Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, December 30, 2010

Mat Rempit Ke Ni?

Malam Jumaat malam wajib untuk Kakak & Adik tengok cerite hantu.. Mama yang sememangnye penakut tak penah minat nak tengok, so dok la mengadap laptop sambik tunggu ayah balik.. Sebelum cerite mula, derang tengok cite 999 yang tengah buat liputan pasal pekerja asing yang bekerja kat kelab malam.. Terdengar perbualan 2 beradik tu.. Komen sesuke hati.. Bende yang derang dapat dari tv la ni..

A: Iskh.. Adik tak suke..
K: Pakai seksi.. Seseksi yang suke..
A: Memang macam tu ke..?
K: Memang macam tu la..
A: Tu mat rempit ke..?
K: Iskh Adik ni.. Mat rempit tu yang lelaki.. yang bawak motor laju-laju.. pegi disko.. menari-nari..
A: Kalau beli barang tak bayar ke..?
K: A'ah tak bayar..

Ni bukan mama ajar tau..

Dataran Nilai

Kebetulan lalu Dataran Nilai masa balik dari Giant cuaca tak panas & taman kosong, so singgah sat tuk kasi Kakak & Adik main.. Sian derang sebab sepanjang cuti tak ke mana sangat.. (Kecuali ke Langkawi awal cuti aritu..) Hari-hari lain Kakak & Adik duduk rumah je.. Keluar tuk pegi kelas ngaji je.. Bosan agaknya dok rumah.. Kelas yang sepatutnya sehari sekali, sama ada pagi atau petang, Kakak & Adik pegi pagi & petang.. Nasib ustazah kate ok.. Skit gambar masa kat situ..

Lumbe lari dari hujung ke hujung.. Larat plak tu.. Adik je yang nampak berpeluh-peluh..

Wednesday, December 29, 2010

Huruf King!

Soalan wajib setiap kali makan malam.. "Hari ni ngaji sampai mane..?" Adik spontan jawab "Sampai huruf king..!" Terkejut ayah dengar jawapan Adik "King?" Kakak tak tahan gelak kuat.. "Siin la Adik..." Adik dengan muke selamba je jawab.. "A'ah siin.. Adik terlupe tadi.."

Gambar pinjam dari Teakster

Tuesday, December 28, 2010

Rezeki Atuk

Hujung minggu hari tu teman Atuk ke kenduri kawin anak kawan lama Atuk.. Tak ada kad jemputan sebab jemputan hanya melalui telefon.. Atuk plak lupe nak minta nombor kawan Atuk tu.. Yang Atuk ingat, jemputan 25hb, dekat dewan Masjid Negeri, Seksyen 10 Shah Alam.. Mule-mule dengar terpikir gak, ada ke dewan kat Masjid Negeri tu.. Sampai sana, 1 masjid kami pusing.. Dewan seminar ada.. Dewan makan ada.. Bilik nikah ada.. Dewan majlis tak ada.. Tengok jadual kat pak guard, memang ada nikah dan majlis makan tengahari tu.. Tapi nama plak tak sama.. Ayah dah merungut.. Pikir macam mana nak cari.. Kata Ayah "Tak kan na cari kat semua dewan yang ada kat sini.." Kebetulan azan zohor, mama ajak solat dulu sebelum fikir ikhtiar lain yang boleh dibuat.. Mama tak rungsing sangat... Ada rezeki jumpe, tak de tak jumpe.. Awal-awal mama dah cakap kat Kakak "Kalau tak jumpe gak tempat kenduri, kire lawatan ke Masjid Negeri je la ye kak.."

Nak jadi rezeki Atuk untuk jumpe kawan-kawan lama.. Siap je solat, sebelum nak gerak ke kereta, Atuk terserempak dengan kawan lama yang baru je balik dari kenduri yang sama.. Rupenye kenduri tu kat Kompleks Taman Seni Islam Selangor, dewan sebelah Masjid Negeri.. Atuk tersalah dengar rupenye :)

Bergambar masa ayah tengah rungsing mana nak cari dewan kenduri..

