Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Saturday, December 11, 2010

Program Wakaf Buku

Program Wakaf Buku PTS 2010.. Program yang dah lama.. Tapi mama baru tau.. Kalau-kalau ada yang berminat, masih sempat lagi.. Program berakhir 31 Disember 2010..

Pengenalan

Program Wakaf Buku PTS adalah program inisiatif PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum.

Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, PTS melalui kedai buku onlinenya iaitu http://www.bookcafe.com.my/ akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi/tempat yang dipilih oleh pewakaf.

Buku-buku PTS yang dibeli bagi tujuan wakaf ini diberi diskaun istimewa sebanyak 25 peratus manakala kos penghantaran kepada penerima buku wakaf adalah percuma ke mana-mana institusi dalam Malaysia.

Dengan nilai RM200, kini rakyat Malaysia berpeluang mewakafkan buku melalui Program Wakaf Buku PTS.

Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan bacaan berkualiti seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Objektif

  1. Menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan buku
  2. Memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca tanpa mengira status sosial

Tempoh

Program wakaf ini akan bermula dari 17 Ogos sehingga 31 Disember 2010.

Penerima Wakaf Buku

Individu yang mahu mewakafkan buku boleh menentukan sendiri penerima wakaf. PTS mencadangkan institusi dan tempat seperti di bawah sebagai penerima wakaf. Institusi/organisasi penerima wakaf terhad dalam Malaysia sahaja.

  1. Masjid/surau
  2. Perpustakaan sekolah
  3. Perpustakaan awam/negeri/desa
  4. Perpustakaan organisasi/jabatan kerajaan
  5. Sudut bacaan pejabat
  6. Rumah anak yatim
  7. Lain-lain tempat yang sesuai

Sekiranya pewakaf belum ada penerima wakaf/institusi bagi mewakafkan buku, mereka boleh serahkan kepada PTS bagi memilih dan menentukan penerima wakaf buku mereka.

Bagi buku-buku yang diwakafkan dan diserahkan kepada PTS sebelum 1 September 2010, staf PTS akan menghantar sendiri buku yang diwakafkan kepada institusi/organisasi penerima wakaf buku yang PTS tentukan melalui program Infaq Ramadan.

Program Infaq Ramadan PTS adalah program amal tahunan staf PTS sepanjang Ramadan.

Selepas 1 September 2010, buku yang diwakafkan dan diserahkan kepada PTS akan diserahkan kepada Islamic Relief Malaysia, iaitu satu badan bukan kerajaan di Malaysia bagi memilih dan menghantar buku wakaf kepada organisasi/institusi yang sesuai sebagai penerima wakaf buku.

Cara Wakaf Buku:

  1. Pilih dan klik set buku yang hendak diwakafkan. Ada 20 set buku kesemuanya dengan nilai RM200 setiap set (harga selepas diskaun). Pembeli boleh mewakafkan buku lebih daripada 1 set.
  2. Isi maklumat penerima wakaf. Taip PTS sekiranya mahu PTS tentukan penerima buku wakaf.
  3. Klik 'add to cart' dan ikut arahan selanjutnya.
  4. Sekiranya anda belum menjadi ahli Bookcafe, sila daftarkan diri mengikut langkah yang ditunjukkan.
  5. PTS akan hantar buku yang diwakafkan kepada penerima wakaf pilihan pembeli ataupun penerima wakaf yang PTS tentukan.
  6. PTS akan beri resit kepada pembeli dan memaklumkan status penghantaran buku.

Resit

PTS akan mengeluarkan resit pembelian buku bagi tujuan wakaf dan dihantar kepada pewakaf. Resit ini boleh digunakan bagi tujuan pelepasan cukai pendapatan individu.

Status Penghantaran Buku Wakaf

PTS akan memaklumkan para pewakaf melalui e-mel/telefon status penghantaran buku-buku wakaf.

Sumber: http://www.bookcafe.com.my/en/senarai-wakaf-ramadan-2010-my-en/

No comments:

Post a Comment