Seronok juga rasa kerja dari rumah. Lepas solat subuh, mama sempat baring-baring sekejap sebelum bangun bersiap 10 minit sebelum mula kerja. Bersiap pun hanya untuk mandi, berpakaian selesa dan minum pagi. Tak perlu menggosok pakaian, bersiap-siap dengan bedak dan lipstik (itu je pon mekap mama), melilit tudung dan mengharungi 30 minit perjalan ke tempat kerja.
Keadaan pun lebih tenang memandang mama memang jenis orang yang anti-sosial (kononnya la) dan sukakan persekitaran yang tenang. Paling-paling mama pasang lagu-lagu jiwang mama untuk ambik mood kerja. Lagi pun rumah ni tak berapa sunyi dengan suara adik yang memang suka berborak-borak dengan bibik.
Seperti yang dilaporkan di surat khabar, Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan antara jabatan kerajaan paling awal yang memperkenalkan konsep ‘work from home’ setelah melancarkan satu program eksperimen atau ‘pilot program’ yang akan menyaksikan 39 pelukis pelan (draughtsman) bekerja dari rumah sendiri bermula Januari 2010.
Program pilot ini, yang rata rata disambut baik oleh masyarakat Malaysia (mama pun sokong!!), akan berlangsung selama 3 bulan dengan tujuan untuk mengurangkan kos, menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada pekerja untuk membahagikan masa antara kerja dan keluarga.
Sekiranya program ini dilihat berkesan, Kementerian Kerja Raya yang menaungi JKR bakal meluaskan implementasi tersebut kepada kakitangan yang lain. Malah, ia mungkin merintis kepada fenomena kerja dari rumah di jabatan dan kementerian lain (atau mungkin syarikat swasta) sekiranya program ini mencapai kejayaan seperti yang telah diamalkan di negara negara maju. Antara negara yang telah melaksanakan program bekerja dari rumah dengan berjaya adalah United Kingdom, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah.
Untuk kes JKR, pelukis pelan dipilih untuk program ini berdasarkan kepada ciri ciri kerja itu sendiri yang banyak menyaksikan pekerja meluangkan masa di hadapan komputer dan membuat perancangan di meja sendiri (mm.. sama la macam mama). Dalam program pilot ini, mereka hanya perlu untuk menghadirkan diri ke pejabat sekali sahaja dalam seminggu untuk berjumpa dan membincangkan progres kerja bersama penyelia.
Seronok juga kalau kerja dari rumah ni jadi realiti. Mama pun dapat jimat kos minyak untuk ke pejabat, tol, bayaran parking dan makan tengahari :)
Macam mane bos?? Ada harapan ke untuk mama kerja dari rumah..? :D
No comments:
Post a Comment