Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, August 31, 2010

Muhasabah Cinta

Mama nampak Sis June share lagu ni kat fb.. Mule-mula ingat lagu cinta jiwang.. Bile dengar.. Bess.. Rasa nak menitik air mata.. Sesuai dengan apa yang tengah berlaku kat mama.. Dah 6 minggu mama tak sehat.. Walaupun cube untuk tak mengeluh.. Kadang-kadang terkeluar gak runggutan dari mulut atau hati.. Semalam rasa tak tahan, mama pegi klinik sekali lagi.. Doktor bagi ubat batuk + selsema yang agak kuat.. Mama makan lepas buke.. Time nak ngaji, berpusing-pusing nampak ayat.. Ta tahan sangat, terus tertido.. Nasib baik terbangun tengah malam untuk isya' & terawih.. Pagi ni rasa sehat skit.. Harapnye akan terus sembuh.. Memang nikmat sehat hanya dihargai bile kita sakit.. Bahagian lagu ni yang mama paling suke "Tuhan kuatkan aku, Lindungiku dari putus asa, Jika ku harus mati, Pertemukan aku dengan Mu..."



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Back to Reff

Back to *

Repeat Reff 2x

Nyanyian: Edcoustic

Nyorok Kayu

Dari mula sekolah, hari Isnin la yang Kakak paling risau.. Bukan sebab hari pertama sekolah, tapi sebab tiap hari Isnin, Kakak ada subjek Tasmik & Kakak tak berapa pandai mengaji lagi.. Lagi-lagi kalau yang libatkan banyak tanda (ayat Kakak tu).. Kakak kate, sape yang tak pandai baca, ustaz pukul.. Kadang-kadang ustaz piat telinga.. Ada gak sekali kakak balik, telinga kakak merah.. Kakak kate ustaz piat.. Sian kakak.. Nasib Kakak pakai tudung..

Mama faham ape Kakak rasa.. Mama pun ta pernah setuju dengar cara pengajaran yang libatkan pukul, cubit, piat atau lain-lain yang boleh buat rasa sakit, termasuk la yang boleh buat sakit hati.. Sebab bile budak takut, mula la rasa tertekan & macam mane na tumpu kalau da tertekan..

Bukan Kakak tak usaha ulangkaji ngaji kat rumah.. Tiap malam Kakak ngaji, tapi mungkin usaha belum cukup.. Nenek penah tanye Kakak, Ustaz pukul pakai ape, kakak kate pakai kayu penyapu atau kayu penyedok sampah.. Masa dengar tu, terkejut la gak.. Tapi mungkin ustaz tak pukul kuat.. Gaya je lebih..

Macam biasa, kalau hari Ahad, Kakak da mule risau.. Kakak kate takut la esok.. Ahad lepas, masa Kakak tengah risau-risau, mama cakap la..

M: Kalau Ustaz na pukul, cakap la mama kirim salam.. Bulan puasa tak elok pukul-pukul..
K: Mama ni.. Mane boleh..
M: Tak pun, Kakak nyorokkan la kayu penyapu tu..

Kakak senyum je.. Semalam balik keje, mama tanye macam mane kelas Tasmik..

K: Kakak berjaya.. Kakak nyorokkan kayu penyapu & penyedok..
M: Hah! Kakak nyorokkan kat mane?
K: Kakak nyorokkan kat kelas paling atas?
M: Hah..! Kelas paling atas?
K: Ha'ah.. Kelas darjah 6..
M: Kakak buat sorang ke..?
K: Tak la.. Dengan 5 kawan yang takut kene pukul..
M: Mama kate nyorok tu, nyorokkan belakang almari ke.. Bukan hantar kelas lain..
K: Kelas Kakak tak de almari..
M: Habis tu dah ambik balik?
K: Dah la.. Masa kelas petang kita amik balik kayu penyapu tu..
M: Ustaz ta heran nape kayu tu ta de..?
K: Tak.. Ustaz ta cakap ape-apa..

Lepas ni kene tingkatkan lagi usaha ulangkaji ngaji.. Nyorok kayu cume penyelesaian sementara..

