Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Monday, July 11, 2011

CD Dhuha

Lepas baca post ni, mama terus order CD Dhuha untuk Kakak & Adik.. Dah 2 minggu CD Dhuha ni sampai.. Tapi baru hujung minggu baru-baru ni sempat dengar.. Dah jadi kebiasaan untuk dengar CD dalam kereta ayah je... So dalam masa 2 hari, 4 kali mama khatam dengar CD ni.. (otw balik kampung, otw pegi Muzium Lukut dari rumah nenek, otw pegi PD dari rumah nenek & otw balik nilai..).

Secara keseluruhan, memang menarik & mama sokong sangat kalau ada mama-mama lain yang terasa nak beli untuk anak masing-masing... Sebab CD Dhuha ni sesuai sangat-sangat untuk bagi pendedahan bahasa arab dekat budak-budak.. Macam Adik & Kakak, derang lebey senang menghafal bende yang dah disusun sebagai lagu daripada mengingat dengan cara biasa.. Dengan lagu, Adik & Kakak dah boleh hafal Asma Allah, Nama-nama Rasul, 123 dan anggota badan dalam bahasa arab dan macam-macam lagi.. So konsep yang sama mama nak try dengan CD Dhuha.. Sebab CD Dhuha cover topik-topik asas dengan penggunaan bahasa yang mudah.. Yang buat lagi menarik, lirik CD Dhuha tersedia dengan terjemahan bahasa melayu.. Bolehlah tolong mama (yang walaupun 11 tahun belajar bahasa arab tapi vocab seciput je) nak terang maksud lagu kat Kakak & Adik..

Lagu yang ada dalam CD Dhuha:

01. Alu-aluan.
02. Kebersihan Adalah Sebahagian Daripada Iman
03. Di Rumah Kami
04. Wahai Pendidik
05. Bulan-Bulan Hijriah dan Masehi
06. Hari Jadi
07. Ke Zoo
08. Keluarga
09. Hari-Hari
10. Tubuh Badan Saya
11. Alatan Belajar
12. Warna-Warna 1
13. Warna-Warna 2
14. Mari Belajar Bahasa Arab

Salah satu lagu yang ada dalam CD Dhuha..




So sesapa yang nak order bolehlah contact Hartini @ hartinidewi@hotmail.com.

2 comments:

  1. Dapatkan CD Original Kumpulan Dhuha - Uhibbu Dhuha (album terbaru). Harga pasaran adalah RM20.00
    Sila hubungi Safrizan (012-358-1806) untuk tempahan. (tidak terdapat dikedai tok guru)

    Ini adalah album terbaru selepas album pertama kumpulan Dhuha Mari menyanyi bahasa Arab.

    http://mdsafkyo.blogspot.com/2012/05/kumpulan-nasyid-dhuha-uhibbu-dhuha.html

    ReplyDelete