Namun, persoalan siapa adik dan siapa kakak tak pernah jadi isu antara mama dan mak ngah.. Mama dan mak ngah dilahirkan dengan sikap yang jauh berbeza dengan sindrom ketua dan pengikut yang biasa ada pada pasangan yang dilahirkan sebagai kembar.. Mama dengan perangai sebagai pengikut yang setia dan mak ngah dengan perangai ketua yang hebat.. Seperti telah berjanji dari dalam perut, mak ngah memang mahu menjadi kakak dan mama memang mahu menjadi adik..
Tahun lepas, kami ditanya semula dengan soalan siapa adik dan siapa kakak oleh rakan sekerja.. Selepas mak ngah memberi jawapan kami yang standard, rakan yang bertanya tadi berjenaka dengan berkata..
"Aku dapat bayangkan macam mana korang dalam perut betul-betul sebelum nak lahir.. Mesti tiah kata aku la yang nak keluar dulu dan timah kata ok, keluarlah.."
Ayat ringkas dan selamba yang disampaikan dengan menggunakan nada suara yang diubah untuk disesuaikan dengan watak mama dan mak ngah itu kemudiannya diikuti gelak ketawa semua yang ada di situ termasuklah mama dan mak ngah..
No comments:
Post a Comment