Quote of the Day..

Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams. - Ashley Smith

Thursday, February 18, 2010

Janganlah Bersedih

Lebih sebulan berlalu.. Tapi kawan baik mama masih lagi bersedih.. Setiap hari, ada sahaja status sedih yang tertera pada status YM dan facebook nyer..Tak ada ape yang mama boleh buat dari sini.. Kecuali berdoa kesedihannya itu berlalu..

Mama harap, kawan baik mama sedar, yang kehidupan adalah cermin dari apa yang kita fikir dan hayati.. Jika sedih yang kita fikir, maka sedihlah kita.. Tetapi jika bahagia yang kita fikir, insyaallah bahagia lah kita..

Sesungguhnya, setiap kesulitan yang dihadapi akan:
  • menguatkan hati
  • menghapuskan dosa
  • menghancurkan rasa ujub
  • menguburkan rasa takbur
  • mengelakkan kelalaian
  • menyalakan zikir
  • menghiasi diri untuk berbuat baik kepada setiap makhluk
  • menyerahkan diri pada Dzat yang Esa
  • memperingatkan diri
  • menjadi usaha untuk menjaga hati dengan bersabar

Peringatan kepada kawan baik mama..

Janganlah bersedih, sesungguhnya kesedihan hanya akan membuatmu lemah dan putus harapan..

Janganlah bersedih, sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan..

Janganlah bersedih, sesungguhnya kita sentiasa ada al-quran, doa, solat, sedekah, perbuatan baik dan amalan yang memberi manfaat..

Janganlah bersedih dan janganlah berserah kepada kesedihan, solatlah.. bertasbihlah.. bacalah.. menulislah.. bekerjalah.. bersilaturrahimlah dan bermuhasabahlah..

Firman Allah..Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu (Al-mu'min: 60)

Yakinlah, setelah kesulitan pasti ada kemudahan.. Insyaallah..

3 comments:

  1. ikhtiar untuk menghilangkan kesedihan... berdoalah dgn doa yg ma'thuur ini: "allahumma inni a'uuzubika minal hammi wal hazan, wa a'uuzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'uuzubika minal jubni wal bukhl, wa a'uuzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijal"

    ReplyDelete
  2. maknanya:
    Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebenana hutang dan penindasan lelaki"

    ReplyDelete
  3. seminggu MMJ ta buka blog ni...malam ni bercucuran airmata MMJ baca entry ni...seolah2 mama tulis untuk MMJ (hehehehe)...terima kasih kerana sentiasa memberi nasihat penguat jiwa...iye..MMJ tak mahu turutkan kesedihan ni..kerana ia bisa membinasakan...insyaallah!
    doa tu mmg selalu baca selepas solat..tapi tak pernah btul2 menghayati maknanye...jahilnya lah diri ni....ok..ta na sedih2 lagik...will always try to look at the bright side..tq :)

    ReplyDelete