Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Wednesday, December 1, 2010

Cuti-cuti 2010

Pesawat, panggilan yang adik gune untuk kapal terbang.. Setiap kali nampak kapal terbang, Adik akan cakap "Turun la pesawat, Adik nak naik.." Lepas bertahun-tahun janji, akhirnya ayah tunaikan janji untuk bawak Adik & Kakak naik pesawat.. Ayah bawak semua termasuk Bibik, Nenek & Atuk bercuti ke Langkawi.. Tempat yang Kakak kata nak pegi setiap kali tengok gambar mama, ayah, nenek & atuk bercuti kat Langkawi 8 tahun lepas.. Masa tu Kakak dalam perut lagi..

Trip kali walaupun 3 hari 2 malam macam dulu, tapi rasa lebih panjang.. 9.30 pagi 25hb kami dah sampai sana & 10 malam 27hb baru gerak balik ke rumah.. Memandangkan mama sekeluarga tak berapa ada hati dengan aktiviti bershopping, so 3 hari kat sana kami habiskan dengan visit tempat-tempat lawatan.. Rasa puas hati sebab hampir semua tempat lawatan sempat visit.. Gambar wajib mestilah kat bawah helang :)

Tempat-tempat yang dilawat mengikut susunan kronologi:

  1. Dataran Lang
  2. Snake Sanctuary
  3. Makam Mahsuri
  4. Beras Terbakar
  5. Penguin Watch
  6. Underwater World
  7. Langkawi Cable Car
  8. Oriental Village
  9. Black Sand Beach
  10. Telaga Air Hangat (tapi kawasan ni tengah buat major renovation)
  11. Air Terjun Durian Perangin
  12. Pekan Kuah (ke Idaman Suri dan Ismail Group beli barang Mak Ngah & coklat unutk buah tangan)
  13. Jetty Kilim
  14. Pantai Tanjung Rhu
  15. Crocodile Farm
  16. Pantai Pasir Tengkorak

No comments:

Post a Comment