Semalam masa lunch, mama ronda-ronda Alamanda dengan Mak Ngah.. Ramai betul orang perempuan sibuk bershopping.. Lagi-lagi dengan jualan murah akhir tahun, semua orang macam tak keruan (termasuk la Mak Ngah).. Sepanjang ronda-ronda, semua jualan murah mama tak tertarik.. Kedai bag ke, kedai kasut ke, kedai emas ke.. 1 tempat je yang mama tak bole tahan.. Area jualan MPH kat kawasan tengah Alamanda.. Lagi tak tahan bile nampak 2 buku ni.. Puteri Tudung Bermanik dan Puteri Kemilau Cahaya.. Bole tambah koleksi buku cerita puteri/putera yang Kakak dah ada.. (Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu, Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan, Puteri Damia & Kawan-kawan Ajaib, Putera Fariri & Buku Resepi Ajaib) Semalam da siap pegang nak beli..
Tapi bile terpikir mama baru je beli buku Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq semalam, mama tak jadi beli.. Pujuk hati kate "beli nanti je.."
Tapi pagi ni bile jenguk-jenguk Portal PTS Kategori Kanak-kanak (penerbit buku-buku Kakak tu) LAGI BANYAK BUKU-BUKU YANG MENARIK!!! Tolong.. Tak tahan betul.. Buku-buku lain dalam list InsyaAllah kene beli:
Siap bole dapat 15%-25% diskaun lagi kalau beli online @ Bookcafe, kedai buku online PTS Publications & Distributors Sdn, sempena Jualan Promosi Buku Remaja & Kanak-kanak (6-12 Disember 2010).. Huhu betul-betul tak tahan.. Gatal betul jari-jari ni.. Tinggal sehari lagi.. Nak beli ke tak ni..?
weh kalau nak bli online,blikan skali boleh?
ReplyDeletenak ni : http://www.bookcafe.com.my/en/novel-dan-sastera/impiana-finale.html
hehe
dah beli da 2 buku tu ari isnin kat kedai mph.. :)
ReplyDeletewah..cantek kan cover buku cerita sekarang...baik buku cerita melayu dan bahasa inggeris....mmg kadang2 tertarik dengan cover....mama baca tak buku2 cerita yang beli untuk kakak tu?
ReplyDeletekakak baca sendiri.. dia dah laju baca.. 1 buku tu 2-3 hari bole abis.. siap kene ulang lagi sebab tak de buku baru..skang malam-malam belatih baca buku english.. sat2 keluar la bunyi2 yg lain macam skit.. in-vi-tes (invites), sa-me-ting (something), pa-la-ce (palace).. tp tak risau sbb kakak berani je nak sebut..
ReplyDelete