Masa ni tak jumpe lagi kawan Atuk.. Sebab tu berkerut lagi muka ayah :p

Gambar kat pintu masuk dewan..

Kebetulan meja makan sebelah kawasan aktiviti kanak-kanak, Restukids.. Kelam kabut Kakak habiskan makanan untuk baca buku-buku yang ada kat situ.. Kebetulan plak Atuk berborak dengan kawan-kawan, banyak jugak la buku yang kakak dapat baca..

Bergambar kat luar dewan sebelum gerak balik... Kakak bising bile mama suruh diri kat situ "geli la ma, ada bulu-bulu kat gong ni.." Betul-betul anak mama...

Annual Dinner 2010

Masa Majlis Annual Dinner last week, mama tak ada rasa nak amik gambar sangat.. So ta de 1 gambar pon yang mama ada kecuali gambar menu.. tu pon sebab bosan sementara tunggu orang lain sampai.. Ni antara gambar-gambar yang mama pinjam..

Gambar suasana bilik sebelum orang mula sampai..

Senyum pahit yang dipaksa-paksa lepas confirm terlepas hadiah idaman.. Memang keyakinan untuk dapat TV @ pakej2 percutian tu tak ada.. Tapi berharap untuk dapat tu ada la..

Bergambar dengan ayah.. Muke letih, kene berkejar dari PD untuk attend dinner mama.. Siap dengan baju keje lagi..

Sesi bergambar dengan semua.. Tu pon ada yang dah gerak balik..

Tuesday, December 21, 2010

8th Anniversary

Another year just swept by and it's our wedding anniversary again.. It is a time for us to look back on all the wonderful memories we've made through the years, and thinking of the life and home we've built together.

Dear Sayang...that's what you are to me.
Years ago when we met, I fell in love with you.
Nothing has changed; I love you still...
more than ever.
When you're not near me, I feel an emptiness
that I can't seem to fill.
When you are near, I feel complete.
I cherish your love and companionship
and always hope to please you.
I always wish for your happiness,
for I love to see the sparkle in your eyes.
I never imagined that someone could be
as important as you are to me.
Please stay near
and love me as I love you.

Our wedding was many years ago, but the celebration continues to this day. Happy 8th anniversary sayang.. Love you so much..

Monday, December 20, 2010

Miss No Good

Pagi Ahad tertengok cite komedi Taiwan, Miss Ni Good secara tak sengaja.. Terus terlekat.. Macam bess je.. Tapi bersiri la plak.. Tak sure tadi episod ke berapa.. Kalau info yang mama dapat tak silap, total ada 40 episod semuanya.. Banyak tu.. Kalau la ada sesapa yang dah ada cite ni.. Mama nak..!

Kelakar gile cerite dia.. Pelakon perempuan utama dia yang mama tak tahan nak tengok.. Selamba je dia buat muke-muke bodo.. So pagi-pagi Ahad mama dah tergelak sorang-sorang tengok cite ni.. Adik yang kat tepi pon asyik tanye
"Kenapa ma? Kenapa?"

Sinopsis pendek cerite ni:
Miss No Good, the hit Taiwanese series which stars singer Rainie Yang, Wilber Pan, and Japanese model Dean Fujioka Tatsuo, debuts on ABS-CBN. The comedy tells the story of Ciara (Rainie), a jewelry store owner who has an over-the-top fashion sense. When her elementary classmate—and the love of her life—Jia Si Le (Dean) returns from Japan, she decides undergo a makeover to match his own sense of style. She blackmails famous stylist Tang Men, who happens to be Jia Se Le’s best friend, into helping her out.

As Ciara undergoes Tang Men’s personality and fashion makeover, they spend more time together. Will he see Ciara’s real beauty and fall in love with her even without the makeup and fancy dresses? Will Ciara stick with her old crush or find a new love?


