Malam semalam mama tengok rancangan The Oprah Winfrey Show, antara rancangan kegemaran mama yang jarang-jarang mama dapat tengok sebab waktu tayangannya yang kurang sesuai dengan waktu mama.. Semalam Oprah membincangkan topik "Distracted Driving" atau dalam Bahasa Melayunye Pemanduan Terganggu.. Topik yang biasa tapi kedengaran amat menarik apabila disampaikan oleh Oprah.. Macam kebetulan, baru minggu lepas nenek telefon mama untuk mengadu tabiat atuk yang suka bercakap di telefon semasa memandu.. Tabiat atuk yang semua orang dah sedia maklum, tapi nenek je baru perasan.. Sambil tengok, mama sms atuk untuk ajak atuk tengok sekali rancangan Oprah tu..
Pemanduan Terganggu merujuk kepada tabiat memandu sambil melakukan aktiviti lain seperti bercakap di telefon, bersms, makan, mengodek-godek bende lain yang tak berkaitan dengan aktiviti pemanduan.. Habit yang kelihatan remeh tetapi sebenarnya amat berbahaya, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan..
Antara aktiviti-aktiviti yang berpotensi untuk menyebabkan pemanduan terganggu.
Antara fakta menarik yang Oprah sebut:
- Orang yang memandu sambil bercakap di telefon mempunyai 4 kali risiko untuk mengalami kemalangan, orang yang bersms mempunyai 8 kali risiko sementara orang yang mabuk mempunyai 4 kali risiko.. Dalam erti kata lain, risiko orang yang bersms jauh lebih tinggi dari risiko orang yang mabuk.. Menunjukkan betapa bahayanya aktiviti bersms sambil memandu..
- Penglihatan orang memandu sambil bersms berbeza dari pandangan orang yang menumpukan perhatian ke atas pemanduan.. Gambaran dibawah yang juga dikongsi di dalam rancangan Oprah menunjukkan perbezaan 2 pandangan tersebut.
Secara kesimpulannya, mulai hari ni, mama dah tak boleh la na jawab telefon @ reply sms boss (kecik dan besar) masa tengah drive la.. :)
Liputan penuh pasal topik ni boleh dirujuk di laman web Oprah.com untuk sesiapa yang tak berkesempatan menonton rancangan tersebut.
No comments:
Post a Comment