Minggu ni, 2 kali mama ke Poliklinik Komuniti Salak.. Ini pengalaman pertama mama berurusan di klinik kerajaan dan ia boleh dikatakan pengalaman yang menyenangkan.. Tak seperti cerita-cerita yang mama biasa dengar, pengalaman kali ni betul-betul buat mama rasa kagum..
- Mama kagum dengan harga bayaran yang dikenakan ke atas pesakit.. RM1 untuk warganegara dan RM15 untuk bukan warganegara.. Tanpa mengambil kira apa jenis rawatan, ujian dan ubat yang diberikan..Pakcik kat kaunter pendaftaran dengan nada suara simpati kata "Adik kene bayar RM15 sebab bibik bukan warganegara" Bagi mama RM15 bukan jadi isu sangat, sebab mama dah berhabis RM142 untuk rawatan bibik sebelum sampai ke situ.. In fact, selepas habis selesai urusan di pada hari pertama, mama siap tanya pada adik di kaunter pendaftaran, betul ke tak ada bayaran lain, sebab bibik bukan setakat jumpa doktor, tapi bibik buat x-ray, 2 ujian darah, ujian kahak, ujian TB dan dapat 4 jenis ubat.. Adik kat kaunter farmasi dengan muke tersenyum kata "Akak ni mesti tak pernah datang klinik kerajaan" Sambil tersenyum, mama mengiyakan je.. Lebih mengagumkan mama, hari ni mama tak perlu bayar apa-apa, sebab urusan temujanji adalah atas permintaan doktor, bukan pesakit..
- Mama kagum dengan orang ramai yang berurusan di sana.. Memang ramai, tapi semua dalam keadaan yang tenang.. Masing-masing dengan muka senyum walaupun kene menunggu giliran.. Walaupun ramai, mama rasa waktu menungu tidaklah terlalu lama jika hendak dibandingkan dengan klinik swasta yang biasa mama pergi kat Bangi..
- Mama kagum dengan cara layanan staf-staf di situ.. Semuanya melayan pesakit yang datang dengan layanan yang baik.. Hari ni, mama berkesempatan melihat seorang pelawat perempuan yang boleh dikategorikan sebagai adik, berurusan di kaunter dengan nada yang kasar dan kata-kata yang kurang manis.. Dari kaunter pendaftaran sampailah ke kawasan menunggu di depan bilik doktor.. Mama sebagai pemerhati pun terasa hati dengan perangainya, tapi staf-staf di kaunter melayan pelawat tadi dengan senyuman yang tak lekang dari mulut.. Kecewa mama dengan perangai pelawat tadi, dah la kene bayar sikit, masih ada rasa na marah-marah staff yang melayan..
- Mama kagum melihat sepasang suami isteri warga tua yang datang untuk membuat pemeriksaan.. Sepasang datang dengan si isteri menolak si suami di atas kerusi roda, walaupun keadaan isteri yang hendak berjalan pun dah terbongkok-bongkok.. Sepasang lagi suami isteri dengan si suami memimpin isteri yang kelihatan tak berapa boleh berdiri sendiri, dari masa staf mengambil bacaan ukuran badan dan berat sampai la duduk ke kerusi.. Mama yang senang untuk menangis rasa nak menitik air mata..
Alhamdulillah, keputusan hari ni menunjukkan, bibik cuma kene jangkitan kuman biasa.. (bukanlah TB seperti yang dirisaukan oleh doktor).. Mama doa bibik akan cepat sembuh sepenuhnya.. Terima kasih tak terhingga mama untuk:
- Doktor yang merawat bibik
- Akak-akak di kaunter pendaftaran klinik mengandung (mama tersilap masuk mula-mula, terlopong mulut derang bila mama kata mama bawak bibik jumpe doktor)
- Akak & pakcik di kaunter pendafataran
- Adik di kaunter triage
- Adik di kaunter x-ray
- Akak di bilik ambil darah
- Akak-akak di kaunter makmal darah
- Adik yang buat ujian TB
- Adik di kaunter farmasi
Sebagai kesimpulan, mama bagi 2 ibu jari ke atas (thumbs up) untuk perkhidmatan baik kakitangan Poliklinik Komuniti Salak.. Sebab ada 2 je, klu bole pinjam jari orang lain, mama kasi macam ni..
No comments:
Post a Comment