dalam keadaan yang tenang.. Masing-masing dengan muka senyum walaupun kene menunggu giliran.. Walaupun ramai, mama rasa waktu menungu tidaklah terlalu lama jika hendak dibandingkan dengan klinik swasta yang biasa mama pergi kat Bangi..
- Mama kagum dengan cara layanan staf-staf di situ.. Semuanya melayan pesakit yang datang dengan layanan yang baik.. Hari ni, mama berkesempatan melihat seorang pelawat perempuan yang boleh dikategorikan sebagai adik, berurusan di kaunter dengan nada yang kasar dan kata-kata yang kurang manis.. Dari kaunter pendaftaran sampailah ke kawasan menunggu di depan bilik doktor.. Mama sebagai pemerhati pun terasa hati dengan perangainya, tapi staf-staf di kaunter melayan pelawat tadi dengan senyuman yang tak lekang dari mulut.. Kecewa mama dengan perangai pelawat tadi, dah la kene bayar sikit, masih ada rasa na marah-marah staff yang melayan..
- Mama kagum melihat sepasang suami isteri warga tua yang datang untuk membuat pemeriksaan.. Sepasang datang dengan si isteri menolak si suami di atas kerusi roda, walaupun keadaan isteri yang hendak berjalan pun dah terbongkok-bongkok.. Sepasang lagi suami isteri dengan si suami memimpin isteri yang kelihatan tak berapa boleh berdiri sendiri, dari masa staf mengambil bacaan ukuran badan dan berat sampai la duduk ke kerusi.. Mama yang senang untuk menangis rasa nak menitik air mata..
Alhamdulillah, keputusan hari ni menunjukkan, bibik cuma kene jangkitan kuman biasa.. (bukanlah TB seperti yang dirisaukan oleh doktor).. Mama doa bibik akan cepat sembuh sepenuhnya.. Terima kasih tak terhingga mama untuk:
- Doktor yang merawat bibik
- Akak-akak di kaunter pendaftaran klinik mengandung (mama tersilap masuk mula-mula, terlopong mulut derang bila mama kata mama bawak bibik jumpe doktor)
- Akak & pakcik di kaunter pendafataran
- Adik di kaunter triage
- Adik di kaunter x-ray
- Akak di bilik ambil darah
- Akak-akak di kaunter makmal darah
- Adik yang buat ujian TB
- Adik di kaunter farmasi
Sebagai kesimpulan, mama bagi 2 ibu jari ke atas (thumbs up) untuk perkhidmatan baik kakitangan Poliklinik Komuniti Salak.. Sebab ada 2 je, klu bole pinjam jari orang lain, mama kasi macam ni..
Tuesday, April 13, 2010
Allah Knows
When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows
Birthday Kekasih Hati Mama
Aktiviti di Kajang
Lauk kambing bakar untuk mama, cume kali ni mak ngah cadang buat bbq kat luar rumah.. kali ni bakar ayam, daging & kambing + nasi ayam mak ngah yang terkenal..
Kolam untuk kakak yang tak pernah-pernah jemu.. sepanjang 2 hari, rasanye ada 4 pusingan mandi kolam untuk kakak.. pusingan yang lama-lama.. cuma yang special kali ni, atuk pon join skali.. sebelum ni nenek yang selalu join.. bezanya, atuk jadi tukang sembur je.. kalau nenek ada aktiviti, sama ada jadi mak buaya atau aktiviti menyanyi dalam kolam..
Main alat permainan untuk adik yang tak berapa minat untuk mandi kolam, lagi-lagi kalau ada budak lelaki..
Thursday, April 8, 2010
K.E.C.I.W.A
Kalau kita kejar sangat, takut dia rasa kita kata dia tak tau buat keje.. Tapi kalau kurang kejar, tak de plak usaha dia untuk hubungi kita kalau ada apa-apa yang tak kena.. Dengan semua kemudahan telefon, e-mail dan fax yang sedia ada kat pejabat, mama tak tahu apa alasan untuk dia berdiam sampailah bila kita yang call balik..
Apa la rasanye kerja bila tak penah nak pikir ape kesan cara mereka kerja terhadap orang lain.. Sedap la kerja:
- Bila setiap bulan, belum sampai hujung bulan, duit gaji mesti masuk, regardless sama ada kerja dengan sesungguhnya atau tidak
- Bila setiap tahun, ada aje orang yang akan fight untuk bonus dan kenaikan gaji, regardless cara kerja yang menyumbang atau tidak
Mama terpaksa tulis, sebab tahap keciwa mama yang agak tinggi..
Tuesday, April 6, 2010
Pemanduan Terganggu
Pemanduan Terganggu merujuk kepada tabiat memandu sambil melakukan aktiviti lain seperti bercakap di telefon, bersms, makan, mengodek-godek bende lain yang tak berkaitan dengan aktiviti pemanduan.. Habit yang kelihatan remeh tetapi sebenarnya amat berbahaya, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan..
Antara aktiviti-aktiviti yang berpotensi untuk menyebabkan pemanduan terganggu.
Antara fakta menarik yang Oprah sebut:
- Orang yang memandu sambil bercakap di telefon mempunyai 4 kali risiko untuk mengalami kemalangan, orang yang bersms mempunyai 8 kali risiko sementara orang yang mabuk mempunyai 4 kali risiko.. Dalam erti kata lain, risiko orang yang bersms jauh lebih tinggi dari risiko orang yang mabuk.. Menunjukkan betapa bahayanya aktiviti bersms sambil memandu..
- Penglihatan orang memandu sambil bersms berbeza dari pandangan orang yang menumpukan perhatian ke atas pemanduan.. Gambaran dibawah yang juga dikongsi di dalam rancangan Oprah menunjukkan perbezaan 2 pandangan tersebut.
Secara kesimpulannya, mulai hari ni, mama dah tak boleh la na jawab telefon @ reply sms boss (kecik dan besar) masa tengah drive la.. :)
Liputan penuh pasal topik ni boleh dirujuk di laman web Oprah.com untuk sesiapa yang tak berkesempatan menonton rancangan tersebut.