Sejak mama mula cuti rehat 4 minggu lepas, baru 3 kali mama berpeluang membaca surat khabar.. Berita di tv pun dah lama mama tak tengok untuk mengelak dari mendengar longgokan berita yang agar merapu-rapu sejak akhir-akhir ini..
Terkejut mama bila membaca berita tentang kes pembuangan bayi yang banyak berlaku minggu ini.. Berdasarkan berita yang dilaporkan di dalam surat khabar utusan hari ini, minggu ini sahaja, 3 kes pembuangan bayi dilaporkan yang melibatkan:
- penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada hari Isnin;
- penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah pad hari Selasa; dan
- penemuan mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka pada hari Khamis
Beberapa ulasan dari seorang Menteri apabila beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi ini..
"Kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini"
“Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini"
“Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai”
Mama bersetuju penuh tentang kenyatan beliau yang menyatakan kejadian-kejadian ini menjadi petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat hari ini.. Namun, ia bukan sahaja menunjukkan yang masyarakat kita menghadapi tekanan.. Ia lebih menunjukkan kurangnya penerapan nilai-nilai agama dikalangan masyarakat kita..
Pada pendapat mama, sudah sampai masanya untuk kita semua bermuhasabah dan membincangkan tentang ketempangan akhlak dan moral yang semakin meruncing di kalangan golongan remaja pada masa kini.. Tindakan lanjutan untuk menganganinya perlu diambil dan ini bukan sahaja merujuk kepada penyediaan tempat-tempat perlindungan bagi ibu dan bayi.. Pada mama, apa yang penting adalah kembali kepada penyelesaian agama dalam membangukan sebuah keluarga yang sakinah.
Walaupun begitu, mama tidak menyangkal mengenai kepentingan institusi keluarga itu sendiri dalam menangani hal-hal yang sebegini..
Imam Al-Ghazali ada berkata: "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa."
No comments:
Post a Comment