*gambar pinjam

Friday, August 27, 2010

Bintang Harapan

Semalam ada Majlis Buke Puasa company kt Puri Pujangga.. Cantek gak tempat dia.. Makanan pon ok la untuk harga dia yang agak murah kalau nak di compare dengan tempat lain.. Surau perempuan je yang terlalu kecik untuk bilangan orang yang ada.. Malam tadi mama langsung ta sempat ambik gambar.. Tangan kotor sebab urus makanan Adik & mood kurang sebab badan kurang sehat.. So mama amik dr album Mak Anje & Mak Su je..



Sempat bergambar ngan ayah kt pintu keluar, sebelum na gerak blik..



Dalam perjalanan balik, mama tunjuk kat Kakak bulan yang tengah penuh.. Cantik sangat.. Pastu Kakak kate..

K: Tu bintang harapan.. Kite bole minta apa harapan kita kalau nampak bintang harapan.. Apa harapan ayah..?
A: Harapan ayah, Adik & Kakak membesar jadi anak yang baik..
M: Ok.. Harapan Kakak, kaki ayah cepat sembuh macam biasa.. (kaki ayah cedera masa main bole aritu)
M: Harapan untuk mama? Harap la mama sembuh jugak.. Lama sangat da mama ta sehat..

Kakak senyum je.. Memang la Kakak ni anak ayah..

Tuesday, August 24, 2010

Potong Kek

Beberapa minggu sebelum 21hb Ogos, adik sibuk tanye.. "Bile ni nak happy birthday adik..? Adik dah boring tunggu ni.. Lama sangat.." Tak lama adik cakap "Adik rasa adik tak nak happy birthday la.. Adik nak 4 tahun je.. 5 tahun kene pegi sekolah, adik tak pandai baca.. nanti kene rotan.. Duduk rumah bess, ada tv.." Bile da nak dekat adik duk ingatkan orang lain "Happy birthday adik nanti, ayah, mama, kakak & bibik kene buat kejutan tau untuk adik.."

Tahun ni mama buat sambutan birthday adik kat rumah nenek.. Sekali dengan Aqil, Afiq & adik Qays yang kongsi bulan hari jadi yang sama.. (atuk & Mak Anje pun bulan ni gak..).. Atas permintaan adik, mama tempah kek ultraman dari kawan mama, Citarasa Ummi.. Kek ada 3 nama & 3 patung ultraman je, sebab Qays akan ada kek sendri nanti..

Sebab ramai yang nak disambut & semua budak-budak, upacara nyanyi lagu birthday, tiup lilin & potong kek kene buat asing-asing.. Takut ada yang bergado plak..

So mula dengan Aqil dengan 3 batang lilin..

Lepas tu Adik dengan 4 batang lilin..



Lepas tu Afiq dengan 6 batang lilin..


Last baru Qays yang patutnya 3 lilin, tapi tiup 6..

Lepas tu baru la upacara potong kek & edar2 goodie bag untuk setiap sorang..

Friday, August 20, 2010

Happy Birthday Sayang

Corak

Corak baju kurung kanak-kanak yang ada kat Tenun Kapas.. Detail ble tengok kat kedai online Tenun Kapas..

Thursday, August 19, 2010

Qanaah

Info untuk dikongsi.. Dapat dari Majalah Solusi yang mama pinjam dari Sis Siti..

Qanaah mengikut definasi Kamus Dewan ialah sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dengan apa yanga ada.. Qanaah juga bermaksud redha dengan pemberian Allah berupa rezeki dan tidak meminta lebih dari yang diberikan.. Rasulullah s.a.w merupakan manusia yang paling tebal sifat qanaah dalam jiwanya.. Antara ciri-ciri sifat qanaah:

  • Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" atas setiap nikmat dan musibah
  • Jarang merungut
  • Redha dengan ketentuan
  • Sentiasa berbaik sangka dengan Allah s.w.t
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit
  • Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal

Cara-cara untuk membina qanaah adalah dengan:
  • Memahami konsep qadak dan qadar Allah
  • Beriman bahawa Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya
  • Sematkan syukur
  • Selalu berdoa kepada Allah s.w.t

Note: Malam tadi 1st time mama baca majalah solusi (isu no 12).. Bess gak..