Sunday, December 19, 2010

Projek Seni Ayah

Hari Khamis aritu, masa baru nak gerak balik, ayah call.. Ayah kate ayah da sampai umah.. Rasa tak sampai satu jam lepas tu mama sampai rumah plak.. Masuk-masuk Kakak & Adik tunjuk pulau buatan.. Adik kata "Ni ayah yang buat tadi.." Saja nak kacau Adik, mama kate "Tak percaya lah.. Tak kan ayah buat.." Lepas ulang-ulang jawapan yang sama, Adik emo terus marah "Ayah tengok mama ni tak pecaya ni ayah buat.."

Tq Auntie

Saje share gambar ni.. Nak tunjuk kat auntie Saleemah adiah yang auntie bagi kat Kakak aritu.. Mule-mule tengok masa dapat macam besar.. Tapi rupenye tak.. Elok2 je termasuk kat bahagian muke..

Tq Auntie..!

Tips Tudung Inner

Mama baca entry pasal tips ni kat blog Mrs. K awal minggu aritu.. Rasa menarik pulak.. Sebab cantik je nampak Mrs. K pakai tudung inner tapi tak nampak melekat sebab Mrs. K ada tips untuk jadikan tudung inner ada muncung.. Walaupun mama tak pakai tudung jenis ni, tapi mama share tips ni kalau-kalau boleh dimanfaatkan..
Tipsnyer senang je, kene tetas kat hujung inner tu macam yang Mrs. K tunjuk kat dalam gambar bawah..

Hasilnye.. Cun kan..

Tips dari entry Krs. K - Koleksi Inner Saya

Saturday, December 18, 2010

Orang Salji

Gambar Kakak dan Adik dengan snowman & orang salji kat KLIA lepas bye-bye ayah masa ayah pegi Jepun aritu.. Sambil tengok, Adik dok membebel-bebel sendiri.. "Senang je nak buat ni.. Buat bola kecik, bola besar.. Besar kat bawah, kecik kat atas.. Hidung pakai karot, mata pakai butang.. Pastu pakai topi"

Kat sini Kakak tak berani masuk, sebab dah berpagar.. Sibuk marah Adik sebab suka-suka hati masuk dan pegang-pegang..

Sebelum balik, Adik jerit "Bye-bye orang salji.. Jangan gaduh-gaduh tau.." Tersenyum orang lain yang ada kat situ..

Kakak Memang Berani

Hujung minggu lepas bawak Kakak cabut gigi.. Kakak cabut 2 batang gigi depan yang tak goyang sebab gigi baru dah mula nak tumbuh.. Kakak memang berani & boleh jadi contoh kat Adik..

Sementara tunggu giliran kat luar bilik doktor.. Muka risau, tapi masih nak bile mama ajak bergambar..

Masa ni dah hampir siap.. 1 gambar je mama ambik sebab kesian tengok Kakak teresak-esak, lagi-lagi bile doktor mula cucuk bius.. Sampai bengkak gak la bibir Kakak.. Mama duduk tepi je sebab Mama pun seriau.. Ayah pujuk Kakak kata "Kakak berani macam mama" Bangga sat rasa.. Sambil pujuk, mama janji untuk beli 2 hadiah untuk Kakak, 1 untuk setiap gigi yang dicabut..

Ni lepas dah selesai & bengkak dah surut.. Untuk hadiah, Kakak mintak 2 buku cerita lagi.. So jadi la alasan kukuh untuk mama beli buku-buku cerita yang aritu tak tertahan mama nak beli.. Isnin nya terus mama belikan Kakak buku-buku tu.. :)

Friday, December 17, 2010

Purple Pulak

Purple is the color of good judgment. It is the color of people seeking spiritual fulfillment. It is said if you surround yourself with purple you will have peace of mind. Purple is a good color to use in meditation. Purple has been used to symbolize magic and mystery, as well as royalty. Being the combination of red and blue, the warmest and coolest colors, purple is believed to be the ideal color. Most children love the color purple. Purple is the color most favored by artists. (Dipetik dari http://crystal-cure.com/purple.html)

Untuk peminat Purple mama highlight koleksi Purple pulak kat Blog Tenun Kapas..

