Hari ini hari terakhir cuti rehat 5 minggu mama sebelum mama mula kerja minggu depan.. Pagi tadi mama ada appointment dengan Doktor Faz untuk follow up check-up mama.. Adik & bibik ikut sekali.. Adik kata adik nak jumpe doktor yang lahirkan adik.. Mama kate bukan lahirkan, keluarkan adik dari perut mama, mama yang lahirkan.. Malam sebelum pegi, banyak yang adik tanya, doktor tu laki ke perempuan, pakai subang ke ta, pakai cermin mata ke ta dan macam-macam lagi.. Adik pesan suruh kejut adik awal untuk bersiap.. Adik kata, kalau adik tak bangun jugak, mama boleh siram air.. Tapi jangan lupa angkat tangan adik (yang kononnya sakit) sebelum mama siram air.. Pagi tadi, adik bangun sebelum mama siram.. Tapi adik marah sebab kejut awal pagi buat mata adik sakit (silau)..
Tadi doktor kata luka mama dah sembuh.. Ada sikit-sikit lagi bahagian yang ada rasa macam bengkak kat dalam.. Doktor kata, kalau boleh, tunggu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum cuba untuk mengandung lagi.. Untuk hilangkan trauma.. Mama memang rancang untuk tak mengandung dalam tempoh 6 bulan, tapi bukan la sebab trauma.. Lebih untuk rehatkan badan..
Tadi doktor ada gak sebut, tapi kalau mengandung pun tak apa.. Sebab operation tempoh hari tak ade usik rahim.. Cuma buang bahagian tiub kanan.. Doktor mengingatkan untuk mama buat pemeriksaan awal (ultrascan atau pemeriksaan darah macam hari tu) sekiranya ditakdirkan mengandung kelak, kerana doktor berpendapat kebarangkalian untuk perkara yang sama berulang adalah tinggi memandangkan rupa bentuk tiub yang tidak normal..

Sebagai catatan dan simpanan, 2 prosedur yang dibuat semasa operation 5 minggu lepas..
- Laparotomy is a surgical procedure involving an incision through the abdominal wall to gain access into the abdominal cavity
- Salpingectomy is the removal of one or both of a woman's fallopian tubes, the tubes through which an egg travels from the ovary to the uterus.
Gambaran dalam bentuk rajah sebagai rujukan..
jumpe org yg lahirkan adek? adek lawak lah.. =D
ReplyDeletejangan lak ini jadi tulisan terakhir sbb dah kerja. teruskan. mama ada juga post hasil tulisan..biasanya tazkirah dalam kamin site...prnah berkunjungker...
ReplyDeletejarang2 masuk laman kamin.. tapi tau mama ada tulis kt situ, pak irul ada cakap..
ReplyDelete