Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, December 11, 2010

Program Wakaf Buku

Program Wakaf Buku PTS 2010.. Program yang dah lama.. Tapi mama baru tau.. Kalau-kalau ada yang berminat, masih sempat lagi.. Program berakhir 31 Disember 2010..

Pengenalan

Program Wakaf Buku PTS adalah program inisiatif PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum.

Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, PTS melalui kedai buku onlinenya iaitu http://www.bookcafe.com.my/ akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi/tempat yang dipilih oleh pewakaf.

Buku-buku PTS yang dibeli bagi tujuan wakaf ini diberi diskaun istimewa sebanyak 25 peratus manakala kos penghantaran kepada penerima buku wakaf adalah percuma ke mana-mana institusi dalam Malaysia.

Dengan nilai RM200, kini rakyat Malaysia berpeluang mewakafkan buku melalui Program Wakaf Buku PTS.

Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan bacaan berkualiti seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Objektif

  1. Menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan buku
  2. Memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca tanpa mengira status sosial

Tempoh

Program wakaf ini akan bermula dari 17 Ogos sehingga 31 Disember 2010.

Penerima Wakaf Buku

Individu yang mahu mewakafkan buku boleh menentukan sendiri penerima wakaf. PTS mencadangkan institusi dan tempat seperti di bawah sebagai penerima wakaf. Institusi/organisasi penerima wakaf terhad dalam Malaysia sahaja.

  1. Masjid/surau
  2. Perpustakaan sekolah
  3. Perpustakaan awam/negeri/desa
  4. Perpustakaan organisasi/jabatan kerajaan
  5. Sudut bacaan pejabat
  6. Rumah anak yatim
  7. Lain-lain tempat yang sesuai

Sekiranya pewakaf belum ada penerima wakaf/institusi bagi mewakafkan buku, mereka boleh serahkan kepada PTS bagi memilih dan menentukan penerima wakaf buku mereka.

Bagi buku-buku yang diwakafkan dan diserahkan kepada PTS sebelum 1 September 2010, staf PTS akan menghantar sendiri buku yang diwakafkan kepada institusi/organisasi penerima wakaf buku yang PTS tentukan melalui program Infaq Ramadan.

Program Infaq Ramadan PTS adalah program amal tahunan staf PTS sepanjang Ramadan.

Selepas 1 September 2010, buku yang diwakafkan dan diserahkan kepada PTS akan diserahkan kepada Islamic Relief Malaysia, iaitu satu badan bukan kerajaan di Malaysia bagi memilih dan menghantar buku wakaf kepada organisasi/institusi yang sesuai sebagai penerima wakaf buku.

Cara Wakaf Buku:

  1. Pilih dan klik set buku yang hendak diwakafkan. Ada 20 set buku kesemuanya dengan nilai RM200 setiap set (harga selepas diskaun). Pembeli boleh mewakafkan buku lebih daripada 1 set.
  2. Isi maklumat penerima wakaf. Taip PTS sekiranya mahu PTS tentukan penerima buku wakaf.
  3. Klik 'add to cart' dan ikut arahan selanjutnya.
  4. Sekiranya anda belum menjadi ahli Bookcafe, sila daftarkan diri mengikut langkah yang ditunjukkan.
  5. PTS akan hantar buku yang diwakafkan kepada penerima wakaf pilihan pembeli ataupun penerima wakaf yang PTS tentukan.
  6. PTS akan beri resit kepada pembeli dan memaklumkan status penghantaran buku.

Resit

PTS akan mengeluarkan resit pembelian buku bagi tujuan wakaf dan dihantar kepada pewakaf. Resit ini boleh digunakan bagi tujuan pelepasan cukai pendapatan individu.

Status Penghantaran Buku Wakaf

PTS akan memaklumkan para pewakaf melalui e-mel/telefon status penghantaran buku-buku wakaf.

Sumber: http://www.bookcafe.com.my/en/senarai-wakaf-ramadan-2010-my-en/

Tuesday, December 7, 2010

Happy Birthday Besfren

Esok birthday kawan baik mama.. Tak ade ape sangat yang mama buat kecuali sambutan kecil-kecilan & hadiah yang ta seberapa.. Gambar masa upacara potong kek petang tadi.. Saje nak wat surprise, mama order kek barbie doll dari Citarasa Ummi.. Sesuai dengan MMJ yang sentiasa macam kanak-kanak riang..

Sikit catatan mama untuk MMJ, antara orang yang istimewa di hati mama..

(kene klik gambar untuk besarkan)

Happy birthday MMJ!! Lagu Best Friend mama dedicate tuk MMJ.. Terjemahan kat bawah :)

I don't have to worry anymore, cause you will be by my side
When I cry, You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Always.. always.. always.. my Best Friend


Thursday, December 2, 2010

Baby Botak Adik

Adik dan Baby Botak (gelaran untuk anak patung Adik) memang tak le pisah.. Patung tu hadiah dari nenek masa adik baby lagi.. Tak ingat plak idea siapa untuk namakan dia Baby Botak.. Dari Adik kecik lagi Adik suka main dengan Baby Botak.. Adik main suap-suap Baby Botak sebelum sempat mama ajar.. Sekarang baju-baju Adik yang kecik Adik bagi Baby Botak.. Balik kampung Adik bawak Baby Botak.. Siap dengan beg baju lagi..

