Semasa kakak hendak mengambil makanan tengahari di kaunter makanan berkupon, pakcik yang bertugas memberitahu mama yang mengikut rekodnya hari ini merupakan satu-satunya hari yang kakak datang mengambil makanan tengaharinya pada minggu ini.. Terkejut jugak mendengar kerana berdasarkan hari yang kakak pergi ke sekolah agama, hari ini sepatutnya jadi hari yang ke-3.. Mama ingat lagi setiap malam bila mama tanya apa yang kakak makan, kakak jawab nasi lauk ayam dan sayur.. Bila mama tanya kenapa kakak bohong bila mama tanya kakak makan apa, kakak kata kakak tak makan sebab tak lapar.. Mama tau bukan kakak nak bohong, kakak cuma beri jawapan yang tak akan menyebabkan kakak kene leter..
Sementara menunggu kakak makan, mama terdengar perbualan 2 orang budak perempuan di meja sebelah.. Budak pertama berkata "Adik saya yang umur 4 tahun tahu baca sifir 12" yang kemudiannya diikuti dengan jawapan daripada budak kedua "Adik saya yang umur 2 tahun tahu sifir 1 sampai sifir 64.. Dia tahu sampai 64 x 12.." dengan suara yakin.. Mama rasa dia bukan sahaja berbohong tentang kebolehan adiknya yang berumur 2 tahun, tapi mungkin juga berbohong tentang kewujudan adik yang berumur 2 tahun.. Pada pendapat mama, kalaulah dia ada adik yang berumur 2 tahun, mesti dia tahu kebolehan seorang budak yang berumur 2 tahun..
Mama teman kakak sehingga ustazah masuk kelas.. Kemudian mama melambai tangan kepada kakak sebagai tanda yang mama dan adik dah nak gerak balik.. Muka kakak sedih.. Sebab kakak memang tak suka pergi sekolah agama.. Kakak kata kakak tak pandai jawi.. Mama harap, ini cuma sementara dan lama kelamaan kakak akan seronok untuk ke sekolah agama.. Sebelum sampai ke kereta, mama menegur seorang budak laki yang sedang duduk seorang diri di perhentian bas di depan sekolah.. Mama tanya kenapa belum balik lagi dan budak tersebut menjawab dengan suara yang perlahan dan sedih "Saya demam, saya nak balik.. tengah tunggu bas atau ibu.." .. Mama tanya lagi sama ada dia sudah menelefon ibunya untuk datang ambil dan diikuti dengan suara perlahan yang menjawab "Belum.. Kan elok kalau pagi tadi saya tak lupa bawak dompet.. Ni nak beli air pon tak boleh.." Rasa kesian pulak mama dengar dan mama hulur duit RM1 untuk budak tadi membeli air dan menelefon ibunya dengan duit bakinya.. Tapi, baru beberapa langkah mama jalan, budak yang kononnya sakit dan sedih tadi bangun dan berlari ke arah 2 orang budak perempuan yang ada di seberang jalan sambil menjerit dan mengibarkan duit RM1 yang mama kasi tadi "Yey, aku dapat duit" Kemudian terdengar lagi suaranya berkata "Tak pe, biar aku belanja.." Mama tunggu di kereta untuk melihat apa yang dibelinya.. Budak tadi kembali semula ke perhentian bas bersama-sama dengan 2 budak perempuan tadi dengan masing-masing memegang ais-krim patah.. Dia yang kelihatan sihat dan seronok tersenyum-senyum walaupun tahu mama sedang memerhatikannya.. Mama tak rasa ada rasa bersalah pada dirinya, walaupun dia baru sahaja lepas berbohong..
No comments:
Post a Comment