Hujung minggu hari tu teman Atuk ke kenduri kawin anak kawan lama Atuk.. Tak ada kad jemputan sebab jemputan hanya melalui telefon.. Atuk plak lupe nak minta nombor kawan Atuk tu.. Yang Atuk ingat, jemputan 25hb, dekat dewan Masjid Negeri, Seksyen 10 Shah Alam.. Mule-mule dengar terpikir gak, ada ke dewan kat Masjid Negeri tu.. Sampai sana, 1 masjid kami pusing.. Dewan seminar ada.. Dewan makan ada.. Bilik nikah ada.. Dewan majlis tak ada.. Tengok jadual kat pak guard, memang ada nikah dan majlis makan tengahari tu.. Tapi nama plak tak sama.. Ayah dah merungut.. Pikir macam mana nak cari.. Kata Ayah "Tak kan na cari kat semua dewan yang ada kat sini.." Kebetulan azan zohor, mama ajak solat dulu sebelum fikir ikhtiar lain yang boleh dibuat.. Mama tak rungsing sangat... Ada rezeki jumpe, tak de tak jumpe.. Awal-awal mama dah cakap kat Kakak "Kalau tak jumpe gak tempat kenduri, kire lawatan ke Masjid Negeri je la ye kak.."
Nak jadi rezeki Atuk untuk jumpe kawan-kawan lama.. Siap je solat, sebelum nak gerak ke kereta, Atuk terserempak dengan kawan lama yang baru je balik dari kenduri yang sama.. Rupenye kenduri tu kat Kompleks Taman Seni Islam Selangor, dewan sebelah Masjid Negeri.. Atuk tersalah dengar rupenye :)
Bergambar masa ayah tengah rungsing mana nak cari dewan kenduri..
Masa ni tak jumpe lagi kawan Atuk.. Sebab tu berkerut lagi muka ayah :p
Gambar kat pintu masuk dewan..
Kebetulan meja makan sebelah kawasan aktiviti kanak-kanak, Restukids.. Kelam kabut Kakak habiskan makanan untuk baca buku-buku yang ada kat situ.. Kebetulan plak Atuk berborak dengan kawan-kawan, banyak jugak la buku yang kakak dapat baca..
No comments:
Post a Comment