Hari tu masa bersiap barang untuk ke Langkawi, Adik suruh Bibik simpan Baby Botak dalam beg.. Adik suruh letak kat bahagian bawah dan tindih-tindih dengan baju.. Adik kate "Takut Baby Botak terjatuh masa naik pesawat.." Masa kapal terbang nak berlepas, Adik siap jerit "3..2..1.. berlepas.." Kes terlebih banyak sangat tengok kartun.. Elok je dah naik, Adik kata "Macam ni je..? Macam naik kereta ayah je.. Tak ade angin-angin pon.." Mesti Adik tertukar kapal terbang dengan helikopter yang Adik nampak dalam tv.. Sebab da confirm naik kapal terbang selamat, masa balik Adik berani bawak Baby Botak naik kapal terbang.. Siap pakaikan tali pinggang lagi masa nak berlepas.. Adik layan Baby Botak macam adik sendiri.. Kalau dulu Adik kate "Adik tak nak baby la.. Kan Baby Botak dah ada.." Kadang-kadang Adik tanye "Kalau Adik 7 tahun, Baby Botak bape tahun..?" Sekarang plak Adik kate "Adik nak baby yang boleh cakap la.. Bukan macam Baby Botak.."

Ni gambar Adik dengan Baby Botak masa kenduri Mak Anje aritu..

Award Dari Ann

Memandangkan usia blog yang belum sampai setahun & kawan2 blogger yang seciput, ni la first time mama dapat award.. Award dari kawan online mama, Ann.. Tq Ann!

Memang hampir tiap hari baca blog Ann.. Tapi pernah 2 kali je jumpe.. Masa beli tudung dari Almari Solehah..

Disebabkan mama ni jenis yang tak ramai kawan.. So mama pass award ni kat Nadya, Nurul & Mrs. K..

Wednesday, December 1, 2010

Naik Jugak

Sebelum sampai sana, berkali-kali pikir.. Nak naik ke ta.. Tak naik rugi.. Naik macam bahaya.. Lepas beberapa "tragedi", mama dah tak buat bende-bende yang berisiko ni..
  • Mama tak naik roller coster, space shot, spinner atau ape-ape ride yang berbahaya.. Ada risiko tertanggal @ longgar..
  • Mama tak naik banana boat atau ape-ape boat yang libatkan air.. Ada risiko terbalik @ Tsunami..
  • Mama tak dok dekat-dekat ngan binatang besar.. Ada risiko dia tetibe ngamuk..
  • Mama tak mandi laut @ sungai.. Ada risiko arus deras..
  • Mama tak pegang binatang-binatang berbulu.. Ada risiko kuman!

Tapi sebab ayah beriya nak naik & tak nak sebab mama tak naik jadi alasan untuk nenek pun tak naik.. Last2 mama setuju gak untuk naik kereta kabel langkawi.. Sampai atas, ingat tak nak cross jambatan gantung.. Lagi-lagi bile rasa bergoyang-goyang setiap kali angin kuat atau bile budak-budak dengan selamba berlari ke atas tu.. Tapi alang-alang dah kat situ, cross jugak la..

Antara gambar macam tak percaya berjaya sampai ke puncak gunung setinggi 700 meter tu..


Yang tak tahan bile kene panjat tangga dari jambatan gantung ke pelantar.. Lagi-lagi dengan lutut yang sakit.. Nenek kata ada dalam 250 anak tangga.. Ayah gak yang hebat, naik dengan dukung Adik..

Cuti-cuti 2010

Pesawat, panggilan yang adik gune untuk kapal terbang.. Setiap kali nampak kapal terbang, Adik akan cakap "Turun la pesawat, Adik nak naik.." Lepas bertahun-tahun janji, akhirnya ayah tunaikan janji untuk bawak Adik & Kakak naik pesawat.. Ayah bawak semua termasuk Bibik, Nenek & Atuk bercuti ke Langkawi.. Tempat yang Kakak kata nak pegi setiap kali tengok gambar mama, ayah, nenek & atuk bercuti kat Langkawi 8 tahun lepas.. Masa tu Kakak dalam perut lagi..

Trip kali walaupun 3 hari 2 malam macam dulu, tapi rasa lebih panjang.. 9.30 pagi 25hb kami dah sampai sana & 10 malam 27hb baru gerak balik ke rumah.. Memandangkan mama sekeluarga tak berapa ada hati dengan aktiviti bershopping, so 3 hari kat sana kami habiskan dengan visit tempat-tempat lawatan.. Rasa puas hati sebab hampir semua tempat lawatan sempat visit.. Gambar wajib mestilah kat bawah helang :)

Tempat-tempat yang dilawat mengikut susunan kronologi:

  1. Dataran Lang
  2. Snake Sanctuary
  3. Makam Mahsuri
  4. Beras Terbakar
  5. Penguin Watch
  6. Underwater World
  7. Langkawi Cable Car
  8. Oriental Village
  9. Black Sand Beach
  10. Telaga Air Hangat (tapi kawasan ni tengah buat major renovation)
  11. Air Terjun Durian Perangin
  12. Pekan Kuah (ke Idaman Suri dan Ismail Group beli barang Mak Ngah & coklat unutk buah tangan)
  13. Jetty Kilim
  14. Pantai Tanjung Rhu
  15. Crocodile Farm
  16. Pantai Pasir Tengkorak

Tuesday, November 30, 2010

Year End Sale

Promosi Year End Sale @ Tenun Kapas sempena tahun 2010 yang hampir ke penghujung..