Iklan Sat

Saja mama share post Mak Anje tajuk renting / selling out my outfits. Kalau-kalau ada yang berminat @ memang tengah mencari.. Baju yang dimaksudkan:

1) pink lace kurung moden + embellished chiffon silk veil + matching shawl


2) blush pink/purple lace dress + lace embellished chiffon silk veil



Untuk yang berminat, bole email Mak Anje kat aishah_ara@yahoo.co.uk

Jumpe Lagi

Alhamdulillah, mama dapat jumpe lagi kawan-kawan lama.. Plan asal untuk kumpulkan semua.. Tapi atas sebab-sebab tertentu, 7 dari 11 orang pelajar puteri (pelik pulak bunyinye sedangkan memang ni istilah yang digune dulu..) kelas 4454 tahun 95/96 + Mak Ngah saje yang boleh datang.. Mak Ngah walaupun bukan ahli kelas yang sama, tapi dari dulu memang da macam ahli kelas sebab Mak Ngah lebih banyak "melepak" dengan kawan-kawan kelas mama..

Ada antara yang datang tak pernah jumpe sejak abis sekolah.. Kalau semua bole ada, mesti lagi seronok.. Gambar asal, 14 tahun lepas.. (pinjam dari fb kawan sekelas..)

Gambar masa hari kejadian :) Semua masih sama kecuali ada la yang besar skit sana-sini, sesuai dengan peningkatan umur (justify la konon..) Satu je gambar yang ada semua.. Yang lain semua gambar masa makan-makan sebab macam susah nak kumpul setempat bile budak-budak ramai..


Gambar anak-anak.. Tu pon bukan semua sebab ada yang tido & tengah didukung.. Buat name tag lebih untuk mak-mak kenal anak-anak lain..

Harapnya tahun depan boleh buat lagi & lebih ramai boleh join.. Lain kali mungkin boleh buat piknik 1 hari @ even bermalam kat mana-mana..

Saturday, December 11, 2010

Betul-betul Tak Tahan

Semalam masa lunch, mama ronda-ronda Alamanda dengan Mak Ngah.. Ramai betul orang perempuan sibuk bershopping.. Lagi-lagi dengan jualan murah akhir tahun, semua orang macam tak keruan (termasuk la Mak Ngah).. Sepanjang ronda-ronda, semua jualan murah mama tak tertarik.. Kedai bag ke, kedai kasut ke, kedai emas ke.. 1 tempat je yang mama tak bole tahan.. Area jualan MPH kat kawasan tengah Alamanda.. Lagi tak tahan bile nampak 2 buku ni.. Puteri Tudung Bermanik dan Puteri Kemilau Cahaya.. Bole tambah koleksi buku cerita puteri/putera yang Kakak dah ada.. (Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu, Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan, Puteri Damia & Kawan-kawan Ajaib, Putera Fariri & Buku Resepi Ajaib) Semalam da siap pegang nak beli..


Tapi bile terpikir mama baru je beli buku Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq semalam, mama tak jadi beli.. Pujuk hati kate "beli nanti je.."

Tapi pagi ni bile jenguk-jenguk Portal PTS Kategori Kanak-kanak (penerbit buku-buku Kakak tu) LAGI BANYAK BUKU-BUKU YANG MENARIK!!! Tolong.. Tak tahan betul.. Buku-buku lain dalam list InsyaAllah kene beli:

Siap bole dapat 15%-25% diskaun lagi kalau beli online @ Bookcafe, kedai buku online PTS Publications & Distributors Sdn, sempena Jualan Promosi Buku Remaja & Kanak-kanak (6-12 Disember 2010).. Huhu betul-betul tak tahan.. Gatal betul jari-jari ni.. Tinggal sehari lagi.. Nak beli ke tak ni..?