Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, July 15, 2010

Hari Jadi 2010

Habis dah sambutan ulangtahun mama untuk tahun ni.. Terima kasih untuk semua yang ingat, wish, belanja makan (termasuk yang akan belanja Jumaat ni.. :p) & bagi hadiah!! Walaupun tahun ni mama rasa tak nak poyo-poyo sambut, tapi mama rasa tahun ni yang paling bess..

Untuk simpanan mama..

Birthday entry dari Mak Anje

happy birthday, twins!

in most relationships between twins, there will be one who normally takes the lead. it is always the loud one + the shy one.

and so do my sisters.

i have twin sisters, tiah and timah.

tiah

  • independent, original, analytical, and determined.
  • has an exceptional ability to turn theories into solid plans of action.
  • has very high standards for their performance, and the performance of others.
  • natural leader, but will follow if she trusts existing leaders.
  • outspoken.
  • driven to lead.
  • able to understand difficult organizational problems and create solid solutions.
  • excel at public speaking.

timah

  • serious, quiet and sensitive.
  • interested in security and peaceful living.
  • extremely thorough, responsible, and dependable.
  • well-developed powers of concentration.
  • well-organized and hard working.
  • works steadily towards identified goals.
  • tends to stick to things until done.
  • not interested in leading or controlling others.

today is their 31st birthday. hence, this entry on them. and birthdays are never complete until you've said 'happy birthday' to the birthday girls.

so, happy birthday to the lovely big sisters. i wish you two a great year ahead.



can you tell me which one is the loud one and which is the shy one from the above pic?

oh and by the way, for the birthday present, me and my other siblings bought them a pillow. yes, a pillow! but it was not a normal rm30 pillow. it was an "enhance memory pillow", a therapeutic pillow from AKEMI. good for their necks, their backs and their memory. haha, an ideal present for women in their 30s.

& Catatan dari mama tercinta..

Masa yang berlalu dirasakan baru semalam. Masih terbayang keresahan mama menunggu kelahiran Timah setelah Tiah selamat dilahirkan....keluhan yang panjang..."ooo masih ada satu lagi!!"......dr dan ayah menyabarkan mama...

Kelahiran anak kembar merupakan pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan. Saiz kandungan yang besar berbanding saiz tubuh mama, menjadikan mama agak keletihan pada akhir-akhir kandungan mama. Mama pernah dimasukkan dan berehat di wad sewaktu kandungan 8 bulan. Ini kerana mama berasa ... See Moreada contraction yang mama rasa mama sudah hampir bersalin. Dengan rehat yang cukup dan pantauan daripada dr, mama dibenarkan pulang. Ini hanya “false contraction” dr kata. Mussel perut mama sedang berlatih untuk membuat tekanan kepada kandungan sewaktu bersalin nanti. Hari-hari akhir kandungan juga menjadikan mama sering mengambil curti rehat. Betapa besarnya kandungan itu. Mama tidak larat untuk beralih belah tidur atau untuk bangun dengan bersegera. Semua dilakukan dalam “slow motion” kerana tubuh yang sarat dengan beban dua bayi ini.

Setelah sampai tarikh dan kebetulan rasa-rasa sakit yang berterusan mama ke klinik. Setelah dimasukkan “dripp??” akhirnya sakit berterusan dirasai tanda proses kelahiran bermula. Mama akan bersalin di bawah seorang dr muda iaitu Dr Jamal. Setelah mencapai bukaan 8 cm mama di bawa ke bilik bersalin. Dengan bantuan Dr Jamal, Tiah dapat dilahirkan. Kelahirannya mama iringi dengan ucapan alhamdulillah panjang. Tapi kemudiannya mama teringat seorang lagi perlu dilahirkan lantas mama menangis dan mengeluh kepada ayah dengan mengatakan “ala ada satu lagi...!” . Di Jamal menenangkan mama dan meminta mama tidak meneran selagi rasa menerang datang dengan sendirinya. Tak lama kemudia contraction datang lagi. Dr Jamal meminta mama meneran..”dah senang ni...jalan dah buka...” katanya mententeramkan mama yang resah dan ketakutan. Dan apabila rasa kuat datang, mama meneran dengan kuat dan lahirlah Timah anak ketiga mama. Alhamdulillah!!!.Dari dr mama dapat tahu yang jarak masa antara mereka ialah 13 minit. Masa 13 minit mama rasa hanya 3 minit. Kerana masa itulah mama dapat berehat daripada sebarabg kesakitan.

Selepas itu aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan bayi dan menimbang berat mereka. Oh patutlah berat kandungan mereka kerana masing-masing mempunyai berat bayi tunggal iaitu Timah 6lb 4 oz dan Tiah 5lb 10 oz. Jumlah kedua-dua mereka melebihi 12 lb!!! mana tak berat. Setelah jahitan dan kerja lain selesai mama dibenarkan berehat di bilik yang di tempah. Mama tidur dan berehat di hospital Rupee untuk 2 malam. Setelah sihat mama dibawa balik ke rumah sewa kita di Kampung Melayu...di hujung jalan. Rumah itu merupakan rumah banglo setingkat yang mempunyai kawasan yang agak luas. Kami menghuni bilik paling besar di bahagian depan. Semua dah disiapkan iaitu 2 buah katil kanak-kanak yang sudah berkelambu. Mujurlah Cik Non pandai menjahit, jadi semua disiapkan oleh Cik Non.

Waktu itu pembantu kita ialah Meng anak Maman Rahmat dan Cik Nap yang belum berkahwin waktu itu. Sebelum ini memang Cik Nap yang menjaga Along semasa mama pergi ke sekolah. Di rumah kita juga tinggal Cik Non dan Leha anak Bik Pah yang bekerja di kilang di kawasan berhampiran. Ramai juga penhuni rumah kita. Mama dan ayah telah membuat majlis potong jambul mereka berdua. Meriah juga majlis itu dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Mujut Timah seorang bayi yang pendiam dan menghisap jari, kerana Tiah seorang bayi yang kuat menangis sehingga pernah suatu malam, mama membawa Tiah ke klinik pada jam 2 pagi kerana dia menangis secara berterusan , pak atok Konchong yang ada di rumah waktu itu “tak tahan “ dengan kerenah Tiah ini. Tiah disaran untuk meminum susu soya kerana mungkin dia tak serasi dengan susu tambahan yang diberi. Alhamdulillah setelah beberapa lama perangai menangisnya berkurangan. Tapi semua mesti didahulukan..terutama waktu menyusu. Timah sabar menunggu dengan menghisap ibu jarinya.

No comments:

Post a Comment