Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Tuesday, March 9, 2010

Lawatan ke Petrosains

Hujung minggu lepas, ayah bawak mama, adik, kakak & bibik ke Petrosains.. Dari malam sebelumnya, semua orang excited sebab ini trip rasmi kami ke KLCC yang pertama sejak kakak lahir.. Adik awal-awal pesan pada semua untuk mengejutnya awal pagi.. Adik tak sudah-sudah risau sebab adik kata adik bangun lambat kecuali kalau ada yang kejut..

Esoknya, semua persiapan berjalan lancar dan kami berjaya bergerak keluar dari rumah tepat-tepat pukul 8.30 pagi, seperti yang dirancang.. Ayah berkira-kira, untuk sampai di petrosains sebelum pukul 10.. Ayah kata, kalau duduk 2 jam di dalam, boleh bergerak balik ke kampung dalam tengahari.. Dalam perjalanan, ayah telefon nenek untuk memberitahu yang kami akan sampai ke kampung selepas zohor.. Tanpa disedari, masa berlalu laju.. Kami selesai keluar dari petrosains dalam pukul 3 lebih.. Macam tak percaya lebih 5 jam kami di dalam.. Itu pun tak sempat untuk tengok semua bende yang dipamerkan.. Semua orang seronok.. Banyak bende yang kakak, adik, mama & ayah belajar di Petrosains.. Kami sampai ke kampung ngam-ngam masa masuk waktu maghrib.. Kesian nenek sebab tunggu kami dari siang..


2 comments:

  1. bestlah adik dan kakak dapat naik roket dalam gelap dan penuh bintang...dapat tgok dinesor tak? pergi naik helikopter tak?

    ReplyDelete
  2. mcm2 buat kat sana.. naik heli, naik pelantar minyak, naik kereta f1, rasa puting beliung, tgk dino, masuk mini wayang tgk criter pendek, tgk & participate science show & mcm-mcm.. tu yg ta perasan dok dlm smmpi petang..

    ReplyDelete